Friday, February 19, 2016

Ali Baba Pants

 Assalamualaikum,

Sebelum ini saya kongsikan skirt yang saya jahit untuk saya sendiri. Hari ini saya nak berkongsi pula pattern seluar. Seluar ini saya namakan Ali Baba Pants.



Seluar mudah ini yang saya draft sendiri. Tak menggunakan mana-mana pattern. Saya cuma menekap seluar tidur yang saya sedia ada dan lukis mengikut bentuk yang saya hendak.

Fabrik pula saya gunakan kain jenis lycra. Ia sangat lembut. Kain jenis ini juga mudah untuk diurus. Tak perlu digosok atau iron. Boleh digantung terus selepas basuh.



Untuk bahagian pinggang pula saya buatkan yoga waistband. Saya suka dengan seluar yang menggunakan Yoga waistband. Ia sangat selesa!!


Saya juga buatkan seluar ini mengecil di bahagian kaki seluar. Saya gunakan kaedah yang sama dengan pinggang seluar untuk bahagian kaki.







Terima kasih kerana sudi membaca blog saya. Insya Allah kita berjumpa lagi di post akan datang.

Seluar: Ali Baba Pants (Pattern hasil draf sendiri oleh jahitbynadia)
Lokasi: Radisson Blu, Dakar, Senegal



Monday, February 1, 2016

Saya suka skirt

Assalamualaikum,

Hari ini saya nak berkongsi skirt labuh yang saya jahit untuk diri saya sendiri. Dah lama tak menjahit untuk diri sendiri, asyik menjahit untuk anak-anak dara saya je. Kali ni giliran mama pula.

Saya suka skirt. Pada saya, saya rasa lebih anggun bila menggayakan skirt. Saya juga sukakan maxi skirt. Dari mula belajar menjahit hingga kini saya suka jahit bermacam-macam jenis maxi skirt untuk saya sendiri. Pelbagai jenis skirt dapat dihasilkan menggunakan pattern yang sama dengan kombinasi fabrik yang berbeza.



Untuk skirt kali ini, saya menggunakan pattern "Everywhere Skirt". Saya dapat pattern ini daripada Dana di blog Dana Made It. Saya beli pattern ini semasa Dana buat jualan murah pada bulan February 2015. Saya memang peminat blog Dana. Saya mula kenal dengan Dana semenjak saya di Bahrain lagi iaitu pada tahun 2011. Sebelum ini saya sangat suka dengan tutorial dan free pattern "Shirt Dress" yang menggunakan kemeja lelaki di transform kepada girl's dress. Banyak kemeja Encik Suami yang saya selongkar dan gunting pada masa itu. Selain itu, saya juga adalah peminat free pattern Simple Skirt daripada Dana. 

Pattern "Everywhere Skirt" ini juga bukanlah pattern pertama yang saya beli daripada Dana. Sebelum ini saya pernah membeli pattern "Basic Pants". Banyak seluar yang saya jahit sebelum ini seperti di dalam post ini (Projek Charity Short and Skirts)


Ia adalah pattern mudah dan sesuai untuk confident beginner sewer. Pattern ini sangat versatile dan boleh digunakan untuk kanak-kanak dan juga orang desawa. Terpulang kepada kita nak jahit skirt pendek ataupun skirt labuh. Kepada sesiapa yang ada ramai anak perempuan yang sangat sukakan skirt, memang sangat sesuai membeli pattern ni. Boleh jahit skirt ini berkali-kali. Memang sangat menjimatkan!


Saya gunakan fabrik African Batik yang saya beli di Senegal. Ia adalah fabrik jenis cotton. Semasa sedang menjahit skirt ini, saya sudah pun membayangkan fabrik jenis lain yang akan saya gunakan pada masa akan datang...Ting, ting, ting....idea datang melimpah-limpah. Ye betul, saya memang suka sangat, sangat dengan pattern skirt ni...boleh nampak kan!

Untuk skirt saya ini, saya tidak jahitkan sash pada bahagian pinggang. Mungkin untuk anak dara saya nanti saya akan jahitkan sash.




Disebabkan saya jahit maxi skirt yang sangat labuh saya, saya hanya jahit butang pada bahagian atas sehingga butang yang kelima sahaja. Butang-butang yang lain itu hanyalah "faux button". Idea untuk "faux button" ini datang selepas terseksa menjahit lubang butang yang kedua...fuh, berpeluh-peluh. Tetapi alhamdulillah, saya dapat belajar benda baru.

