Sunday, November 29, 2015

Madeline Dress untuk si comel

Assalamualaikum semua,

Untuk bulan November ini, Sew What Club telah mengeluarkan pattern Madeline Dress untuk ahli kelabnya. Pattern ini adalah direka oleh Simple Simon and Company.


Untuk pattern bulan ini, saya jahitkan dress ini khas untuk Alya. 

Alya berusia 2 tahun sebulan sahaja tetapi saya jahitkan dress ini menggunakan size 3. Ini kerana, Alya berbadan tegap, berisi dan tinggi.

Pattern Madeline Dress ini adalah sejenis vintage dress untuk kanak-kanak dengan kolar Peter Pan dan labuh skirt yang agak pendek. Saya telah membuat sedikit pengubahsuaian dengan menambah panjang dress ini sebanyak 1 inci.




Saya suka dengan opening bahagian belakang baju ini. Ia agak panjang sedikit daripada biasa, tapi saya suka!!


Saya suka dengan hasil dress ini, Pada saya ia sangat comel. Cuma saya tak berapa suka dengan penerangan cara membuat daripada Liz Simple Simon and Co. Pada saya cara step by step yang disediakan oleh Liz ini tidak lengkap. Ia bukanlah beginner friendly. Pattern ini juga tidak menunjukkan  petanda bahagian depan dan belakang lengan. Bahagian kolar juga tidak ditandakan di mana depan dan belakang. 


Saya buatkan headband untuk dipadankan dengan dress ini berserta dengan bunga yoyo. Pada saya ia adalah gabungan yang klasik dan comel.


Alya bukanlah penggemar headband. Dia lebih suka memakai topi berbanding headband...hehe. 

Boleh nampak di dalam gambar di atas dia tak selesa dengan headband dan akhirnya headband terpaksa mengalah! 

Bye-bye headband!

Terima kasih kerana sudi membaca blog saya.

Insya Allah kita berjumpa lagi di post akan datang.

Friday, November 27, 2015

Baobab Skirt

Assalamualaikum,

Baobab skirt!!! 

Masa untuk skirt panjang, Yeay!!

Ini adalah skirt tiga tingkat yang menggunakan fabrik dari Senegal. Gabungan 3 jenis fabrik ini menambahkan keunikan Baobab skirt ini.

Baobab adalah sejenis pokok yang banyak didapati di Afrika. Ia adalah pokok yang besar. Saya ada menceritakan tentang pokok baobab ini di blog mana-mananadia. (SINI)



Aira dan Aisya sedang melihat keindahan "Masjid Putih".


Masjid ini dinamakan "Masjid Putih" kerana warna putih pada masjid ini. Pengunjung yang ingin masuk dan solat di dalam masjid ini diwajibkan memakai baju berwarna putih. Cuba tengok kepada bentuk masjid ini. Sunguuh unik kan? 

Hampir kesemua masjid di Senegal ini berbentuk seperti masjid ini.


Kembali kepada cerita skirt. 

Skirt ini sangat mudah dijahit. Saya menggunakan getah untuk bahagian pinggang. Pinggang getah bukan sahaja mudah untuk dijahit, malah ia memiudahkan anak dara saya menyarung dan membuka skirt. Tak perlu buka zip ataupun butang. 

Selain ia mudah, saya suka dengan pinggang getah kerana ia sangat fleksible untuk pelbagi saiz.


Aira dan Aisya suka sangat dengan Baobab skirt ni. Ia sangat selesa dan tidak panas. Sesuai untuk dipakai pada bila-bila masa.


Aira dan Aisya bergambar dengan patung-patung yang terdapat di "Layu Cafe". Ia adalah cafe kesukaan saya di Dakar ni. Cafe ini cantik dan selesa. Bukan sahaja makanan yang disediakan juga sedap-sedap, cafe ini juga digabungkan dengan butik. Pakaian yang dijual di sini  adalah pakaian moden yang dijahit menggunakan fabrik Senegal. Ia banyak memberi inspirasi kepada saya. 
Maaf,  tak gambar butik.


