Monday, March 12, 2018

“Nina Blouse” Blog tour




Assalamualaikum semua,

Pada hari ini saya akan menyertai Nina Blouse Blog Tour! 


Oleh itu, saya ingin berkongsi blouse yang saya jahit untuk Alya. Untuk makluman, saya telah dipilih oleh Olga dari Coffee + Thread sebagai salah seorang tester untuk pattern terbaru beliau; Nina Blouse. 


Saya sememangnya meminati Olga yang berasal dari Ukraine yang sangat berbakat dalam rekaan pattern. Saya sudah mengikuti beliau sejak beberapa tahun lepas. Patern-patern beliau memang cantik dan unik.

Setelah melalui beberapa siri testing,  ini merupakan blouse yang ketiga telah saya buat menggunakan pattern ini. Namun demikian, saya cukup puas hati dengan hasilnya. Nina blouse ini nampak sungguh mengancam.




Today, I would be joining the Nina Blouse Blog Tour!



Therefore, i would like to share the dress that I had sewn for Alya. FYI, I was chosen by Olga from Coffee + Thread as a tester for her latest pattern; Nina Blouse.



I'm a big fan of Olga who hails from Ukraine as she is a talented pattern designer. I have been following her work for the past few years. The patterns that she made are beautiful and unique.



After a number of series of testing, this is the third blouse that I made using the pattern. Nevertheless, I'm satisfied with the result. The Nina Blouse looks fabulous.






Pattern : Nina Blouse by Olga from Coffee + Thread

Fabric : 2 pieces of Cushion Cover and also yellow mustard satin for the bow tie.

Blouse details: 

The Nina blouse is available in size 12 month through 12 years. 

This is a confident beginner friendly pattern.

The PDF tutorial includes: 

- computer generated, tiled pattern that can be printed on 8.5" x 11" / A4 printer paper
- A 36 inch wide file and A0 file to print at a shop
- Individual sizes can be chosen for printing at home
- A detailed, step-by-step tutorial with clear diagrams to illustrate each step





Untuk blog tour ini, saya akan kongsikan hasil Nina Blouse saya daripada projek refashion saya. 
Ini kerana saya ingin mencuba sesuatu yang berbeza selain menggunakan fabrik sedia ada.

Fabrik bagi blouse ini telah saya ambil daripada 2 keping cushion cover yang saya beli di sebuah bazaar di Great Eastern Mall, Kuala Lumpur. Corak fabrik ini juga sangat sesuai untuk sambutan Lunar New Year bulan lepas. 


Nina Blouse adalah pattern klasik yang menonjolkan ciri-ciri retro. Ia mempunyai 2 pilihan lengan iaitu pendek dan panjang. Untuk lengan pendek juga terdapat 2 pilihan sama ada regular cap sleeve ataupun scalloped sleeve. 

Bahagian collar juga terdapat 2 jenis pilihan; scalloped collar ataupun normal peter pan collar.

Saya telah memilih scalloped cap sleeve dan normal Peter Pan colar . Saya telah meggunakan saiz 4 untuk Alya.


For the purpose of this blog tour, I would be sharing the Nina Blouse based on my refashion project. This is because I wanted to challenge myself with something that is different than usual.

The fabric of the blouse is derived from 2 cushion covers which I bought from a bazaar at the Great Eastern Mall in Kuala Lumpur. The pattern on the fabric is perfect for the Lunar New Year which was celebrated last month.

Nina blouse is a classic pattern with a retro feel. It has 2 options for the sleeve; short and long. For the short sleeve, there is the for regular cap sleeve or scalloped sleeve.

Similarly, the pattern has 2 options; scalloped collar or normal Peter Pan collar

I had chosen the scolloped cap sleeve and normal Peter Pan collar. I also used size 4 for Alya.






Fabrik ini agak mencabar bagi saya kerana ia sangat mudah berbulu (fray). Sepanjang menyiapkan blouse ini, saya kene pastikan untuk menjahit tepi setiap bahagian yang dipotong untuk memudahkan kerja.... Phew!

Saya amat sukakan hasil blouse ini. Alya dapat memakai blouse ini untuk acara menyambut Lunar New Year di sekolah kakak.


This fabric is rather challenging for me as it frayed rather easily. While going through the works, I had to ensure to sew each margins of the fabric to prevent it from fraying....phew!

Did I told you that I love the result? Alya wore the blouse for the Lunar Year celebrations at her elder sister's school.



Tali bow tie ini boleh dibuka jika anda mahu. Saya cukup suka dengan shoulder pleats blouse ini. Jahitannya nampak profesional.

