Friday, January 27, 2017

Garden Party Selvage Wristlet


Assalamualaikum semua,

Hari ini saya hendak berkongsi projek selvage saya untuk "Selvage Party MSMY" anjuran bersama Sewtizen dan juga Modern Sewists Malaysia.

Sebelum ini saya tak pernah terfikir pun yang selvage ni boleh digunakan untuk menghasilkan projek lain. Selama ini saya buang sahaja selvage yang ada. Tetapi apabila saya membaca buku "Everyday HANDMADE" ini, segalanya telah berubah. Saya mula menghargai dan mengumpul selvage.


Everyday HANDMADE 
22 practical projects for the modern sewist
by Cassie Barden and Adrienna Smitke

Buku ini adalah hadiah daripada Encik Suami tercinta. Beliau telah membeli buku ini semasa belaiu bertugas di New York. Alangkah bahagianya masa dapat buku ini. Maklumlah, kami menetap di Senegal pada masa itu, jadi agak sukar nak dapat buku berbahasa Inggeris. Semuanya dalam bahasa Perancis.


Setelah mentelaah buku ni, baru lah saya tahu yang kita boleh buat projek menggunakan selvage...hahaha!

Untuk itu "Selvage Party MSMY" ini saya nak persembahkan The Garden Party Selvage Wrislet versi jahitbynadia.

Untuk tujuan ini, Saya telah sambungkan kesemua selvage saya. Disebabkan ini adalah koleksi selvage saya yang lama-lama (first batch), kesemuanya bukanlah koleksi selvage Designer's Fabric. Tulisan yang terdapat pada bahagian selvage pun tak banyak. Disebabkan itu, saya mengambil keputusan untuk membiarkan bahagian kain di nampakkan sedikit untuk menaikkan seri warna.



Setakat ini sahaja perkembangan projek saya. Diharap agar post ini dapat membantu rakan-rakan di luar sana sebagai inspirasi untuk projek masing-masing. Tak sabar rasanya saya nak melihat projek- projek yang dihasilkan untuk "Selvage Party MSMY". Insya Allah kita berjumpa pada 25 Februari 2017 di Sewtizen, Wangsa Melawati.

Terima kasih kerana sudi singgah dan membaca blog saya.

Insya Allah kita berjumpa lagi di post akan datang.

Thursday, January 26, 2017

How to Sew Selvage Strips


Assalamualaikum semua,

Hari ini saya nak berkongsi teknik menjahit jalur Selvage.


Pastikan jalur selvage anda tidak kedut. Iron kesemua selvage yang hendak digunakan supaya memudahkan kerja menyambung. 


Saya gunakan kain belacu (calico) sebagai lapik jahitan selvage. Untuk projek saya kali ini, saya mahukan jalur selvage saya condong 45 darjah. Saya lukiskan garisan 45 darjah menggunakan pen fabrik.


Jahitkan selvage pada garisan yang dilukis tadi.


Ambil selvage seterusnya, tindih bahagian selvage (overlaps the raw seam allowance). Pastikan selvage sedikit panjang supaya berlebihan daripada kain belacu tadi.


Jahit serapat mungkin dengan garisan selvage supaya projek kelihatan kemas.


Cuba dapatkan sebanyak mungkin tulisan pada selvage. Saya gunakan juga selvage yang tanpa tulisan. Contohnya selvage yang berbulu-bulu untuk mendapatkan kesan yang berlainan (special effect)


Bahagian belakang 


Bahagian depan. Kesemua selvage sudah bersambung dengan kemasnya. Akhir sekali gunting mengikut kepada pattern/pola projek masing-masing.

Selamat Mencuba!

Terima kasih kerana sudi singgah dan membaca blog saya.

Insya Allah kita berjumpa lagi di post akan datang.

Wednesday, January 25, 2017

Preparing Selvage Strips



Assalamualaikum semua,

Hari ini saya nak berkongsi cara-cara menyediakan Selvage Strips.

Kebanyakan bahagian selvage yang kita nak gunakan untuk projek selvage kita adalah bahagian yang bertulis. Lagi banyak tulisan ataupun gambar bulat-bulat berwana-warni itu adalah lebih baik.

Ini ada beberapa tips untuk membantu anda mengumpul selvage:


  • Apabila kita nak memotong bahagian selvage pada kain, kene sentiasa beringat untuk memotong dengan lebihkan sebanyak 1/4" untuk basi ataupun seam allowance. Jika inginkan bahagian kain nampak sedikit untuk projek anda, bolehlah lebihkan dari 1/4" seam allowance. Lagi besar lebihan seam allowance akan menyerlahkan lagi bahagian fabrik anda.
  • Sediakan bag khas untuk menyimpan semua selvage yang anda kumpul. Setiap kali anda mulakan projek baru dengan kain yang baru, trim bahagian selvage dan simpan di dalam bag khas.
  • Jika anda ada kawan-kawan crafter or sewist, bolehlah memberi tahu kawan-kawan bahawa anda mengumpul selvage and have them save theirs for you.




