Friday, December 23, 2016

Queen Elsa and Princess Anna

Assalamualaikum,

Lama sungguh saya tak update post dengan jahitan costume. Saya ingin berkongsi jahitan yang saya telah jahit untuk Aira dan Aisya sejak tahun 2015. Antara costume yang telah saya jahit termasuklah baju yang berinsprirasikan Queen Elsa dan Princess Anna untuk Aira dan Aisya. 


Untuk baju Queen Elsa, saya telah menggunakan pola baju "Maren Dress". Pola baju ini telah direka oleh Jessica Cristian daripada blog Craftiness is not optional. Ia adalah pola yang diberikan kepada ahli kelab "Sew What Club" untuk bulan September 2015. Ia adalah pola yang sama saya jahit untuk baju Aisya sebelum ini. (Klik Di Sini)

Saya telah tambahkan kain sequein pada bahagian depan baju. Dan bahagian belakang pula saya tambahkan cape seperti baju Queen Elsa dalam filem Frozen. Untuk cape dress ini, saya telah menggunakan kain langsir. Saya cuma beli 1/2 meter kain langsir putih untuk projek ini. Pada mulanya, suami saya pelik kenapa pula nak beli kain langsir... hehe

Bahagian skirt pula saya lapiskan Tulle untuk jadikan ia lebih menarik.


Saya suka jahit costume untuk anak-anak saya berdasarkan character filem atau TV. Dalam masa yang sama, saya akan membuat beberapa pindaan kreatif untuk memastikan costume yang saya jahit selesa untuk dipakai secara harian. Selain itu, pilihan fabrik juga amat penting. Misalnya, kain cotton sangat sesuai cuaca panas di Malaysia.

Saya sangat sukakan bahagian bukaan belakang baju Maren Dress ini. Saya menggunakan butang berbentuk cupcake kerana itu adalah permintaan Aira walaupun butang ini langsung tidak sesuai dengan tema...huhu.


Untuk Princess Anna pula saya gunakkan pola Peasant Dress. Pola ini saya dapat secara percuma daripada Pinterest. Terdapat banyak tutorial yang percuma dalam Pinterest. 

Ia adalah dress mudah yang sesuai untuk Beginners Sewist : )


Saya suka dengan peasant dress bukan sahaja mudah untuk dijahit, malah ia juga mudah untuk disarung oleh si kecil. Proses membuka dan memakai baju jadi lebih mudah tanpa butang ataupun zip.

Saya telah melukis corak baju Anna ini menggunakan fabric paint.

Bahagian atas baju dan lengan saya menggunakan kain jenis cotton. Untuk skirt pula saya gunakan kain jenis lycra. Gabungan yang sangat sesuai. Kain lycra yang berat membuatkan skirt jatuh dengan cantik.


Drama Queen and Sweet Princess : )


Aira sedang menghayati watak moody Queen Elsa semasa sesi pengambaraan ini..hehe. Aisya tetap dengan pose comel dan senyuman manisnya.


Costume yang boleh dipakai hari-hari. Selesa dengan cuaca di Malaysia dan yang paling penting ia adalah mama made with love : )

Terima kasih kerana sudi singgah dan membaca blog saya.

Insya Allah kita akan berjumpa lagi post akan datang.

Tuesday, December 20, 2016

Flamingo Dress untuk Tia

 Assalamualaikum semua,


Hari ini saya akan berkongsi hasil jahitan saya yang pertama menggunakan pola daripada Violette Field Threads iaitu Georgia Dress.



Dress ini adalah untuk anak buah saya, Tia. 

Saya suka dengan hasil daripada pola dress ini... it's a perfect fit! Tia berumur 5 tahun. Jadi saya telah menggunakan pola size 5T. 


Terdapat 2 pilihan skirt untuk dress ini. 3 Tier skirt dan Simple skirt. Untuk Tia, saya telah memilih option 3 Tier Skirt. 

Seperti yang saya pernah sebutkan sebelum ini, saya memang sangat sukan baju yang beropol. I'm a sucker for ruffles!

Ruffle pada bahagian leher dan hujung lengan memberikan hasil yang sangat menarik. Rekabentuk klasik yang diberi nafas baru... : ) 


Saya telah menggunakan fabrik bergambar flamingo yang comel-comel. Warna pink ini sangat sesuai untuk Tia.


Saya juga telah membuat versi Simple Skirt menggunakan pola ini untuk baju Alya. Saya akan kongsikan versi baju Alya di post akan datang.

Terima kasih kerana sudi singgah dan membaca blog saya.

Insya Allah kita akan berjumpa lagi di post akan datang.

Monday, December 19, 2016

Penny Pinny with Applique A



Assalamualaikum semua,

Hari ini saya nak berkongsi tentang Penny Pinny Dress kedua yang telah saya jahit untuk Alya. Jarangkan untuk saya jahit satu pola lebih dari sekali? Untuk orang yang sama pula tu, haha! Penny Pinny ni boleh dikira sebagai kes terpencil. 

