Assalamualaikum semua,
Sekali lagi saya nak berkongsi hasil jahitan saya menggunakan Batik West Africa. Kali ini sepasang baju untuk Alya pula. Saya namakan baju ini "La Mantin Blouse"
Cantik kan corak kain ini? Saya sangat suka dengan corak kain ini. Batik West Afrika ini saya dapatkan semasa kami menetap di Senegal. Warnanya yang terang dan ceria sangat-sangat sesuai dengan karakter Alya.
Walaupun telah dibasuh beberapa kali, warna kain ini tidak luntur ataupun bertukar menjadi kusam. Ia adalah sejenis kain cotton yang sangat selesa dipakai oleh si kecil dan tidak panas.
Saya menggunakan pola Geranium Dress tapi kali ini saya ikut potongan untuk dijadikan Top pula. Geranium Dress ini direka oleh Rae. Untuk seluar pula saya gunakan pola seluar daripada buku Jepun yang diterjemahkan ke Bahasa Inggeris. Saya menggunakan pola seluar yang sama dengan Camisole untuk Alya sebelum ini (Klik di sini)
Saya menggunakan KAM snap button berwarna kuning untuk butang di bahagian belakang baju. Dengan menggunakan butang jenis ini, ia bukan sahaja memudahkan proses menjahit ia juga cepat untuk dipasang kerana kita tidak perlu menjahit lubang butang. Butang jenis ini juga memudahkan proses membuka dan menyarung baju si kecil.
Untuk bahagian leher saya menggunakan potongan U scoop. Lengan pula saya gunakan pola "faux sleeve".
Alya memang suka sangat dengan baju ini. Ia sangat selesa dan pada Alya baju ni CANTIK!
Yeay for La Mantin Blouse!
Terima kasih kerana sudi singgah dan membaca blog saya.
Insya Allah kita berjumpa lagi di post akan datang.
No comments:
Post a Comment