Potong Selvage dengan 1/4 seam allowance atau lebih terpulang pada projek. Saya suka cadangkan anda guna rotary cutter kerana ia lebih mudah berbanding menggunakan gunting. Namun ini terpulang kepada citarasa masing-masing : )

Kumpul semua selvage di dalam bag khas.


Saya juga ada menyimpan selvage secara menggulungkan selvage. Saya gunakan kertas kotak cereal yang tidak digunakan. Cara ini lebih menjimatkan ruang dan juga masa. Tidak perlu menggosok kerana selvage tidak keromot (wujud ke perkataan ni? hehe). Untuk yang di simpan di dalam bag, iron selvage dahulu sebelum memulakan memulakan projek.

Itu sahaja tips dari saya untuk kali ini. Sesiapa yang ada tambahan tips bolehla tambah pada bahagian komen ye. Sharing is Caring : )

Terima kasih kerana sudi singgah dan membaca blog saya.

Insya Allah kita berjumpa lagi di post akan datang dengan cara-cara menjahit jalur selvage.

Tuesday, January 24, 2017

Selvage Party!!!

Assalamualaikum semua,


Alhamdulillah, ini adalah post pertama saya untuk tahun 2017. 

Kepada yang pertama kali sampai ke blog saya, Saya ucapkan Selamat Datang ke jahitbynadia!

Kebiasaannya saya akan post gambar-gambar baju yang saya jahitkan untuk anak-anak serta baju saya sendiri. Tetapi tidak untuk kali ini. Hari ini saya nak berkongsi berita gembira dengan semua. 

Pada bulan February ini, saya akan menganjurkan "Selvage Party" dengan kerjasama Sewtizen dan Modern Sewist Malaysia. Party ini terbuka kepada semua ahli Modern Sewist Malaysia.

Modern Sewist Malaysia adalah kelab yang telah ditubuhkan pada 2016. Maklumat lanjut mengenai kumpulan ini boleh dilayari dengan klik pada link di bawah.

https://www.instagram.com/modernsewistsmy/

Saya akan menganjurkan "Selvage Party" secara online dan juga offline. Offline party akan dijalankan di Sewtizen yang terletak di Wangsa Melawati, Kuala Lumpur.

Tujuan saya menganjurkan "Selvage Party" ini adalah memberi publisiti mengenai penggunaan selvage di kalangan crafters di Malaysia. Ini seterusnya akan dapat menjadi platform kepada para crafters untuk saling memberi inspirasi antara satu sama lain.

Kepada yang tidak kenal dengan selvage, ia adalah bahagian tepi yang terdapat pada fabrik. Selvage ini membantu fabrik daripada terurai ataupun pecah.

Meskipun kebanyakan pengguna biasanya menganggap selvage sebagai bahan buangan, namun terdapat juga mereka yang menggunakan selvage sebagai bahan untuk pelbagai projek menjahit moden yang kreatif.
 
Terma dan Syarat "Selvage Party" adalah seperti berikut.
i) menyediakan selvage strip dan menggunakannya sebagai bahan untuk projek pilihan masing-masing. Para peserta bebas untuk memilih projek masing-masing  (contohnya,  zipper pouch, pillow, bag, quilt etc). The sky is the limit!

ii) memuatnaik perkembangan projek dalam FB dan Instagram 
Modern Sewist Malaysia. Para peserta perlu menggunakan hashtag #selvagepartymsmy#msmyevents #modernsewistsmy

iii) memastikan semua projek siap sebelum atau pada 25 Februari 2017.

Jahitbynadia akan menyediakan tutorial kepada para peserta yang mungkin tidak biasa atau tidak pernah menggunakan selvage. 


Party ini akan diadakan di Sewtizen, Setiawangsa, Kuala Lumpur pada 25 Februari 2017. Semua peserta dialu-alukan untuk menghadirkan diri ke party berkenaan. Namun demikian, kepada yang tidak berkesempatan, kami tutur menerima penyertaan secara online.

Lebih menarik lagi…meskipun ini hanyalah party sahaja, jahitbynadia ada menyediakan Mystery Gift kepada projek terbaik party berkenaan. Pemenang akan diumumkan pada hari tersebut.

Oleh itu, jangan lepaskan peluang ini. Daftar segera untuk menyertai parti ini!!! 


Terima Kasih kerana sudi singgah dan membaca blog saya. 

Insya Allah kita berjumpa lagi di post akan datang dengan cara-cara memotong bahagian selvage.

