Showing posts with label Embroidery. Show all posts
Showing posts with label Embroidery. Show all posts

Monday, December 19, 2016

Penny Pinny with Applique A



Assalamualaikum semua,

Hari ini saya nak berkongsi tentang Penny Pinny Dress kedua yang telah saya jahit untuk Alya. Jarangkan untuk saya jahit satu pola lebih dari sekali? Untuk orang yang sama pula tu, haha! Penny Pinny ni boleh dikira sebagai kes terpencil. 

Saya memang sangat-sangat suka dengan pola dress ini. Kali ini saya ada buatkan sedikit penambahan serta hack pola yang asal.


Pada bahagian belakang skirt pula saya telah potong sedikit untuk memudahkan proses memakai baju. Ini kerana, pola dress yang sebelum ini agak menyukarkan Alya untuk menyarung dress ini kerana size kepala Alya yang besar. Kali ini saya hack pola asal dengan menambah pleat pada bahagian skirt.


Apa yang saya suka sangat dengan dress ini adalah versatality!. Ia adalah pinafore!. Boleh dipakai begitu sahaja jika cuaca panas dan boleh digabungkan dengan t-shirt di bahagian dalam pinafore!

 Alya dengan muka ala-ala menakutkan...: )


Saya telah menampal applique huruf A menggunakan mesin sulam Brother NV950 kesayangan saya. Huruf ini adalah rekaan daripada Planet Applique.


Selain daripada pinafore dress ini sangat versatile, saya juga sukakan ruffle sleeve pada baju ini. Saya sememangnya peminat tegar ruffles...hehehe.

Gambar-gambar ini telah diambil semasa kami bercuti bersama keluarga di Hillside Cottage, Danau Daun Chalet, Janda Baik. 


Terima Kasih kerana sudi singgah dan membaca blog saya ini. Insya Allah kita berjumpa lagi di post akan datang.

Dress (Pattern/Pola): Penny Pinny 
Pattern Design : Kelly dari Sewing in no mans land
Made by: jahitbynadia
Lokasi: Hillside Cottage, Danau Daun Chalet, Janda Baik, Malaysia

Monday, October 3, 2016

Double Scoop Happiness : Daphne Wrap Dress with Kanggaroo Pocket



Assalamualaikum semua,

Hari ini saya nak berkongsi Wrap Dress yang saya jahitkan untuk Alya. Untuk kali ini saya menggunakan pola dan pattern "Daphne Wrap Dress" yang direka oleh pereka kesukaan saya iaitu Lindsay Wilkes dari blog The Cottage Mama.

Ia adalah pola/pattern berbentuk PDF. Mamandangkan sejak kebelakangan ini, saya ada menerima bebrapa pertanyaan melalui email berkenaan pengunaan pola PDF, saya ambil peluang kali ini untuk berkongsi cara-cara bagaimana bekerja dengan 'Pola PDF". 

Langkah pertama, kita perlulah membeli pattern/pola dari The Cottage Mama (ataupun mana-mana pereka pilihan masing-masing) melalui internet. Dan pola akan dihantar terus kepada kita melalui email.

Pattern/pola perlu di download dan untuk membaca pola/pattern pula kita memerlukan software Adobe Reader. Seterusnya, kita perlu print/cetak kesemua kepingan pola yang diberikan. Selepas dicetak, kesemua kepingan pola perlu dicantum untuk mendapatkan pola baju yang hendak dijahit.

Berdasarkan pengalam saya, pola PDF senang untuk digunakan dan mudah. Ia bukan sahaja mudah kerana arahan yang diberi mempunyai aturan yang jelas, malah jika kita ada sebarang persoalan boleh bertanya terus dengan pereka pola melalui email.

