Tuesday, October 6, 2015

Summer Picnic Dress: Free Pattern

Assalamualaikum,

Ini adalah "Summer Picnic Dress". Dress ini adalah pattern percuma Lindsay Wilkes daripada "The Cottage Mama".

Dress yang dipakai oleh Aisya ini adalah "hands me down" dress daripada Aira. Saya jahit Summer Picnic Dress ini pada 2014  Pada masa itu, saya jahit picnic dress untuk ketiga-tiga anak dara saya. Size 18 bulan, 5 dan juga size 7. Pattern percuma yang disediakan oleh Lindsay adalah daripada 12 bulan hingga ke 4 tahun sahaja. Saya telah besarkan sendiri pattern ini untuk size 5 dan 7.



Kepada sesiapa yang ingin mencuba menjahit menggunakan PDF pattern, adalah sangat sesuai untuk mencuba pattern percuma ini. Biasanya, sebelum saya membeli PDF pattern daripada designer, saya akan mencuba pattern percuma daripada designer itu dahulu. Jika saya rasa sesuai dan suka dengan cara tutorial yang disediakan, baru lah saya akan membeli pattern PDF yang lain.

Ini adalah pattern pertama yang saya jahit dengan menggunakan design Lindsay. Selepas mencuba untuk menjahit pattern percuma daripada Lindsay Cottage Mama ini, saya terus jatuh cinta dengan design yang direka oleh Lindsay. Sejak itu, saya mula untuk membeli PDF pattern daripada etsy yang direka oleh Lindsay. Sejak itu jugalah saya beli buku yang ditulis oleh Lindsay "Sew CLASSIC CLOTHES for Girls".




Untuk dress ini, saya gunakan fabrik yang dikenenali sebagai kain banzin tempatan Senegal. Kain ini telah diwarna menggunakan teknik "tie dye".



Saya suka Summer Picnic Dress ini. Ia bukan sahaja mudah untuk dijahit, ia juga sangat mudah untuk dibuka pakai. Ia sangat sesuai untuk dibawa untuk  dibawa dan pakai ketika berkelah dan bercuti. Untuk digunakan ketika di swimming pool pun sangat mudah dan selesa.



Aisya sedang menikmati angin Lautan Atlantik.



Saya rasa saya perlu jahit lagi Summer Picnic Dress ini untuk Alya. Dress yang pernah saya jahitkan untuk Alya tahun lepas sudah pun tak muat.

Terima kasih kerana sudi singgah dan membaca blog saya.

Insya Allah kita akan berjumpa lagi di post akan datang.

Wednesday, September 30, 2015

Little elephant camisole

Assalamualaikum,

Little elephant camisole ini saya jahit khas untuk Alya. Sejak akhir-akhir ini, Alya tak suka pakai dress. Untuk itu, saya buatkan Alya camisole ini yang dipadankan dengan seluar pendek. Sesuai untuk Alya yang lasak.


Pattern ini saya ambil daripada buku "Girls Style Book" oleh Yoshiko Tsukiori dan H.H. 

Pattern baju ini sangat mudah diikuti dan sesuai untuk beginners yang yakin.

Saya gunakan size 2 tahun untuk Alya. Alya belum lagi 2 tahun. baru 1 satu 10 bulan pada masa gambar ini diambil.

Ini adalah pattern baju pertama saya yang menggunakan trim "ric rac". Trimming "ric rac" digunakan pada bahagian dada baju. Ia menambahkan "cute factor" pada baju ini.

Saya juga mengolah sedikit bahagian seluar. Saya tambahkan trimming "ric rac" yang sama pada bahagian baju untuk bahagian bawah seluar.

Camisole ini adalah pattern "bareback". Ia kosong pada bahagian belakang baju.

Kalau cuaca sejuk, bolehlah dipadankan dengan t-shirt di dalam camisole. 
Camisole ini sangat mudah dibuka dan pakai. Oleh itu, ia sangat sesuai untuk digunakan selepas mandi di swimming pool ataupun ke pantai.

Ia amat selesa dipakai oleh si kecil.







Little elephant camisole ini sangat comel. Tak hairan lah Alya hari-hari minta nak pakai baju ini.


Yeay!! thumbs up!!!



Terima kasih kerana sudi membaca blog saya.



Insya Allah kita berjumpa lagi di post akan datang.



Nadia

Sunday, September 20, 2015

Maren Dress

Assalamualaikum,


Setiap bulan pada 1hb dan 15hb adalah hari yang paling saya suka!. Setiap pagi pada kedua-dua hari ini, saya akan tak sabar-sabar untuk membuka email. Ini kerana, pattern menjahit daripada "The Sew What Club" akan sampai pada kedua-dua tarikh ini. 




Pada 1hb September yang lepas, pattern "Maren Dress" telah sampai ke dalam inbox saya...Yeay!!! Pattern ini telah lama saya nantikan. Peter Pan collar dan drop waist dress!!! Saya memang lama nak mencuba menjahit drop waist dress untuk anak dara saya, tapi masih belum jumpa pattern yang sesuai. Akhirnya, dapat juga saya mencuba menjahit drop waist dress yang sangat mudah dan simple ini.
 

