Showing posts with label Geranium. Show all posts
Showing posts with label Geranium. Show all posts

Monday, September 19, 2016

La Mantin Blouse

Assalamualaikum semua,

Sekali lagi saya nak berkongsi hasil jahitan saya menggunakan Batik West Africa. Kali ini sepasang baju untuk Alya pula. Saya namakan baju ini "La Mantin Blouse"

Cantik kan corak kain ini? Saya sangat suka dengan corak kain ini. Batik West Afrika ini saya dapatkan semasa kami menetap di Senegal. Warnanya yang terang dan ceria sangat-sangat sesuai dengan karakter Alya.


Walaupun telah dibasuh beberapa kali, warna kain ini tidak luntur ataupun bertukar menjadi kusam. Ia adalah sejenis kain cotton yang sangat selesa dipakai oleh si kecil dan tidak panas.



Saya menggunakan pola Geranium Dress tapi kali ini saya ikut potongan untuk dijadikan Top pula. Geranium Dress ini direka oleh Rae. Untuk seluar pula saya gunakan pola seluar daripada buku Jepun yang diterjemahkan ke Bahasa Inggeris. Saya menggunakan pola seluar yang sama dengan Camisole untuk Alya sebelum ini (Klik di sini)




Saya menggunakan KAM snap button berwarna kuning untuk butang di bahagian belakang baju. Dengan menggunakan butang jenis ini, ia bukan sahaja memudahkan proses menjahit ia juga cepat untuk dipasang kerana kita tidak perlu menjahit lubang butang. Butang jenis ini juga memudahkan proses membuka dan menyarung baju si kecil.


Untuk bahagian leher saya menggunakan potongan U scoop. Lengan pula saya gunakan pola "faux sleeve".



Alya memang suka sangat dengan baju ini. Ia sangat selesa dan pada Alya baju ni CANTIK!


Yeay for La Mantin Blouse!

Terima kasih kerana sudi singgah dan membaca blog saya.

Insya Allah kita berjumpa lagi di post akan datang.


Lokasi: Presint 3, Putrajaya

Sunday, August 14, 2016

Dress Batik West Africa -Aira

Assalamualaikum semua,

Sekali lagi pola kesukaan saya 'Geranium Dress" yang direka oleh pereka kesukaan saya Rae.

Kali ini saya jahitkan dress untuk Aira.


Gambar ini diambil di puncak Rumah Api di Dakar, Senegal. Kami sekeluarga sempat ke sana untuk bergambar sehari sebelum pulang ke Malaysia.

Sedikit latar belakang mengenai Rumah Api ini. Dalam bahasa Perancis, Rumah Api ini dipanggil sebaga Phare des Mameles. Ia dibina oleh pihak Perancis pada tahun 1867. Ia dibina pada ketinggian 153 meter dari aras laut. Memandangkan Dakar merupakan bandar paling Barat dalam benua Afrika, Rumah Api ini memberikan pemandangan terbaik ke arah Lautan Atlantik.

Berbalik kepada dress Aira. Saya menggunakan fabrik yang dibeli di Senegal iaitu Batik West Afrika. Saya sangat-sangat suka dengan batik-batik dari sini. Kainnya adalah cotton yang berkualiti tinggi dan warnanya juga sangat-sangat cantik dan terang. 

Walaupun telah dibasuh banyak kali, warnanya tetap cantik dan tidak luntur.


Saya suka dengan paras labuh skirt dress ini. Ia tidak terlalu pendek dan juga tidak terlalu labuh.

Kali ini untuk Aira saya gunakan "Faux Cap Sleeve" pada bahagian lengan dress.



Potongan leher pula saya gunakan pola"U  Scoop". Cantik kan hasilnya? Sedikit kelainan berbanding dengan dress Aira sebelum ini.

Saya masih gunakan kaedah pleated untuk bahagian skirt pada dress ini. Saya juga jahitkan pocket pada skirt Aira.


Dress ini sangat selesa untuk dipakai bermain dan masih nampak ayu. Dress ini telah digayakan dengan rantai dari Senegal dan crochet Bow hairclip yang saya kait sebelum ini.




Untuk bahagian bukaan baju pula saya gunakan butang KAM snap. Penggunaan butang KAM snap sangat memudahkan dan mempercepatkan proses menjahit. Tak perlu menjahit lubang butang, hehe.

Pola dress ini memang sangat mudah dan cepat untuk dijahit. 

Untuk dress ini saya gunakan size 8T kerana pada ketika itu Aira berumur 8 tahun. Saiz ini sangat sesuai untuk Aira dan sampai kini dress ini masih selesa dipakai.

Terima Kasih kerana sudi singgah dan membaca blog saya.

Insya Allah kita akan berjumpa lagi di post akan datang.


Thursday, July 28, 2016

Geranium Dress untuk Alya


Assalamualaikum,

2 minggu sebelum ini saya kongsikan dress yang saya jahitkan untuk Aira dan Aisya menggunakan pola yang sama. Hari ini pula saya nak berkongsi dress yang saya jahitkan untuk Alya. Masih menggunakan pola yang sama kecuali kali ini labuh skirtnya dipanjang un tuk digayakan sebagai dress tanpa seluar. Dress ini saya gunakan pola Geranium dress yang telah direka oleh Rae.


Pola dress yang sama saya gunakan untuk Top Aira dan Aisya sebelum ini, tetapi berbeza dari segi panjang dress. Saya gunakan pola dress untuk Alya kali ini.

Untuk bahagian lengan pula saya hanya gunakan pola tanpa lengan.





