Sunday, March 6, 2016

Star Wars inspired costume for school



Assalamualaikum,

A long, long time ago in a galaxy far, far away....

I am not a Star Wars fan. Saya tak pernah pun menonton man-mana filem Star Wars! 

Tapi minggu lepas Aira dan Aisya telah membuatkan satu kejutan.  Pulang sahaja dari sekolah mereka beritahu yang sekolah akan mengadakan hari pakaian beragam bertemakan science fiction. Aira dan Aisya nak character dari cerita Star Wars!

Apa lagi, Mama kena buat homework! And it have to be fast!


Dalam masa satu minggu saya kene siapkan costume. Bukan sahaja itu, saya perlu mencari mesin jahit untuk dipinjam juga. Mesin-mesin jahit serta barang-barang jahitan saya masih lagi  di tengah-tengah Lautan Hindi dalam perjalanan ke Malaysia dari Senegal!

Dalam masa yang singkat ini juga saya perlu tahu karakter apa yang ada dalam cerita-cerita Star Wars. Untuk lebih tahu, saya terpaksalah menonton filem-filem Star Wars. Encik suami pun tolong carikan filem-filem berkenaan. Marathon 6 episode Star Wars, fuhh!


Selepas sesi "moviecation" saya selesai, Aira dan Aisya telah memilih karakter yang mereka suka. 

Aira seperti biasa, sungguh girlish, telah memilih watak Princess Leia dan Aisya telah membuat kejutan mahukan watak Darth Vader! Tetapi setelah beberapa kali bertukar karakter ( typical Aisya ) akhirnya Aisya telah memilih R2D2 untuk pakaian beragam di sekolah.



Dengan bahan-bahan dan alatan yang agak terhad. Bukan sahaja alatan yang limited, saya juga tiada ruang menjahit yang selesa. Kami masih menginap di rumah sewa sementara semenjak pulang ke Malaysia. Saya dapat meminjam mesin jahit daripada ibu mertua dan membeli beberapa alat serta bahan daripada kedai alat-alat jahitan yang berdekatan.

Pengalaman untuk menyiapkan pakaian beragam kali ini banyak memberikan ilmu baharu kepada saya. Bukan sahaja saya belajar tentang karakter dan movie Star Wars, saya juga dapat meneroka kedai-kedai alatan jahitan di tempat yang baru! Yeay!!!


Untuk dress Princess Leia yang digayakan oleh Aira, saya gunakan pattern  (pola) dress yang saya draf sendiri. Saya tekapkan pattern menggunakan baju yang sedia ada dan tambahkan bahagian lengan. Saya juga panjangkan dress sehinga ke buku lali.


Untuk tali pinggang pula saya hanya menggunakan ribbon besar dan saya jahitkan velcro untuk memudahkan proses menyarung. Aira berpuas hati dengan dress yang simple ini. Saya menggunakan kain buatan Malaysia yang harganya murah sahaja. Ia sejenis kain jenis stretchy. Saya beli di kedai kain Nagoya. Kain ini tidak memerlukan jahitan tepi  (overlock). 

Sungguh mudah, bukan? Saya suka projek mudah dan shortcut!

Untuk Aisya pula, R2D2 ini sebenarnya adalah sejenis apron. Saya gunakan lebihan kain putih daripada dress Princess Leia. Kain warna biru pula saya gunakan kain Popline Cotton yang dibeli di Spotlight bahagian kain-kain perca yang telah siap dipotong.

Saya telah menjahit kesemua bahagian R2D2 dengan menggunakan teknik applique jahitan zig zag dan telah melukis dengan menjahit garisan-garisan hitam pada apron ini.


Bahagian skirt pula saya gunakan pattern "circle skirt" dan tambahkan bias tape warna biru di bahagian bawah skirt. Sesiapa yang ingin menjahit "circle skirt" ini boleh sahaja google search perkataan "circle skirt" dan banyak tutorial online. Dan yang seronoknya banyak apps sedia ada untuk calculation skirt. "Circle skirt" adalah skirt mudah, tetapi untuk menjahit skirt ini kita memerlukan pengiraan sebelum menggunting kain.

Untuk tali di bahagian leher pula saya gunakan velcro untuk memudahkan proses Aisya membuka dan memakai apron ini. Aisya masih tak pandai mengikat. Oleh itu, velcro adalah pilihan yang tepat! Cuma bahagian pinggang sahaja yang perlu diikat seperti memakai apron.

Pengalaman yang sangat bermakna. Banyak belajar benda baru sepanjang projek ini.

Loving all the details!


Terima kasih kerana sudi membaca blog saya.

Insya Allah kita berjumpa lagi ni post akan datang.