The bow tie is detachable. And I just love the shoulder pleats! The stitch looks so professional!






Dapatkan pattern Nina Blouse and hari ini! Coffee+Thread menawarkan diskaun 20% kepada mereka yang menggunakan kod NINAPATTERNTOUR. Tawaran sah sehinggan 19 Mac 2018, 11.59pm waktu CET. Layari Olga's shop hari ini!

Layari blog  Coffee+Thread dan ikuti Nina Blouse tour untuk melihat pelbagai hasil jahitan yang menarik.


Grab the Nina Blouse pattern today! Coffee+Thread will have a 20% discount off with the NINAPATTERNTOUR code. Good through 19 March 2018, 11.59pm, Central (Chicago) time zone. Go to Olga's shop to shop!

Head over to the Coffee+Thread blog to follow along on the Nina Blouse tour and see all the beautiful garments that are sewn.

Make sure to check all these amazing Nina Blouse that were made for the "Nina Blouse" Blog tour. Check this hashtag in instagram! (#ninapatterntour #coffeeandthreadpatterns #ninablouse #ninablousepattern)



Terima kasih kerana sudi membaca blog saya. Hingga berjumpa lagi di post akan datang!

Thank you for reading my blog. Until we meet in the next post.

Nadia.

Tuesday, January 30, 2018

T-shirt refashion - Black Witch T-shirt


Assalamualaikum semua,

Kita semua tahu akan kepentingan pemeliharaan alam sekitar. Konsep reduce, reuse dan recycle sememangnya telah kita pelajari sejak kecil lagi. Tapi sejauh manakah kita mengamalkannya? Saya yakin ramai antara kita sentiasa mengamalkan konsep recycle atau kitar semula. Tetapi sejauh manakah kita menggunakan konsep reduce dan reuse pula.

Pada kali ini saya ingin berkongsi projek jahitan yang menggunakan kesemua konsep di atas. Refashion!

Projek refashion akan memerlukan kita untuk menggunakan pakaian atau fabrik sedia ada untuk mencipta sesuatu yang baru. Bagi tahun 2018 ini saya berazam untuk membuat sebanyak mungkin projek refashion ataupun projek recyle daripada kain yang sedia ada contohnya menggunakan t-shirt/baju lama ataupun sarung bantal dan sebagainya.

Since our early years, we have been exposed to the concept of reduce, reuse and recycle as a means of environmental conservation. I'm sure most of us practices recycle, but what about reduce and reuse?

I would like to share a project that encompases all three concepts. Refashion!

A refashion project would require utilise used outfit or fabric to create something new. to For the year 2018, I made a resolution to take up as many refashion project using old t-shirts, pillow case and so on.
____________________________________________________

Dua minggu lepas, Aisya telah memberitahu saya yang dia telah mendapat jemputan ke sambutan hari jadi kawan baiknya dan tema untuk party itu adalah "Witch Party".

Aisya meminta untuk memakai t-shirt berwarna hitam. Masalah, saya memang jarang beli ataupun buat baju berwarna hitam untuk anak-anak saya.

Untuk itu, saya perlu menjahit sendiri t-shirt hitam untuk Aisya memandangkan masa agak suntuk untuk saya pergi membeli t-shirt hitam di kedai. Tetapi, saya tidak cukup kain knit berwarna hitam untuk digunakan. Oleh itu, saya bertanya kepada ahli keluarga yang lain sama ada mereka mempunyai t-shirt hitam yang tidak perlukan lagi. Alhamdulillah, adik saya memang ada 2 keping tshirt hitam yang masih dalam keadaan elok lagi.


Two weeks ago,  Aisya told me that she got an birthday party invitation from her best friend. The theme was 'Witch Party'.

Aisya requested to wear a black t-shirt. The problem is, I rarely buy or sew  black shirt for my children.

Therefore, I need to sew the t-shirt as there would not be enough time to shop for one. However, I did not have enough black coloured knit fabric. Hence, I asked my family members whether they have black t-shirts that could be given to me. Luckily enough, my younger sister has two t-shirts that are still in good condition.  




Ini adalah cara saya sediakan t-shirt witch berkenaan. Saya telah menggunakan 2 keping t-shirt hitam (saya hanya gunakan bahagian belakang yang kosong sahaja). 

Saya telah menggunakan pattern #108 dress daripada Thread Fraction (cuma gunakan bahagian top sahaja tetapi saya labuhkan sedikit). Pattern dress ini memang sangat sesuai untuk projek ini kerana ia hanya sambungan 2 keping kain iaitu bahagian depan dan belakang. 