Saya memang sangat-sangat suka dengan pola dress ini. Kali ini saya ada buatkan sedikit penambahan serta hack pola yang asal.


Pada bahagian belakang skirt pula saya telah potong sedikit untuk memudahkan proses memakai baju. Ini kerana, pola dress yang sebelum ini agak menyukarkan Alya untuk menyarung dress ini kerana size kepala Alya yang besar. Kali ini saya hack pola asal dengan menambah pleat pada bahagian skirt.


Apa yang saya suka sangat dengan dress ini adalah versatality!. Ia adalah pinafore!. Boleh dipakai begitu sahaja jika cuaca panas dan boleh digabungkan dengan t-shirt di bahagian dalam pinafore!

 Alya dengan muka ala-ala menakutkan...: )


Saya telah menampal applique huruf A menggunakan mesin sulam Brother NV950 kesayangan saya. Huruf ini adalah rekaan daripada Planet Applique.


Selain daripada pinafore dress ini sangat versatile, saya juga sukakan ruffle sleeve pada baju ini. Saya sememangnya peminat tegar ruffles...hehehe.

Gambar-gambar ini telah diambil semasa kami bercuti bersama keluarga di Hillside Cottage, Danau Daun Chalet, Janda Baik. 


Terima Kasih kerana sudi singgah dan membaca blog saya ini. Insya Allah kita berjumpa lagi di post akan datang.

Dress (Pattern/Pola): Penny Pinny 
Pattern Design : Kelly dari Sewing in no mans land
Made by: jahitbynadia
Lokasi: Hillside Cottage, Danau Daun Chalet, Janda Baik, Malaysia

Thursday, December 15, 2016

Mille Feuille Dress (Aira)

Assalamualaikum semua,

Hari ini saya nak berkongsi hasil jahitan Mille Feuile Dress untuk Aira pula. Pola yang sama dengan dress yang saya jahit untuk Aisya. Cuma kali ini saya menggabungkan dua jenis fabrik. 

Pada asalnya saya ingin menggunakan satu jenis fabrik sahaja. Tetapi disebabkan tak cukup kain, terpaksalah saya menukar rancangan. Dress ini nampak simple tetapi disebabkan sizenya yang kembang, banyak juga fabrik yang diperlukan. Dua meter sahaja tidak mencukupi.


Pola ini direka oleh Stef daripada blog The Girl Inspired untuk The Sew What Club pada Jun 2016.



Gambar-gambar ini diambil semasa kami sekeluarga bercuti di Janda Baik, Pahang.




Semasa dalam proses menjahit dress ini, emak saya menegur saya "macam jahit langsir je!" kerana terlalu banyak sangat ruffles sampai tiga tingkat. Tapi, bila dah siap jadi dress, terus dia tegur dan cakap "Cantik!"



Saya memang suka kepada ruffles. Kalau boleh semua baju saya nak rufflekan... hehe. Meskipun teknik ini menggunakan banyak fabrik, namun hasilnya sangat memuaskan.


 Twirlling time!



Saya telah padankan dress ini dengan bunga ros crochet.

Aisya dan Aira.


Terima Kasih kerana sudi singgah dan membaca blog saya ini. Insya Allah kita berjumpa lagi di post akan datang.

Dress : Mille Feuille Dress
Pattern Design : Stef, Girl Inspired
Made by: Me (jahitbynadia)
Lokasi: Hillside Cottage, Danau Daun Chalet, Janda Baik.

Wednesday, December 14, 2016

Mille Feuille Dress (Aisya)

Assalamualaikum semua,

Setahun telahpun berlalu dan Sew What Club juga telah pun berakhir. Namun demikian, masih banyak pola yang masih saya belum cuba untuk jahit, huhu. Oleh itu, hari ini saya ingin berkongsi summer dress yang saya jahit iaitu Mille Feuille Dress.

Pola ini adalah rekaan Stef dari blog Girl Inspired. Dress yang simple dan mudah dijahit. 


Saya telah menggunakan kain yang sama untuk dress Aisya ni. Kain ini adalah jenis berkaki. Saya telah menggunakan bahagian kaki hijau untuk tali dress ini.




Dress ini sangat-sangat sesuai untuk dipakai semasa bercuti.




Seperti mana saya suka bahagian ruffle dress ini, saya juga amat menggemari bahagian belakang dress ini. Ia dijahit menggunakan teknik benang getah. Benang getah telah dimasukkan ke bahagian bobbin. Saya sangat-sangat suka dengan effect seakan-akan smocking hasil daripada teknik ini.






Twirlling Effect : Perfect!



Saya sememangnya sangat-sangat suka kepada ruffles. Saya memang enjoy menjahit ruffle : )

Esok saya akan berkongsi Mille Feuille dress yang saya jahitkan untuk Aira pula.

Terima Kasih kerana sudi membaca blog ini. Semoga kita berjumpa lagi di post akan datang.


Dress : Mille Feuille Dress
Pattern Design : Stef, Girl Inspired
Made by: Me (jahitbynadia)
Lokasi: Hillside Cottage, Danau Daun Chalet,Janda Baik.