Baobab skirt, We love you!!!

Terima kasih kerana sudi membaca blog saya.

Insya Allah kita berjumpa lagi di post akan datang.

Wednesday, November 4, 2015

Monceau Top in Royal Baobab De Cemaron


Assalamualaikum,

Monceau Top ini saya jahit menggunakan pattern daripada Sew What Club.

Ia adalah pattern top yang mudah, saya gunakan kain nipis untuk lining bahagian atas baju.


Terdapat lipatan pleat pada bahagian peplum dan zip closure pada bahagian belakang.

Pattern asal menggunakan zip sorok, tetapi disebabkan saya tak ada zip sorok, saya hanya menggunakan zip biasa sahaja.


Saya telah gunakan fabric African printyang dibeli di Dakar, Senegal. Semuanya cantik-cantik. Saya gunakan size 8 untuk Aira.


Baju ini, Aira pakai semasa kami pergi bercuti di Pantai Somone. Di sana, kami menetap di Resort Royal Baobab De Cameron. Resort ini sangat cantik dan bersih. Biliknya sangat selesa, makanan yang disediakan juga sedap dan memuaskan. 

Photo shoot ini diambil ketika dalam perjalanan untuk breakfast. Pihak resort menyediakan buffet breakfast.



Monceau top ini boleh dipelbagaikan. Rasanya kalau dipanjangkan lagi boleh dijadikan dress...erm, gatal rasa tangan ni nak flip kan pattern ni...hehe.

Terima kasih kerana sudi membaca blog saya.

InsyaAllah kita berjumpa lagi di post akan datang.

Monday, November 2, 2015

Cocoon dress

Assalamualikum,

Ini adalah Cocoon dress yang saya jahit untuk anak dara saya. Ketiga-tiga dress ini dijahit menggunakan kain jenis knit atau lebh dikenali sebagai kain jenis t-shirt.


Ia adalah pattern yang boleh saya dapat daripada The Sew What Club untuk bulan Oktober. Pattern ini adalah direka oleh Groovy Baby and Mama.

Ia adalah dress hi-low. Disebabkan dress ini dijahit menggunakan kain jenis knit, ia sangat selesa dipakai. Bukan itu sahaja, saya rasa pattern ini sangat mudah dijahit.

Untuk ketiga-tiga dress ini, saya hanya siapkan dalam masa satu hari sahaja. Saya jahit sehari sebelum kami pergi bercuti ke Pantai Somone, Senegal. Disebabkan terlalu banyak gangguan daripada anak-anak terutamanya menyusukan dan tidurkan Mahathir, saya dapat siapkan ketiga-tiga dress ini pada jam 2 pagi...hehe...but it's worth it!! Kalau tak ada gangguan, lagi cepat siap rasanya.


Bila menjahit menggunakan kain jenis tshirt ni, tak perlu dijahit tepi. Sebab itu saya katakan mudah dan cepat.

Untuk Aira saya gunakan kain knit yang lembut dan ringan. Aira saya gunakan pattern size 8.


Untuk Aisya dan Alya pula, saya gunakan kain knit yang lebih tebal. Saya gunakan pattern size 6 untuk Aisya.


Alya pula, saya gunakan size 2. Saya rasa saya patut besarkan sedikit size untuk Alya. Sebab size 2 ini terlalu kecil untuk Alya. Pendek dan sedikit ketat di bahagian lengan.


Ketiga-tiga anak dara saya pakai cocoon dress ini untuk percutian kami di Pantai Somone yang terletak 90km dari Bandar Dakar.


Bercanda di tepi pantai

Saya suka pattern ini, insya Allah saya akan buat lagi di masa akan datang.

Terima Kasih kerana sudi membaca blog saya.

 Insya Allah kita berjumpa lagi di post akan datang.