Thursday, January 12, 2017

Onesie into Bubble Skirt (Repost)

Baby cepat membesar. Hampir setiap bulan saya kena mengemas laci baju Alya. Baju-baju baby memang kena selalu organise. Diaorang ni cepat sangat membesar...please go slow Alya...please...huhu

Banyak baju-baju yang masih lagi elok tapi dah tak muat. Mungkin bahagian badan masih muat lagi tapi dah semakin pendek sebab si kecil dah memanjang...

Jangan risau para mama semua, kita masih boleh memanjangkan jangka hayat baju-baju ini. Tutorial dari Ashley dari Make it and Love it ni memang sangat berguna dan saya amat berterima-kasih kepada Ashley. Sekarang, saya dapat memanjangkan hayat baju si kecil yang masih comel lagi ni dengan memberi rupa dan nafas baru hanya dengan langkah yang mudah (trust me, memang senang sangat).

Projek ni sangat mudah dan cepat kerana bubble skirt tidak memerlukan jahitan kemasan bahagian bawah skirt...zapzap dah siap....saya memang suka sangat projek short cut macam ni..hehe

Kita perlukan onesie dan fabrik untuk dijadikan skirt. Terpulang jenis fabrik apa yang hendak digunakan. Secara peribadi, saya suka gunakan cotton. Corak kain yang saya gunakan ini sama dengan corak kain skirt yang saya jahit untuk kakak-kakak Alya tahun lepas.

Langkah pertama, potong onesie. Untuk potong lurus macam ni saya suka gunakan rotary cutter. Cepat dan mudah. Tapi kalau tak ada alat ini, boleh gunakan gunting.


Sekarang, pastikan labuh skirt yang diingini. Bila sudah pasti, angka tadi boleh didarab 2 dan tambah satu inci. Untuk lebar skirt ukur keliling onesie, darab 2 dan tambah satu inci.

Contohnya saya nak skirt ketinggian 5'' dan ukur keliling onesie ialah 18''. Jadi, saya perlu memotong segiempat tepat 11" tinggi (iaitu [5"x 2] +1) dan 37'' lebar (iaitu [18"x 2]+1).

Langkah seterusnya, lipat fabrik tadi kepada dua right side (bahagian luar kain) bertemu dan jahit. Selepas itu, lipat dua bulatan skirt tadi dengan right side (bahagian luar kain) mengadap keluar dan match raw edge bersama. Susun skirt dan onesie seperti gambar di bawah.


Sekarang, kedutkan skirt dengan menjahit bahagian atas skirt. Tukar setting mesin jahit kepada jarak yang panjang. Saya guna numbor 4. Setelah selesai jahit garisan lurus, jangan matikan jahitan. Tarik benang belakang untuk kedutkan skirt tadi. Rujuk tutorial INI untuk bantuan.

Pinkan skirt dengan onesie dan jahit.


Kemaskan jahitan dengan jahit tepi atau jika tiada mesin jahit tepi, jahit corak zigzag untuk mengelakkan fabrik pecah (fraying).

Kita boleh berhenti disini, ataupun untuk kemasan bahagian luar. Lipat skirt masuk kedalam sedikit, dan jahit pada bahagian luar keliling onesie tadi supaya nampak lebih kemas.

Siap!!! Onesie bubble skirt..... Now it's time untuk selongkar almari baju Alya. Kita cari mana onesie yang boleh dikerjakan...hehehe



Selamat Mencuba!!!









Simple Dress Refashion (Repost)

Assalamualaikum semua. Apa khabar?

Hari ini saya nak kongsi macam mana saya jahit simple dress refashion. Idea asalnya adalah daripada grossgrain. Ia sangatlah mudah, tak perlu takut untuk mencuba...

Ingat tak dress INI yang pernah saya buat untuk Aira dan juga LONG DRESSES ini? Semua dress ini saya gunakan teknik yang sama.

Dress ini diperbuat daripada t-shirt biasa yang diperbaharui dengan menyambung fabrik pada bahagian bawah sahaja. Untuk menyiapkan dress ini, kita tak perlu bersusah-susah untuk menjahit bahagian lengan ataupun leher. Jika anda ada mesin jahit dan boleh jahit satu garisan lurus, sudah tentu boleh jahit dress ini dalam masa yang sangat singkat (trust me, dress ini boleh siap dalam masa anak kecil tidur petang je).

Anak dara saya Aira ni orangnya kurus tapi tinggi...biasanya baju untuk Aira saya akan beli saiz yang kecil dari umiurnya. Masalahnya, bila saya beli baju untuk umur 6 tahun, saiz badan akan jadi perfect, tapi pendek la pulak... sigh.

Contohnya, t-shirt tanpa lengan di bawah ini muat untuk badan Aira yang kurus tetapi tbila dipakai, nampak tergantung.

