Showing posts with label Ladies. Show all posts
Showing posts with label Ladies. Show all posts

Monday, July 11, 2016

Ali Baba Pants ( Stripy )

Assalamualaikum semua,

Sebelum ini saya ada kongsikan seluar yang saya draf sendiri. Seluar itu saya namakan "Ali Baba Pants".





Hari ini saya ingin berkongsi dengan semua pattern seluar yang sama cuma saya gunakan fabrik yang berlainan. Untuk kali ini, seluar "Ali Baba Pants" ini saya gunakan kain bercorak belang-belang pula (Striped).

Untuk seluar ini saya besarkan sedikit kelebarannya. Dengan ini, ia memberikan effect seluar yang lebih longgar.

Saya gayakan seluar ini dengan kasut bertali. Cool tak? hehe...


Kesemua gambar ini diambil di Goree Island, Senegal. Kami sekeluarga melawat tempat bersejarah ini sebelum kami pulang ke Malaysia.


Seluar ini memang sangat-sangat selesa dipakai. Kami menghabiskan masa sepanjang hari melawat pulau ini. Seluar ini jauh lebih selesa berbanding dengan jika saya memakai seluar jeans. Ia tidak panas dan selesa untuk bergerak.


Saya gunakan fabrik jenis stretchy sama dengan seluar sebelum ini. Cuma kain belang-belang ini lebih tebal berbanding dengan seluar polka dots sebelum ini.

Saya sangat-sangat berpuas hati dengan pattern seluar yang saya draf sendiri ini. Insya Allah kalau ada rezeki saya akan cuba untuk menjahit lagi dengan menggunakan fabrik yang lain pula. Walaupun kita menjahit menggunakan pattern/pola yang sama, jika menggunakan fabrik yang berlainan akan menghasilkan kesan dan output yang berbeza.



Terima kasih kerana sudi membaca blog saya.

Insya Allah kita berjumpa lagi di post akan datang.

Lokasi : Goree Island, Senegal, West Africa
Seluar: Ali Baba Pants
Baju: H&M
Kasut: Geox

Friday, February 19, 2016

Ali Baba Pants

 Assalamualaikum,

Sebelum ini saya kongsikan skirt yang saya jahit untuk saya sendiri. Hari ini saya nak berkongsi pula pattern seluar. Seluar ini saya namakan Ali Baba Pants.



Seluar mudah ini yang saya draft sendiri. Tak menggunakan mana-mana pattern. Saya cuma menekap seluar tidur yang saya sedia ada dan lukis mengikut bentuk yang saya hendak.

Fabrik pula saya gunakan kain jenis lycra. Ia sangat lembut. Kain jenis ini juga mudah untuk diurus. Tak perlu digosok atau iron. Boleh digantung terus selepas basuh.



Untuk bahagian pinggang pula saya buatkan yoga waistband. Saya suka dengan seluar yang menggunakan Yoga waistband. Ia sangat selesa!!


Saya juga buatkan seluar ini mengecil di bahagian kaki seluar. Saya gunakan kaedah yang sama dengan pinggang seluar untuk bahagian kaki.







Terima kasih kerana sudi membaca blog saya. Insya Allah kita berjumpa lagi di post akan datang.

Seluar: Ali Baba Pants (Pattern hasil draf sendiri oleh jahitbynadia)
Lokasi: Radisson Blu, Dakar, Senegal



Monday, February 1, 2016

Saya suka skirt

Assalamualaikum,

Hari ini saya nak berkongsi skirt labuh yang saya jahit untuk diri saya sendiri. Dah lama tak menjahit untuk diri sendiri, asyik menjahit untuk anak-anak dara saya je. Kali ni giliran mama pula.

Saya suka skirt. Pada saya, saya rasa lebih anggun bila menggayakan skirt. Saya juga sukakan maxi skirt. Dari mula belajar menjahit hingga kini saya suka jahit bermacam-macam jenis maxi skirt untuk saya sendiri. Pelbagai jenis skirt dapat dihasilkan menggunakan pattern yang sama dengan kombinasi fabrik yang berbeza.



Untuk skirt kali ini, saya menggunakan pattern "Everywhere Skirt". Saya dapat pattern ini daripada Dana di blog Dana Made It. Saya beli pattern ini semasa Dana buat jualan murah pada bulan February 2015. Saya memang peminat blog Dana. Saya mula kenal dengan Dana semenjak saya di Bahrain lagi iaitu pada tahun 2011. Sebelum ini saya sangat suka dengan tutorial dan free pattern "Shirt Dress" yang menggunakan kemeja lelaki di transform kepada girl's dress. Banyak kemeja Encik Suami yang saya selongkar dan gunting pada masa itu. Selain itu, saya juga adalah peminat free pattern Simple Skirt daripada Dana. 

Pattern "Everywhere Skirt" ini juga bukanlah pattern pertama yang saya beli daripada Dana. Sebelum ini saya pernah membeli pattern "Basic Pants". Banyak seluar yang saya jahit sebelum ini seperti di dalam post ini (Projek Charity Short and Skirts)


Ia adalah pattern mudah dan sesuai untuk confident beginner sewer. Pattern ini sangat versatile dan boleh digunakan untuk kanak-kanak dan juga orang desawa. Terpulang kepada kita nak jahit skirt pendek ataupun skirt labuh. Kepada sesiapa yang ada ramai anak perempuan yang sangat sukakan skirt, memang sangat sesuai membeli pattern ni. Boleh jahit skirt ini berkali-kali. Memang sangat menjimatkan!


Saya gunakan fabrik African Batik yang saya beli di Senegal. Ia adalah fabrik jenis cotton. Semasa sedang menjahit skirt ini, saya sudah pun membayangkan fabrik jenis lain yang akan saya gunakan pada masa akan datang...Ting, ting, ting....idea datang melimpah-limpah. Ye betul, saya memang suka sangat, sangat dengan pattern skirt ni...boleh nampak kan!

Untuk skirt saya ini, saya tidak jahitkan sash pada bahagian pinggang. Mungkin untuk anak dara saya nanti saya akan jahitkan sash.




Disebabkan saya jahit maxi skirt yang sangat labuh saya, saya hanya jahit butang pada bahagian atas sehingga butang yang kelima sahaja. Butang-butang yang lain itu hanyalah "faux button". Idea untuk "faux button" ini datang selepas terseksa menjahit lubang butang yang kedua...fuh, berpeluh-peluh. Tetapi alhamdulillah, saya dapat belajar benda baru.

Yeay!!! I've conquered my fear to sew button holes!! Alhamdulillah kesemua lubang butang yang dihasilkan dapat berfungsi dengan baik.

Seperti yang saya katakan sebelum ini, pattern skirt ini sangat sangat mudah. Bahagian yang sukar untuk saya hanyalah untuk membuat lubang butang sahaja.

Love the skirt!

Thank you Dana for the lovely pattern.

Terima kasih kerana sudi membaca blog saya.

Insya Allah kita berjumpa lagi di post akan datang.


Pattern untuk skirt: Everywhere skirt daripada Dana MADE.
Lokasi: Chez Abdou Suffer Cabane, Senegal
Fabrik: Batik Senegal