Leher pula saya gunakan potongan leher biasa. Berbeza dengan potongan leher Aira dan Aisya, pada kali ini saya menggunakan potongan yang lebih simple. Simple but nice!

Untuk bahagian skirt pula saya menggunakan kedut biasa dan bukan pleated. Untuk Aira dan Aisya sebelum ini saya susun skirt secara pleated.

(Please mama, no more pictures!)

Disebabkan kebosanan, Alya sudah tidak mahu diambil gambar lagi. Dia sibuk nak payung macam kakak Aira dan Aisya. 

Gaya Alya dengan payung ditengah panas : )

Saya memang sangat suka dengan pattern /pola baju ini. Ia sangat versatile dan selesa dipakai oleh si kecil. Saya tidak memerlukan mesin jahit tepi untuk menjahit baju ini. Semua jahitan disorok dan membuatkan si manja selesa. Untuk bahagian skirt pula saya gunakan French seam untuk kemasan. 

Kepada sesiapa yang baru sahaja belajar menjahit saya syorkan untuk membeli pola PDF daripada Rae ini. Senang, mudah dan cepat!

Jika ingin melihat dress yang saya jahitkan untuk Aira dan Aisya menggunakan pola yang sama sila klik disini:


Selamat mencuba!

Terima Kasih kerana sudi membaca blog saya.

Insya Allah kita akan berjumpa lagi untuk post akan datang.


Sunday, July 24, 2016

Geranium Top (Ruffle sleeve) for Aira

Assalamualaikum,

Sebelum ini saya kongsikan Geranium top yang saya jahit untuk Aisya. Kali ini saya nak berkongsi Geranium top yang saya jahitkan untuk Aira pula.  

Dengan jujurnya, saya katakan saya memang suka sangat-sangat dengan pattern ini. Saya boleh jahit dengan menggunakan pattern ini berkali-kali! hehe. Banyak pilihan option yang boleh dijahit dan ia sangat-sangat mudah. Terima Kasih Rae!


Untuk Aira, saya gunakan pilihan lengan Ruffle Sleeve. Pilihan lengan ini sangat-sangat sesuai untuk Aira. Ia menonjolkan gaya Aira yang feminine. Effect ruffle Sleeve ini sangat cantik kerana potongan ia bukanlah potongan lurus tetapi ia dipotong secara spiral! Untuk finishing pula, kita cuma perlu jahitkan menggunakan jahitan zigzag untuk kemasan lengan ini.


Saya telah menggunakan fabrik Batik Senegal untuk baju Aira ini dipadankan dengan kain kosong berwarna hitam. Bahagian leher pula saya menggunakan potongan scoop  biasa berbeza dengan baju Aisya.


Bahagian bukaan belakang saya gunakan butang KAM snap untuk memudahkan proses menjahit. Selain itu, ia juga memudahkanproses buka dan pakai si kecil.



Smart tak rambut ala Alicia Keys ni? Kami bersyukur dengan keputusan last minute kami untuk pergi ke salon beberapa jam sebelum kami bertolak ke lapangan terbang untuk pulang ke Malaysia. Kenangan saat-saat terakhir kami sebelum meninggalkan Senegal yang kami tak akan dilupakan..: )



Saya juga tambahkan batu yang di iron pada bahagian tengah baju Aira.



Baju ini boleh digayakan dengan seluar pendek mahupun seluar panjang. Kalau nak pakai dengan jeans pun boleh.


Girlish top for my girlish young lady!

Terima kasih kerana sudi membaca blog saya.

Insya Allah kita akan berjumpa lagi di post akan datang.



Monday, July 18, 2016

Geranium top (Faux cap sleeve) for Aisya

Assalamualaikum,

Hari ini saya nak berkongsi satu lagi hasil jahitan saya. Sebenarnya sudah lama saya siapkan, tapi baru sekarang ada masa nak share.

Gambar ini diambil ketika kami baru sahaja pulang dari Senegal pada pertengahan bulan Januari.

Perasan tak rambut Aisya? Kami sempat ke kedai dandanan rambut di Dakar, Senegal untuk mendandan rambut Aira dan Aisya sebelum kami bertolak pulang ke Malaysia. Masing-masing nak rambut gaya Afrika untuk digayakan pada nenek dan atok.

                          

Untuk top ini saya gunakan pattern Geranium Dress daripada Rae. Pattern ini sangat mudah dan cepat untuk dijahit. Terdapat pelbagai pilihan yang boleh dijahit dari pattern asal. Boleh dijahit sebagai dress ataupun top. Ia juga mempunyai 3 pilihan lengan. 


Untuk top Aisya ini, saya menggunakan faux cap sleeve. Ia seakan-akan ada lengan tetapi sebenarnya lengan itu dipotong terus dengan bahagian baju. Mudah dan cepat! 

Saya suka dengan hasilnya. Betul, baju ini sangat cepat untuk dihasilkan. saya dapat potong dan jahit 2 top dan 1 dress dalam masa 2 hari sambil masa saya telah dicuri untuk menyusukan Mahathir.


Saya telah tambahkan pink lace ke bahagian badan baju Aisya. Untuk bahagian leher pula, saya menggunakan point cut. Rae menyediakan 3 pilihan potongan leher didalam pattern Geranium ini. Saya juga tambahkan batu yang di iron pada bahagian leher baju.


Untuk bahagian bukaan baju pula, saya menggunakan KAM snap button. Cepat dan senang.



Happy ballerina with her new top!

Terima Kasih kerana sudi membaca blog saya.

Insya Allah kita berjumpa lagi di post akan datang.