Ini masanya untuk saya tukarkan t-shirt tanpa lengan ni kepada dress...yeay!!

Saya suka project mudah dan short cut macam ni. Cepat dan mudah!!...zap,zap dah siap.

Pattern ni sesuai untuk t-shirt yang mungkin sudah kotor pada bahagian depan tapi masih boleh pakai lagi ataupun masalah baju tergantung macam anak dara saya ni... jimat...jimat...

Bahan-bahan yang kita perlukan ialah t-shirt dan fabrik.



Langkah pertama, potong t-shirt ikut ketinggian yang kita nak...terpulang nak potong pada bahagian dada ataupun pinggang.


Ukur pinggang dan darab 2.5...contohnya pinggang Aira 21'' x 2.5 = 52.5''
Potong fabrik lebar 52.5'' dan untuk tinggi terpulang pada masing-masing. Kalau nak skirt yang labuh, lebar skirt bolehlah didarab dengan 3'' supaya skirt lebih luas. Ini akan memudahkan pergerakan anak-anak yang suka berlari.

Jahit bahagian tepi fabrik. Jika ada mesin jahit tepi, jahit tepi selepas jahit lurus. Jika tiada mesin jahit tepi jangan risau, kita boleh juga jahit zigzag pada hujung fabrik supaya jahitan pada fabrik kukuh dan kain tidak pecah (fraying).


Sekarang masa yang paling seronok. Masa untuk jahitkan kedutan pada fabrik supaya saiznya sama dengan t-shirt tadi. 

Tukarkan tombol untuk jarak jahitan dan ketegangan jahitan kepada yang paling tinggi. Saya gunakan numbor 4 dan 9.

Apabila kita jahit, biasanya ia akan secara automatik menjadi kedut. Tetapi ini juga bergantung kepada jenis fabrik. Jika ia tidak berkedut secara automatik, kita hendaklah tarik benang supaya fabrik dapat berkedut.

Tips: Jangan matikan jahitan mula dan penghabisan. Hanya jahit lurus sahaja.


Jika ia tidak berkedut bila sudah dijahit, hendaklah kita tarik sendiri benang supaya skirt dapat berkedut sehingga sama saiz dengan t-shirt tadi. Tarik benang bahagian bawah secara perlahan-lahan dan dengan berhati-hati supaya benang tadi tidak terputus. 

Tapi, kalau terputus juga, jangan risau, kita hanya perlu mengulang semula proses tadi (jahit semula).


Apabila lebar skirt tadi sudah sama dengan saiz t-shirt, bolehlah kita mula sambungkan bahagian skirt dengan t-shirt.


Cara untuk sambungkan bahagian skirt dan t-shirt ialah dengan memasukkan t-shirt ke dalam skirt. Pastikan bahagian luar skirt bertemu dengan bahagian luar t-shirt (right side skirt bertemu right side t-shirt). 

Pinkan sebanyak mungkin untuk memudahkan proses menyambung. Jahit keliling skirt.


Setelah selesai jahit, bolehlah dijahit tepi untuk finishing. Jika tidak ada mesin jahit tepi, bolehlah tukarkan setting mesin jahit kepada jahitan zigzag.


Dress sudah hampir siap...tinggal langkah terakhir.


Untuk kemasan bahagian bawah skirt, lipat 0.5'' dan iron (seterika). Setelah selesai iron, lipat untuk kali kedua sebanyak 0.5'' lagi dan iron lagi sekali. Proses iron bahagian ini akan memudahkan proses menjahit dan juga menghasilkan profesional effect pada dress ini. Langkah seterusnya ialah menjahit keliling skirt. Anda boleh berhenti disini ataupun boleh teruskan langkah seterusnya untuk kemasan yang lebih cantik dengan menjahit lagi sekali untuk kesan 2 jahitan di hujung skirt seperti gambar dibawah. Proses terakhir ini terpulang pada individu masing-masing, tapi saya suka akhirkan bahagian bawah skirt, lengan dan seluar dengan double stitch effect. 


Siap!!! Simple dress refashion.... Mudah kan!!!


Untuk hasil jahitan saya yang lain, bolehlah klik DISINI jahitbynadia.blogspot.  

Selamat Mencuba!!!!

Monday, January 9, 2017

Refashion Tshirt to Dress (Repost)



i want dress mama...


ok..aira lansung tak nak pakai tshirt dia..asyik2 nak pakai dress..

so, mama tukarkan tshirt aira into dress..: )

tshirt ni acu (mummy aira) yang beli..jgn marah ei..saya potong skit..

idea ni datang from blog grosgrain ..cute kan..so, lepas ni..mana tshirt yang kotor or dah lama tapi sayang nak buang boleh tukar jadi dress..


potong tshirt

kain..kain ni dah lama beli masa kat malaysia dulu

sambungkan




muahhh..