Assalamualaikum,
Hari ini saya nak kongsi skirt yang saya jahit untuk Alya.
Lala Skirt! Lala skirt ini adalah pattern yang boleh didapati di dalam online magazine kegemaran saya, "One Thimble issue 14". Lala skirt ini adalah hasil rekaan oleh Nikki Marsh daripada Bubby and Me Creations
Assalamualaikum everyone,
Today I would like to share the skirt that I had sewn for Alya.
Lala Skirt! Lala skirt is a pattern from one of my favourite online magazine, "One Thimble issue 14". This skirt was designed by Nikki Marsh from Bubby and Me Creations.
Love the alternating layers!
Dalam proses menghasilkan skirt ini, banyak teknik baru yang saya pelajari daripada step by step tutorial yang diberikan oleh Nikki. Antaranya, saya telah belajar untuk menggunakan mesin jahit tepi untuk kemasan hujung skirt iaitu "rolled hem". Seronok sangat apabila kita dapat belajar teknik baharu. Tutorial yang diberikan oleh Nikki sangat tersusun dan mudah untuk difahami.
I am official rolled hem convert! Tak sabar untuk mencuba teknik rolled hem ini untuk hasil jahitan yang akan datang.
In the process of creating the skirt, I had learnt several new techniques from the step-by-step tutorial given by Nikki. Among others is the technique of using the serger to create rolled hem. It fills me with joy whenever I pick up a new technique. The tutorial given by Nikki is so organised and easy to comprehend.
I am officially a rolled hem convert! I can't wait to use the rolled hem technique for my next projects.
Alya berumur 3 tahun dan ukuran size Alya memang sesuai dengan ukuran skirt 3T. Tidak seperti kakak-kakak yang perlu downsize..hahaha.
Saya telah menggunakan kain cotton lembut untuk skirt ini. Kain ini saya beli semasa kami di Dakar, Senegal. Pada mulanya kain ini saya beli untuk dijadikan skirt Aira dan Aisya untuk dipakai semasa lawatan Disneyland Paris tahun 2014. Tetapi disebabkan mesin jahit saya rosak semasa sedang menjahit skirt itu, maka projek itu tergantung.
Sebelum pulang ke Malaysia, saya cuba untuk mencari kain yang sama ini tetapi malangnya kain ini sudah habis dan tak ada lagi di kedai tu huhu. Alhamdulillah, selepas puas menyelongkar kotak-kotak fabrik saya, masih ada lebihan kain yang cukup untuk menghasilkan Lala Skirt ini.
Alya is 3 years old and she fits perfectly for the 3T size. Unlike her sisters who always need to be downsized...hahaha.
I used soft cotton as the material for the skirt. The fabric was bought when we were in Dakar, Senegal. Innitially, I bought the fabric to be made into Aira/Aisya's skirt for our trip to Disneyland Paris in 2014. But my sewing machine gave up on me, so the project was postponed.
Before we left Senegal for Malaysia, I tried to search for the fabric. Unfortunately, it bwas already sold out! Thank God, after going through my fabric stash, there are still some fabric left to create this skirt.
Pattern skirt ini juga sesuai untuk dijahit menggunakan tulle. Rasanya, saya akan cuba pula untuk menghasilkan Lala skirt ini menggunakan fabrik Tulle pula pada masa akan datang.
The pattern is also suitable for tulle. I think I will try to create a Lala skirt using tulle in the near future.
Twirling effect: Approved!
Lala skirt ini juga sesuai dihasilkan menggunakan scrap fabrik. Kita boleh menggunakan fabrik yang berbeza warna bagi setiap tingkat. Comel kan?
The skirt would also fit well using fabric scraps. We can use different colours for each tier. I would be super cute, wouldn't it?
Suka sangat bila skirt ini ditiup angin ataupun apabila si comel melompat-lompat. Effect bouncy skirt sangat comel!
Terima Kasih kerana sudi singgah dan membaca blog saya.
Insya Allah kita berjumpa lagi di post akan datang.
I love it when the skirt is blown up by the breeze or when my cutie pie jumped up and down. The bouncy effect is super gorgeous!
Thank you for visiting my blog.
God willing, we will meet again in my next post.
No comments:
Post a Comment