Saya memang suka dengan pola/pattern PDF kerana ia tidak memerlukan banyak ruang untuk disimpan. Kesemua pola/pattern PDF saya simpan dalam laptop. Jika ingin digunakan cuma print sahaja. Mudah bagi saya yang selalu berpindah-randah. Al-maklumlah, kami ni hidup nomad. Lebih kurang setiap 3 tahun kami akan berpindah ke tempat yang baru


Kembali kepada cerita dress Alya, Wrap dress ini di jahit lining penuh keseluruhan baju. Saya telah menggunakan fabrik corak ice cream untuk bahagian luar baju, dan bahagian dalam pula saya gunakan fabrik corak kotak-kotak pink. 

Dress ini menggunakan 4 butang, 2 di bahagian depan dan 2 dibahagian belakang. Jika nak mudah boleh sahaja kita menggunakan butang KAM snap. Tapi kali ini saya gunakan kaedah buttonhole kerana saya hendak menggunakan butang bersize besar. 


Inilah rupanya bila wrap dress ini terselak. Comel kan? 


Terdapat 4 pilihan untuk menjahit pola/pattern wrap dress ini. Saya telah memilih pilihan yang paling mudah iaitu dress dengan kangaroo pocket.



Untuk menambahkan  keistimewaan dress ini, saya telah menyulam gambar bahagian poket dengan gambar Tsum-tsum Minnie Mouse sebelum bahagian poket disambungkan ke baju.



Alya suka dengan poket dress ini. Habis segala khazanah mainan kecil kegemaran Alya akan disimpan di dalam poket ini sebelum Alya keluar rumah.
Happy face! Dress ini dianggap berjaya! Sekarang ni Alya sudah mula memilih baju apa yang hendak dipakai. Disebabkan baju ini ada gambar ice-cream dan Tsum-tsum Minnie Mouse, ia berjaya menambat hati Alya...Yeay!!!


Minggu hadapan Alya akan berumur 3 tahun, tetapi untuk Daphne Wrap Dress ini saya jahit menggunakan size 4T. Semangat sungguh!

Dress ini memang mudah! Ia sangat cepat untuk dijahit. Suka dengan hasilnya! Insya Allah saya jahit lagi Daphne Wrap ini pada masa akan dengan dengan option yang lain pula!

Fun, fun, fun!!!

Terima Kasih kerana sudi singgah dan membaca blog saya. 

Insya Allah kita akan berjumpa lagi di post akan datang.

Thursday, September 1, 2016

Embroidery shirt with skirt

Assalamualaikum semua,

Masih lagi dalam demam menyulam t-shirt anak-anak...hehe. Kali ini t-shirt Aira pula. 

Saya masih menggunakan teknik sulaman applique. Saya telah menggunakan pattern percuma daripada Planet Applique iaitu Snowflake Applique.



Saya menggunakan t-shirt yang sama dengan Aisya dan Alya seperti dalam post yang lepas. Saya telah memilih design sulaman yang mudah dan simple. 

Tshirt ini telah disulam sehari sebelum raya. Nasib baik Aira pilih pattern yang mudah ni, hehe...

Sambil kelam kabut sulam t-shirt, dalam masa yang sama saya perlu berkemas beg untuk travel pula.





Saya telah padankan t-shirt Aira dengan skirt. Skirt ini adalah pattern daripada Dana MADE Everyday. 

Ia adalah pola percuma daripada Dana. Dana telah menyediakan tutorial bagaimana hendak menjahit skirt ini langkah demi langkah. 



Saya telah tambahkan ruffle pada bahagian bawah skirt ini. Kalau ikutkan pattern asal skirt Dana, sash pada skirt sebenarnya lebih lebar. Namun, saya telah kecilkan saiz kelebaran sash ini untuk disesuaikan dengan badan Aira yang kurus.





Sekali lagi, projek mudah untuk mendapatkan sepasang baju. Cuma sulam applique pada tshirt dan jahitkan skirt menggunakan fabrik yang sama dengan sulaman.




Love the style!





Gambar-gambar ini telah diambil ketika kami beraya di Ipoh. Hari terakhir sebelum pulang ke Kuala Lumpur, kami sekeluarga telah singgah ke Funtasy House yang terletak di 16, Jalan Market, Ipoh, Perak.