Yeay!!! I've conquered my fear to sew button holes!! Alhamdulillah kesemua lubang butang yang dihasilkan dapat berfungsi dengan baik.

Seperti yang saya katakan sebelum ini, pattern skirt ini sangat sangat mudah. Bahagian yang sukar untuk saya hanyalah untuk membuat lubang butang sahaja.

Love the skirt!

Thank you Dana for the lovely pattern.

Terima kasih kerana sudi membaca blog saya.

Insya Allah kita berjumpa lagi di post akan datang.


Pattern untuk skirt: Everywhere skirt daripada Dana MADE.
Lokasi: Chez Abdou Suffer Cabane, Senegal
Fabrik: Batik Senegal

Wednesday, January 27, 2016

Montpellier in West Africa

Assalamualaikum,

Sememangnya saya sangat suka dengan Montpellier Dress ini. Sejak Kelly dari sewinginnomansland keluarkan pattern ini di Sew What Club pada bulan November saya memang sudah jatuh cinta pandang pertama dengan dress ini.


Pattern ini telah dikeluarkan untuk ahli Sew What Club pada bulan November 2015. Disebabkan terlalu sibuk dengan urusan-urusan kami sekeluarga untuk pulang ke Malaysia, photoshoot dress ini terpaksa dilewatkan ke bulan Disember 2015.


Saya telah menggunakan fabrik batik Senegal untuk menjahit dress ini. Corak pada fabrik ini, berkotak-kotak, ia agak menyukarkan proses untuk memotong kain..fuhhh! 

Tapi selepas melihat hasil Montpellier menggunakan batik Senegal ini membuatkan saya makin terasa sayang untuk meninggalkan Senegal... I'm going to miss Senegal more than I thought... Sedih!


Kembali kepada cerita dress ini, dress ini mempunyai poket besar pada bahagian kiri dan kanan baju. Cute kan?

Pada bahagian panel kiri dan kanan pula kain dipotong secara bias (senget). Ia memberikan effect yang sangat cantik. Untuk membuka baju pula, ia menggunakan zipper pada bahagian belakang baju. 


Saya menggunakan bias tape  yang diperbuat daripada fabrik yang sama untuk kemaskan bahagian lengan dan hujung dress. 


Untuk melengkapkan dress ini, saya juga buatkan bow besar sebagai penyepit rambut untuk dipadankan bersama dengan dress.


Yeay!! Aisya juga suka dengan Montpellier Dress ini.

Pattern: Montpellier Dress dari  Sew What Club
Fabrik: Batik Senegal
Lokasi: Hotel Radison Blu, Senegal



Terima kasih kerana sudi membaca blog saya.

Insya Allah kita akan berjumpa lagi di post akan datang.

Thursday, December 31, 2015

Terima kasih 2015, Selamat datang 2016!

Assalamualaikum semua,

Alhamdulillah, 2015 adalah tahun yang penuh bermakna buat Jahitbynadia. Bermula dari post pertama pada bulan Julai sehingga hari ini, sedar tak sedar pelbagai jahitan yang telah terhasil dan dapat dikongsikan bersama di dalam blog ini.

Pada mulanya, blog ini merupakan satu insiatif peribadi sebagai satu wadah ekspresi diri. Namun akhirnya ia menjadi satu projek keluarga apabila anak-anak turut gembira memperagakan hasil jahitan malah sering bertanya bilakah jahitan baru akan dihasilkan. En Suami juga turut memberikan sokongan moral, memberi pandangan dan pendapat serta bertindak sebagai editor.

Terima kasih juga kepada anda semua yang sudi membaca blog ini. Sokongan anda semua menjadi perangsang ke arah menambahbaik blog ini pada masa hadapan.

Terima kasih 2015. Selamat datang 2016. Semoga kita tahun hadapan menjadi tahun yang lebih baik dan cemerlang.



SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2016

Wednesday, December 30, 2015

More Pink at Pink Lake... Reversible Shrug



Assalamualaikum,

More pink di Pink Lake!!! You can't have enough pink! 