Pattern ini adalah rekaan Jessica Cristian daripada Craftiness is not optional.



Ini adalah pertama kali saya menjahit Peter Pan Collar dan saya amat suka hasilnya.




Saya juga suka dengan sentuhan comel "keyhole opening" di bahagian belakang baju. Pada saya ia sangat COMEL!!!
 
Lengan baju juga sangat-sangat mudah.  Bahagian bodies baju bersambung terus (one piece) dengan bahagian lengan. Ini membuatkan proses menjahit baju ini amat mudah dan singkat.

Skirt untuk dress ini tidak menggunakan teknik gathering ruffle. Ia menggunakan kaedah pleated.

Saya menggunakan fabrik tempatan yang boleh didapati di kedai-kedai kain tempatan di Senegal. Kain ini dipanggil "Banzin". Kain jenis ini menggunakan teknik "dye". Terdapat pelbagai warna yang boleh didapati di kedai-kedai berkenaan.

Untuk bahagian collar pula, saya menggunakan cotton biasa yang saya beli di Malaysia. 

Untuk bahagian facing dalam baju, saya menggunakan kain cotton nipis supaya lebih selesa dipakai.


Aira dan Aisya di atas bumbung rumah kami sambil memandang rumah jiran kami.Kisah mereka ada saya cerita dalam post INI


Maren dress ini sangat mudah dan cepat untuk dijahit. Yeay, untuk Maren Dress!!

Terima kasih kerana sudi membaca blog saya.

Insya Allah kita berjumpa lagi di post akan datang.

Monday, August 31, 2015

Cannes cover-up

Assalamualaikum,

Saya jahit kaftan cover-up ini menggunakan pattern daripada The Sew What Club. Pattern ini direka oleh Kojodesigns. Ia direka dengan mengambil inpirasi daripada suasana pantai yang penuh dengan warna-warni di Cannes, France.



Ia adalah Trimmed Cover-up yang sangat sesuai untuk dipakai ke pantai ataupun ke kolam renang. Kaftan ini bukan sahaja mudah untuk dijahit, ia juga amat mudah di sarung oleh si kecil. Dan yang paling penting, ia sangat comel dipakai oleh si kecil!

Kaftan comel ini saya gabungkan dengan crochet edging yang saya kait sendiri. Disebabkan di Senegal ini saya tak dapat nak cari trimmings yang comel-comel seperti bobble trimmings, maka saya tidak ada pilihan lain kecuali untuk mengait sendiri trim yang sesuai dengan kain yang saya nak gunakan.


Saya gunakan kain jenis knit (stretchy) ataupun kebiasaannya kita kenali sebagai kain tshirt. Kain knit yang saya gunakan untuk menjahit kaftan Aira tidaklah selembut yang saya gunakan untuk membuat baju Aisya. Kaftan Alya pula saya gunakan kain yang lebih tebal. 




Secara tidak sengaja, saya telah beroleh pengajaran yang baru semasa menjahit kaftan ini. Saya telah melakukan kesilapan iaitu tidak mengambil kora grain line kain semasa memotong kain untuk kaftan Alya. Apabila siap bahagian leher baju, kepala Alya tak lepas! 

Ini pengalam yang berguna buat saya. Lain kali apabila gunting kain, harus pastikan garisan grain line!! Ini harus dipastikan terutamanya apabila kita menjahit kain jenis tshirt. Kalau tak, kain tidak dapat stretch dengan baik.

Kaftan ini bukan sahaja untuk ke pantai ataupun kolam renang, Kelly daripada Sewing In No Mans Land telah membuat version kaftan yang boleh digunakan pada hari-hari biasa juga. Jika inginkan version yang boleh dipakai untuk hari-hari biasa bolehlah menjenguk ke blog Sewing In No Mans Land untuk dapatkan tutorial percuma daripada Kelly.


Yeay untuk kaftan dan Yeay untuk swimming pool!!!!

Terima Kasih kerana sudi membaca blog saya.

Insya Allah kita berjumpa lagi di post akan datang.


Saturday, August 29, 2015

Mermoz dress

Assalamualaikum,

Mermoz dress ini saya jahit menggunakan pattern sendiri. Ini adalah pattern dress pertama yang saya cuba untuk cipta. Alhamdulillah pattern ini berjaya dihasilkan.


Saya menggunakan fabrik African Batik yang di beli di Dakar, Senegal. Dress ini dilapik dengan lining cotton nipis.


Dress ini saya namakan Mermoz dress sempena nama sebuah kawasan di Dakar, Senegal. Sama seperti tempat-tempat lain di Senegal, Mermoz sentiasa dipenuhi dengan warna-warna ceria. Penduduk tempatan di sini suka menggayakan baju yang berwarna-warni.


Bahagian belakang dress ini berlubang. Ini amat sesuai dengan cuaca panas di Senegal. Pattern lubang di belakang dress ini juga adalah inspirasi daripada pakaian yang dipakai oleh penduduk tempatan di sini. Ia menambahkan keunikan kepada Mermoz dress ini. Dan sudah pastinya comel apabila digayakan oleh si kecil.