Kebanyakkan gambar Aira ini diambil di sekitar kawasan Funtasy House tersebut.




Harga tiket adalah sebanyak RM15 untuk dewasa dan RM10 untuk kanak-kanak berumur 4 tahun ke atas.




Untuk maklumat lanjut mengenai Funtasy House sila TEKAN SINI.

Aira bergambar di dalam Funtasy House sambil memegang Papa dan Alya...hehe.

Terima Kasih kerana sudi singgah dan membaca blog saya. 

Insya Allah kita akan berjumpa lagi di post akan datang.

Wednesday, August 31, 2016

Embroidery shirt with Ruffle Capri

Assalamualaikum semua,

Ini adalah hasil kedua untuk projek sulam atas t-shirt yang ingin saya kongsikan bersama.

Ini adalah projek ringkas untuk dapatkan sepasang baju iaitu t-shirt dan seluar.


Saya gunakan t-shirt kosong yang dibeli dari Mothercare. T-shirt ini sama pattern dengan t-shirt Aisya sebelum ini (Post sebelum ini, sila tekan SINI). Saya telah menyulam applique atas t-shirt ini menggunakan pattern percuma daripada Design by Juju.

Saya memang suka sangat-sangat dengan sulam applique. Pada saya, sulam applique dapat memberi kan "extra touch" kepada hasil sulaman. Namun begitu, teknik sulam applique ini lebih rumit daripada teknik sulaman biasa. 

Kita boleh menggunakan kain-kain lebihan ataupun perca yang sama dengan seluar ataupun skirt untuk dapatkan effect yang cantik.


Saya telah padankan t-shirt sulam ini dengan seluar ruffle. Untuk Ruffle Capri ini pula saya gunakan pola "Kid Shorts" yang direka oleh Dana MADE. Untuk dapatkan effect seluar capri, saya telah panjangkan sedikit pola seluar pendek ini supaya labuh seluar berada di bawah lutut Alya.



Saya menggunakan fabrik yang warnanya seakan-akan dengan seluar Alya untuk sulam applique pada t-shirt Alya.



Suka dengan hasil gabungan sulam dan seluar ni. Pada saya ia sangat comel bila Alya memakainya.



Gambar-gambar ini telah diambil ketika kami beraya di Ipoh. Hari terakhir sebelum pulang ke Kuala Lumpur kami sekeluarga singgah ke Funtasy House yang terletak di 16, Jalan Market, Ipoh Perak.

Harga tiket adalah sebanyak RM15 untuk dewasa dan RM10 untuk kanak-kanak berumur 4 tahun ke atas.

Untuk maklumat lanjut mengenai Funtasy House sila TEKAN SINI.





Alya bergambar dengan Mahathir : ) Comelkan gambar ni? Alya dan Mahathir sedang menyorok daripada si tikus hehe.

Terima Kasih kerana sudi singgah dan membaca blog saya. 

Insya Allah kita akan berjumpa lagi di post akan datang.

Tuesday, August 9, 2016

Embroidery shirt with sailor shorts

Assalamualaikum semua, 

Sebelum ini saya tak pernah lagi berkongsi projek menyulam saya di blog jahitbynadia kan? Ok, hari ini saya nak berkongsi hasil sulaman saya.

Saya ada mesin jahit dan sulam Brother NV950 yang saya beli sejak saya tinggal di Senegal. Semuanya atas pengaruh rakan baik saya iaitu Suhaila. Masa tu Suhaila menetap di Miri, Saya terkesima dengan projek-projek menjahitnya yang cantik-cantik. Suhaila banyak jahit baju-baju anak daranya serta costume yang memang gempak!

Disebabkan mesin jahit Singer 8280 saya telah rosak pada masa itu, saya pun telah terpengaruh untuk membeli mesin jahit dan sulam ini. 