Untuk lawatan kami ke Pink Lake, saya jahitkan Aisya Pink Shrug. Shrug ini adalah reversible. Ia boleh dipakai kedua-dua belah. Satu bahagian saya gunakan African batik dan belah lagi satu saya gunakan kain cotton pink plain.

Shrug ini saya jahit menggunakan pattern daripada Sew What Club iaitu I Dunno Shrug. Tapi kali ini, saya telah mengubahsuai pattern dengan menjadikan shrug ini reversible. Untuk pattern asal ia tidak reversible.


Saya padankan shrug ini dengan jumpsuit yang saya jahit untuk Aisya sebelum ini. Jumpsuit ini adalah Ash Jumpsuit pattern daripada Petit a Petit & Family. Saya pernah blog tentang Ash jumpsuit ini di mana-mananadia.blogspot.com



Saya juga menggunakan trimming yang saya crochet sendiri. Orange crochet trimming dipadankan dengan pink...Not Bad!! Saya suka dengan kombinasi ini, apa pendapat anda semua?



Aira dan Aisya sibuk nak kumpul garam batu. Nampak tak Jaguar tattoo di pipi Aisya? Sehari sebelum ke Pink Lake, sekolah ada program Spirit Day dan hari terakhir adalah Jaguar Day. Semua orang di sekolah ditampal dengan tattoo Jaguar Paw... : )


Gambar terakhir saya sertakan gambar pengunjung yang menaiki sampan mengelilingi Tasik Pink.


Terima Kasih kerana sudi membaca blog saya.

Semoga kita berjumpa lagi di post akan datang.

Monday, December 28, 2015

Monceau Pink at Lac Rose

Assalamualaikum semua,

Saya nak berkongsi Monceau top yang kedua. Yup, ini adalah Monceau top yang kedua saya jahitkan untuk Aira.

Saya suka, suka, suka dengan pattern ni. Sebab itulah, saya jahit pattern ini DUA kali!!

Monceau top ini saya jahit khas untuk lawatan kami sekeluarga ke Lac Rose ataupun dikenali sebagai Pink Lake

Lac Rose merupakan salah satu daya tarikan pelancong yang ada di Senegal. Lac Rose turut diiktiraf sebagai salah satu UNESCO World Heritage Site. Ia juga merupakan titik penamat Rali Paris-Dakar sehingga tahun 2009.  

Saya ada menceritakan tentang ekpedisi kami ke Lac Rose di blog mana-mananadia. (Klik Di Sini)



Untuk kali ini, saya ubahkan sedikit pattern ini dengan menambah panjang lengan. Saya masih menggunakan size 8 untuk Aira.




Untuk kali ini, saya masih menggunakan fabrik daripada Senegal iaitu African batik. (Klik Di Sini untuk lihat Monceau top sebelum ini) 

Cuma fabrik kali ini agak lain daripada yang sebelum ini.

Fabrik yang saya gunakan ini agak sukar untuk dipotong kerana coraknya yang berkotak-kotak. Corak bagaikan lubang di tengah fabrik agak menyukarkan untuk digunting. Saya terpaksa berhati-hati untuk menggunting supaya baju simetri kiri dan kanan serta bahagian depan dan belakang.



Walaupun proses menggunting kain agak sukar, saya amat berpuas hati dengan hasilnya...Yeay!!!



Sebenarnya saya memang suka dengan fabrik ini dari dahulu lagi, tapi saya tak pasti baju jenis apa yang sesuai. Akhirnya dapat juga saya jahit menggunakan fabrik ini dengan menggunakan pattern Monceau ini.




Pink Monceau di Pink Lake.

Terima Kasih kerana sudi membaca blog saya ini.

Insya Allah kita berjumpa lagi di post akan datang.

Sunday, December 27, 2015

Simple Tunic Dress: Cuteness in Comfort

Assalamualaikum semua,

Ingat lagi "Tunic with Cute Sleeve"? Sebelum ni saya pernah tunjukkan gambar tunic yang saya jahit untuk diri sendiri.

Hari ni saya nak kongsi dengan semua gambar saya memakai tunic itu. 



Tunic ini sangat selesa untuk dipakai. Saya gunakan fabrik kenis cotton dan ia tidak panas.

Yeay untuk Tunic yang simple ni!! Selfish sewing can be fun!! : )

Terima Kasih kerana sudi membaca blog saya.

Insya Allah kita berjumpa lagi di post akan datang.