Mermoz dress ini menggunakan butang di belakang baju.


Kali ini, saya hanya jahitkan dress ini untuk Aira sahaja. Insya Allah saya akan buat lagi Mermoz dress ini akan datang untuk Aisya dan juga Alya.

Terima Kasih kerana sudi membaca blog saya.

Insya Allah kita berjumpa lagi di post akan datang.


Tuesday, August 25, 2015

Twirl Skirt untuk hari pertama sekolah

Assalamualaikum,


Alhamdulillah minggu lepas bermula sesi persekolahan yang baru untuk anak dara saya.

Kebiasaannya hari pertama sekolah mestilah semuanya nak baru. Baju, kasut, beg dan juga pensel. Tapi nampaknya beg sekolah tak perlu ditukar kerana keadaannya masih baik lagi.




Untuk pakaian ke sekolah pula, saya sediakan skirt baru untuk Aira dan Aisya. Apa yang seronoknya dengan skirt baru ini ialah Tali Sash!!. Skirt ini ada tali sash yang boleh diikat pada bahagian depan ataupun belakang. Terpulang kepada si pemakai untuk ikat pada bahagian depan ataupun belakang.





Pandangan skirt apabila tali diikat dibelakang.




Untuk Skirt baru ini, saya gunakan pattern daripada buku favorite saya iaitu Sew CLASSIC CLOTHES for Girls tulisan Lindsay Wilkes.




Telah lama saya idamkan untuk mendapat buku ini dan Alhamdulillah akhirnya saya dapat juga memilikinya. Saya beli buku ini semasa saya melawat Encik Suami yang bertugas di New York.

Ia adalah koleksi baju vintage kanak-kanak. Apa yang saya suka pada buku Sew CLASSIC CLOTHES for Girls ini adalah, ia berjaya membuka mata saya untuk menggabungkan jenis-jenis fabrik yang berbeza bentuk coraknya. 

Lindsay membantu saya untuk mengatasi rasa takut saya selama ini semasa hendak memilih corak fabrik. Selain daripada itu, Lindsay juga membantu saya untuk berani menggunakan pelbagai jenis trim pada baju. Lindsay memberikan tips-tips serta teknik untuk menjahit bias tape, piping dan cara menjahit ruffle dengan mudah.

Selain daripada pattern baju-baju klasik vintage yang cantik-cantik di dalam buku ini, Lindsay juga memberikan cara-cara menjahit finishing touch. Contohnya seperti membuat vintage hair accessory serta embellised t-shirt. Pattern yang disediakan di dalam buku ini adalah untuk size 12 bulan hingga ke 10 tahun.


Berbalik kepada twirl skirt yang saya jahit ini, saya sangat suka dengan teknik jahitannya yang mudah. Selain itu, anak dara saya sukakan twirling effect yang ada pada skirt ini. Ia adalah skirt kembang dan kebiasaanya gadis kecil akan sukakan skirt kembang ala-ala princess. Alya juga tak ketinggalan. Walaupun dia belum lagi bersekolah, saya tetap jahitkan satu twirl skirt khas untuk Alya berpusing-pusing dengan skirt kembangnya...




Terima Kasih kerana sudi membaca blog saya.

Semoga kita berjumpa lagi di post akan datang.

Tuesday, August 18, 2015

Lyon Dress menang giveaway!!

Assalamualaikum,

Yeay!!! Alhamdulillah, Lyon dress yang saya jahitkan untuk Aisya menang giveaway daripada The Sew What Club dan Spoonflower.


Disebabkan kesibukan dengan sekolah anak-anak serta kesihatan yang kurang baik seminggu yang lepas, saya terlepas pandang keputusan giveaway daripada The Sew What Club. Semalam, semasa sedang berehat sambil membelek telefon bimbit baru saya tersedar pemenangnya adalah saya!!!..hehe.

Kelly sukakan baju oren Aisya sambil bersantai di tepi laut..yeay!!!




Hadiahnya adalah saya dapat memilih fabric di Spoonflower...mini fabric shooping spree!!!




The Sew What Club adalah club pattern menjahit. Saya telah membayar yuran penyertaan kelab untuk mendapat pattern menjahit baju kanak-kanak perempuan setiap bulan selama setahun. Setiap bulan saya akan dihantar 2 pattern baju terus ke dalam inbox email saya. Dengan cara ini, saya tidak perlu menghabiskan masa saya mencari pattern jahitan setiap kali saya ingin menjahit baju anak dara saya. Saya akan sentiasa dibekalkan dengan paten menjahit yang baru setiap bulan. The Sew What Club juga terdapat pattern menjahit baju wanita dewasa, tetapi saya hanya membayar untuk pattern menjahit baju kanak-kanak perempuan sahaja. Terima Kasih Kelly untuk idea yang menarik ini. 

Terima Kasih kerana meluangkan masa membaca blog saya.

Semoga kita berjumpa lagi di post akan datang.