Assalamualaikum semua,
Sebelum ini saya tak pernah lagi berkongsi projek menyulam saya di blog jahitbynadia kan? Ok, hari ini saya nak berkongsi hasil sulaman saya.
Saya ada mesin jahit dan sulam Brother NV950 yang saya beli sejak saya tinggal di Senegal. Semuanya atas pengaruh rakan baik saya iaitu Suhaila. Masa tu Suhaila menetap di Miri, Saya terkesima dengan projek-projek menjahitnya yang cantik-cantik. Suhaila banyak jahit baju-baju anak daranya serta costume yang memang gempak!
Disebabkan mesin jahit Singer 8280 saya telah rosak pada masa itu, saya pun telah terpengaruh untuk membeli mesin jahit dan sulam ini.
Di Senegal tak ada jual mesin Brother yang baru. Oleh itu, saya terpaksa meminta ibu saya untuk tolong belikan NV950 di Malaysia dan hantar ke Senegal.
Tanpa sebarang kelas sebagai panduan, saya hanya menggunakan NV 950 sebagai mesin jahit biasa sahaja. Saya tak berani langsung nak pasang tapak sulam pada masa itu. Sepanjang menetap di Senegal saya asyik layari instagram seorang kakak manis ni iaitu Zila Kasim. Terpegun saya dengan hasil-hasil sulamannya menggunakan Brother NV 950.
Tapi di sebabkan jauh saya hanya mampu berangan je masa tu...hehe. Saya menyimpan hasrat pada masa tu, sampai je Malaysia saya nak berguru dengan Kak Zila Kasim.
Pulang ke Malaysia pada Januari 2016, banyak urusan yang perlu di selesaikan. Saya terlupa sebentar tentang hasrat yang saya simpan di Senegal dahulu. Sampai sahaja barang-barang daripada Senegal pada bulan Februari, erus saya teringat nak join kelas Kak Zila Kasim.
Saya stalk instagram beliau and YES!!!! Kak Zila ada kelas di Shah Alam pada bulan itu di SekociNorlie. Apa lagi! terus contact Norlie dan book kelas.
Alhamdulillah setelah kenal dengan Norlie dan Kak Zila saya dapat belajar banyak teknik-teknik yang baru. Saya juga dapat kenal dengan juruteknik servis mesin, dan dapat join banyak lagi kelas dan kenal ramai talented crafter yang ada di Malaysia.
Ok, panjang cerita mukadimahnya haha!
Kembali kepada hasil sulaman saya. Hari ini model saya model baru. Selama ini saya belum pernah berkongsi hasil jahitan saya untuk anak teruna saya Mahathir Muhammad. Ini ada post pertama saya dengan Mahathir.
Bukan apa, banyak rasanya sudah saya jahitkan untuk Mahathir tapi cuma susah nak ambil gambar Mahathir yang tidak boleh duduk diam.
Nampaknya sekarang Mahathir lebih bersedia menjadi model mama... haha!

Saya telah sulam applique "Capt Adorable" ini menggunakan design yang saya beli daripada Planet Applique. Saya suka sangat dengan hasilnya. Saya minat sangat dengan semua design daripada Planet Applique ni, Semuanya cantik, comel dan stitchesnya juga sangat kemas.
Sesiapa yang ada mesin sulam silalah follow FB planet applique sebab dari masa ke semasa dia akan berikan design percuma! Siapa tak suka barang percuma kan? Terima Kasih Planet Applique!
Sesiapa yang ada mesin sulam silalah follow FB planet applique sebab dari masa ke semasa dia akan berikan design percuma! Siapa tak suka barang percuma kan? Terima Kasih Planet Applique!
Ini adalah projek pertama saya sulam atas t-shirt dan saya suka sangat dengan hasilnya. T-shirt ini saya beli di Mothercare. Memang saya sengaja beli T-shirt kosong yang tidak ditulis apa-apa, senang saya nak cuba sulam di atasnya.
Saya padankan T-shirt Mahathir dengan seluar yang saya jahit menggunakan pola "Big Butt Pants" daripada Rae. Saya gunakan fabrik bergambar "Sailor" pada bahagian punggung seluar ini.
Pola seluar ini sangat best! Memang berbaloi membelinya. Si kecil memang sangat selesa disebabkan ruang pada bahagian diapers. Masa Mahathir menggunakan cloth diapers pun sangat selesa. Seluar ini memang sangat sesuai untuk babies.
Comel kan? terutamanya di bahagian punggung..hehe
Untuk sulaman ini, saya masih belum pandai nak edit dan tambahkan nama. Untuk design akan datang saya akan tambahkan nama Mahathir ataupun initial sahaja.
Insya Allah kalau ada rezeki menyulam di akan datang. Setakat ini, saya berpuas hati dengan hasil sulam saya ini.
Insya Allah kalau ada rezeki menyulam di akan datang. Setakat ini, saya berpuas hati dengan hasil sulam saya ini.
Terima Kasih kerana sudi membaca blog saya.
Insya Allah kita akan berjumpa lagi di post akan datang.
Design Sulam: Planet Applique
Pattern Seluar: Big Butt Pants daripada Rae
No comments:
Post a Comment