Saya telah menggunakan lebihan kain t-shirt tadi untuk bahagian neckband. Simple dan mudah!

This is how I prepared the with witch t-shirt. I cut out the t-shirt and used the back part.

I used the pattern  #108 dress from Thread Fraction (only the top part which I modified and added the length). The pattern is suitable for this project as it only uses 2 panels of fabric which forms the front and back.

I used the rest of the t-shirt fabric for the neckband. Easy peasy!



Untuk menambahkan seri pada t-shirt ini, saya menggunakan pemotong Cameo 3 saya untuk tulisan di bahagian hadapan t-shirt.

Aisya request hendak memakai "bat wing" Aira yang saya buatkan untuk sambutan halloween tahun 2015 dahulu semasa kami di Dakar, Senegal. Untuk itu, saya telah menambahkan gambar kelawar di bawah tulisan "Witch, Please" 

Untuk tulisan "Witch, Please" saya telah menggunakan glitter heat transfer vynil berwarna silver.


To add some glitz to the t-shirt, i used my Cameo 3 cutter to create a catchy phrase to placed on the front panel.

Aisya requested to wear bat wing that i made for Aira's halloween party when we were in Dakar, Senegal in 2015. Therefore, I also added a bat logo on the t-shirt to match it.

For the 'Witch, Please' phrase, I used a silver glitter heat transfer vinyl.




Saya juga membuat topi witch ini menggunakan felt yang dilekatkan ke cekak. Untuk sepadankan topi ini dengan skirt tutu Aisya yang berwarna pink, saya gunakan ric rac berwarna pink juga bahagian topi.

I also made a witch hat using felt to be attached to a headband. To match the hat with Aisya's pink tutu skirt, i used a pink coloured ric rac for the hat's trimming. 



 Hasil refashion dari 2 keping t-shirt hitam




 Alhamdulillah, Aisya sangat happy dengan hasil projek ini.

Thank God, Aisya was hapy with the outcome of the project.






Happy Dance!

Terima Kasih kerana sudi singgah dan membaca blog saya, Insyaallah kita berjumpa lagi di post akan datang.

Happy Sewing!



Thank you for reading this blog. God willing we will meet again in the next post.

Happy Sewing!

Nadia.





Tuesday, January 23, 2018

Projek CVL Pouch 2018 - Cara menjahit CVL pouch

Assalamualaikum,

Hari ini saya nak berkongsi cara-cara menjahit CVL pouch. Ini adalah program amal jahitbynadia untuk kana-kanak kanser. Sebelum saya teruskan post dengan tutorial, saya terangkan dahulu apa itu CVL pouch.

Today, I would like to share on how to sew a CVL pouch. It is a charity contribution by jahitbynadia for children with cancer. Before I proceed with the tutorial, allow me to elaborate on what exactly is a CVL pouch.


CVL ialah Central Venous Line (CVL) adalah line yang dipasang kepada vena sentral tubuh anak-anak yang menghidap kanser sebagai pusat sirkulasi kemoterapi atau ubat-ubatan yang tidak boleh diambil secara oral. CVL  akan dipasang pada vena sentral yang berhampiran dengan jantung dan line lumen yang dikeluarkan melalui dada anak-anak. Melalui line lumen inilah, anak-anak kami menerima kemoterpi untuk rawatan kanser mereka. Lihat GAMBAR 1

CVL stands for Central Venous Line which is the line attached to the central vine of children with cancer as a chemotherapy circulation center or for medicine which could not be taken orally. The CVL would be placed on the central vein which is close to the heart and lumen line which was abstrcted from the child's chest. Through the lumen line, they would receive their cancer treatment. Refer to GAMBAR 1


Line lumen ini perlu dibersihkan secara menyeluruh agar ianya bersih dari serangan kuman. Selain itu, sebagai langkah untuk mengelakkan line lumen ini tercabut dari dada ,  pouch CVL ini digunakan bagi  memastikan ia berada di dalam kedudukan yang statik. Lihat GAMBAR 2

The lumen line needs to be in a clean condition to prevent infection. Furthermore, to avoid the lumen line from being detached from the chest, the CVL pouch is used to ensure that it remained static.


Kumpulan Ibu Bapa Dan Sokongan Anak-Anak Kanser - KIDS telah menganjurkan pemgumpulan CVL pouch ini di laman web Facebook. (Klick DISINI)Ukuran yang diperlukan untuk sebuah pouch CVL ialah panjang 5 inci dan lebar 3 inci. Ukuran panjang tali ialah 25 inci. 