Di Senegal tak ada jual mesin Brother yang baru. Oleh itu, saya terpaksa meminta ibu saya untuk tolong belikan NV950 di Malaysia dan hantar ke Senegal.

Tanpa sebarang kelas sebagai panduan, saya hanya menggunakan NV 950 sebagai mesin jahit biasa sahaja. Saya tak berani langsung nak pasang tapak sulam pada masa itu. Sepanjang menetap di Senegal saya asyik layari instagram seorang kakak manis ni iaitu Zila Kasim. Terpegun saya dengan hasil-hasil sulamannya menggunakan Brother NV 950. 

Tapi di sebabkan jauh saya hanya mampu berangan je masa tu...hehe. Saya menyimpan hasrat pada masa tu, sampai je Malaysia saya nak berguru dengan Kak Zila Kasim.

Pulang ke Malaysia pada Januari 2016, banyak urusan yang perlu di selesaikan. Saya terlupa sebentar tentang hasrat yang saya simpan di Senegal dahulu. Sampai sahaja barang-barang daripada Senegal pada bulan Februari, erus saya teringat nak join kelas Kak Zila Kasim. 

Saya stalk instagram beliau and YES!!!! Kak Zila ada kelas di Shah Alam pada bulan itu di SekociNorlie. Apa lagi! terus contact Norlie dan book kelas.

Alhamdulillah setelah kenal dengan Norlie dan Kak Zila saya dapat belajar banyak teknik-teknik yang baru. Saya juga dapat kenal dengan juruteknik servis mesin, dan dapat join banyak lagi kelas dan kenal ramai talented crafter yang ada di Malaysia.

                               

Ok, panjang cerita mukadimahnya haha!

Kembali kepada hasil sulaman saya. Hari ini model saya model baru. Selama ini saya belum pernah berkongsi hasil jahitan saya untuk anak teruna saya Mahathir Muhammad. Ini ada post pertama saya dengan Mahathir.

Bukan apa, banyak rasanya sudah saya jahitkan untuk Mahathir tapi cuma susah nak ambil gambar Mahathir yang tidak boleh duduk diam.

Nampaknya sekarang Mahathir lebih bersedia menjadi model mama... haha!
                        


Saya telah sulam applique "Capt Adorable" ini menggunakan design yang saya beli daripada Planet Applique. Saya suka sangat dengan hasilnya. Saya minat sangat dengan semua design daripada Planet Applique ni, Semuanya cantik, comel dan stitchesnya juga sangat kemas.

Sesiapa yang ada mesin sulam silalah follow FB planet applique sebab dari masa ke semasa dia akan berikan design percuma! Siapa tak suka barang percuma kan? Terima Kasih Planet Applique!

Ini adalah projek pertama saya sulam atas t-shirt dan saya suka sangat dengan hasilnya. T-shirt ini saya beli di Mothercare. Memang saya sengaja beli T-shirt kosong yang tidak ditulis apa-apa, senang saya nak cuba sulam di atasnya.


Saya padankan T-shirt Mahathir dengan seluar yang saya jahit menggunakan pola "Big Butt Pants" daripada Rae. Saya gunakan fabrik bergambar "Sailor" pada bahagian punggung seluar ini.


Pola seluar ini sangat best! Memang berbaloi membelinya. Si kecil memang sangat selesa disebabkan ruang pada bahagian diapers. Masa Mahathir menggunakan cloth diapers pun sangat selesa. Seluar ini memang sangat sesuai untuk babies.

Comel kan? terutamanya di bahagian punggung..hehe


Untuk sulaman ini, saya masih belum pandai nak edit dan tambahkan nama. Untuk design akan datang saya akan tambahkan nama Mahathir ataupun initial sahaja.

Insya Allah kalau ada rezeki menyulam di akan datang. Setakat ini, saya berpuas hati dengan hasil sulam saya ini.

Terima Kasih kerana sudi membaca blog saya.

Insya Allah kita akan berjumpa lagi di post akan datang.

Design Sulam: Planet Applique