Kumpulan Ibu Bapa dan Sokongan Anak-anak Kanser (KIDS) has organised the CVL pouch drive on their Facebook (click HERE). The measurement for the CVL pouch is 5 inches by 3 inches. The length of the lanyard is 25 inches.

Mereka amat mengalu-alukan sumbangan anda. jika tidak dalam bentuk wang ringgit, anda juga boleh membekalkan pouch CVL ini.. Stok pouch CVL mereka sudah kehabisan dan setiap anak yang sedang melalui rawatan kemoterapi perlukan lebih dari 2 pouch. Setiap pouch perlu juga dicuci selang dua hari. CVL ini perlu dipakai sekurang-kurangnya 2 tahun.

Your contribution is highly appreciated, either in the form of cash or by providing the CVL pouch. The current stock is fast depleting and each child needs to use more that two pouch. Each pouch needs to be washed every two days.
Tarikh tutup penyerahan pouch CVL ialah pada 31 JANUARI 2018

The closing date for submission of the pouch is on 31 January 2018

Sila hubungi :

Pn Maizatul Karimah : 013 354 2324
Pn Norshida : 011 1180 3026

Disini saya lampirkan sekali tutorial cara-cara menjahit  pouch CVL beserta dengan ukuran.

I would now continue with the tutorial for sewing the pouch with its measurement.


Potong 2 keping kain untuk bahagian luar (outer) dan 2 keping kain lining dengan ukuran seperti di atas.

Cut 2 pieces of fabric for the outer part and 2 pieces of lining using the measurements shown above.


Saya gunakan cutter untuk memudahkan proses memotong kain. boleh juga gunakan gunting biasa.

I used a cutter to expedite the process of cutting the fabric. Alternatively, you could use a normal scissors.


Ini adalah kepingan yang sudah siapkan dipotong. 2 keping untuk bahagian luar (outer) dan 2 bahagian untuk bahagian dalam (inner)

This is the cut out fabric. 2 outer parts and 2 inner parts.


Seterusnya gunting tali barut sepanjang 26".

Next, cut out 26 inches of ribbon.



Jahit mengikut line yang saya lukis. Menggunakan basi (seam allowance)sebanyak 0.5". Pastikan kesemua lining dan outer dijahit seperti di atas. 

Sew along the line as illustrated. Use a 0.5" seam allowance. Please ensure that the lining and outer is sewn as above.


Jahit tali tadi ke bahagian outer pouch. Pastikan gunting bahagian bucu seperti yang saya tunjukkan di atas untuk kedua-dua bahagian lining dan outer. Seterusnya, untuk bahagian outer hendaklah diterbalikkan dan bahagian lining dibiarkan (inside out). Masukkan bahagian outer kedalam bahagian lining.

Jahit keliling bahagian atas dengan basi (seam allowance 0.5"). Penting! Tinggalkan dalam 2" tidak berjahit untuk proses terbalikkan pouch nanti.

Sew the ribbon to the outer pouch. Please ensure to snip the corners as shown above. Next, the outer part need to be turned inside out.

Sew the top part with 0.5" seam allowance. Important: Leave approximately 2" unsewn for the turnover process later.

(Atas kesilapan yang tak dapat dielakkan, saya terpaksa gunakan pic pouch lain untuk meneruskan tutorial ini)

Terbalikkan pouch dan kemaskan bucu. Saya gunakan hujung knitting neddle untuk kemaskan bucu

Turn over the pouch and even out the corners. I would normally use the tip of a knitting needle to do this.
.

Selepas dikemaskan, ia akan kelihatan seperti ini. Akan ada 2" lubang yang tidak berjahit. Jangan risau, kita akan tutup lubang itu selepas ini.

Once it is evened out, it will look like this. There would be a 2" opening that is yet to be sewn. Don't worry, we will close the opening later. 


Kemaskan pouch dengan masukkan bahagian lining ke dalam bahagian outer seperti gambar di atas. Pinkan bahagian lubang tadi dan kita akan jahit (top stitch) keliling bahagian atas pouch ini. Pastikan bahagian lubang tadi ditutup dan dijahit semasa top stitch.

Even out the pouch bu inserting the lining to the outer part as shown above. Pin the opening and top stich. Please ensure that the opening is completely sewn during top sticth.


 Done! 


Ini adalah kesemua pouch yang telah siap, 5 untuk kanak-kanak perempuan dan 5 untuk kanak-kanak lelaki.

Harap tutorial ini akan memudahkan kepada sesiapa yang ingin menjahit CVL pouch untuk kanak-kanak ini.

Terima kasih kerana sudi singgah dan membaca blog saya. InsyaAllah, kita berjumpa lagi di post akan datang.

This is all the pouch that i made for this project. 5 each for boys and girls.

Thank you for reading this blog. God willing we will meet again in the next post.


Nadia.




Projek 'Charity Shorts and Skirts' (repost dari blog mana-mana nadia)

(Repost daripada blog mana-mananadia - Klik Di Sini untuk post asal)

Assalamualaikum,

Projek "Charity Shorts and Skirts for the Homeless" Ini adalah projek pada tahun 2015. Idea asalnya adalah daripada Aira.

Sejak datang ke Senegal, Aira dan Aisya lebih prihatin dengan nasib orang-orang yang kurang bernasib baik. Berbeza dari persekitaran yang selesa dan cantik di Bahrain, persekitaran di Dakar, Senegal jauh lebih daif. Kos hidup di sini amat tinggi. Kadar penganguran pula mencecah hampir 50 peratus.

Aira dan Aisya cukup terkesan dengan persekitaran ini. Setiap kali keluar rumah memang akan nampak ramai kanak-kanak kecil yang berkeliaran. Ada yang minta sedekah dan ada yang bermain di tepi-tepi jalan menemani ibu dan bapa mereka bekerja. Kanak-kanak ni pakaian mereka selalunya buruk, kotor dan mereka selalunya berhingus.

Aira selalu nampak saya menjahit baju-baju untuk Aira dan adik-adik. Oleh itu, dia ingin buatkan sesuatu untuk kanak-kanak yang kurang bernasib baik ini. Untuk menyokong idea Aira, saya pun selongkar semua koleksi pattern yang saya ada. Saya cuba untuk mencari pattern yang mudah supaya kami dapat buat sesuatu dengan cepat dan kuantiti yang banyak sebelum Hari Raya Aidilfitri. Pattern yang saya pilih juga perlulah sesuai untuk Aira dan Aisya bantu. Oleh itu, saya pilih pattern Basic Pants dan Simple Skirt daripada blog Dana.



Skirt yang telah siap.



Seluar- seluar yang telah siap.

Aira dan Aisya membantu saya untuk menggunting pattern pada kertas dan lekatkan pattern, gunting getah dan juga gunting label. Dan sudah pastinya tugas Mama adalah untuk menjahit semua seluar-seluar dan skirt. Ini adalah pertama kali saya menjahit sesuatu dalam jumlah yang banyak. Disebabkan tak biasa, saya terpaksa memakai mask menutup hidung kerana hidung saya mula untuk merasa gatal-gatal kerana habuk kain yang banyak. Fuhhhh!! Alhamdulillah kami berjaya menyiapkan 14 skirt dan 11 seluar sebelum Aidilfitri.


Aira membantu untuk memasukkan getah ke dalam seluar dan Aisya pula bantu saya untuk menajamkan jarum peniti supaya mudah untuk digunakan.


Seluar dan skirt yang sedia untuk dihantar kepada orang-orang miskin di sekitar rumah kami.


Meskipun negara tempat kerja Encik Suami kali ini tidak seindah tempat sebelum ini, namun saya sangat bersyukur dengan kesempatan yang dikurniakan oleh Allah. Anak-anak saya dapat belajar bahawa hidup ini tidak sama rata. Namun ini adalah supaya kita sentiasa tolong-menolong antara satu sama lain. 

Semoga Aira dan Aisya akan terus menjadi anak-anak yang sentiasa prihatin terhadap golongan yang kurang bernasib baik. Amiin.

Terima Kasih kerana sudi singgah dan membaca blog saya. Insyaallah kita berjumpa lagi di post akan datang.


Nadia.

Tuesday, January 2, 2018

Disco sequin dress

Assalamualaikum,


Made this dramatic high low dress for my little drama queen. She needed a glittery dress for her phantomine at school before the Christmas holidays, so Mama had to conjure her magic ( just like the fairy god mother) hehe.

I am so pleased with the result and so does Aira.




I like to challenge myself with various type of fabric in sewing garments. For this dress, I used disco sequin fabric which was bought from Spotlight.





The back features an adorable keyhole back that is closed with ties.

I'm using the Harmony Dress pattern from The Simple Life Company. Love all the option from the pattern. We can make tops, dress length or maxi dress with dramatic hi low length or just a normal length. The pattern is super easy to follow and it is great for beginners too!

Thank you for visiting my blog. 

God willing, we will meet again in my next post.

Nadia.