Sunday, February 26, 2017

Selvage Party MSMY 25 Feb 2017

Assalamualaikum semua,

Alhamdulillah, setelah sebulan Selvage Challenge MSMY dan juga Selvage Party MSMY dilancarkan  akhirnya The Final Selvage Party telah selamat dilaksanakan pada 25 Februari 2017. Acara ini telah dijalankan di Sewtizen, Wangsa Melawati.

Untuk tahu dengan lebih lanjut lagi tentang Selvage Party ini sila Klik di SINI.



Selvage Party telah mendapat sambutan yang memberansangkan. Pada awalnya kami sebagai host (jahitbynadia, Modern Sewists Malaysia dan juga Sewtizen) menjangkakan mungkin kurang daripada 10 orang akan hadir.  Tak sangka pula yang party ini mendapat sambutan seramai 16 orang sewist/crafter yang telah hadir pada hari itu.

Terima kasih kepada semua yang telah hadir dan menjayakan party ini.



Para hakim (Akmal dan Florence) sedang memilih projek terbaik daripada yang terbaik 

Banyak projek telah dikongsikan pada hari itu. Bermacam-macam jenis hasil kraf yang dihasilkan menggunakan selvage strip. Agak sukar juga hakim-hakim hendak membuat keputusan, kesemua projek mempunyai kekuatan tersendiri....: )


Sambil hakim memilih pemenang, kesemua peserta dan juga tetamu menjamu selera minum kopi dan bermesra berkenalan sesama sendiri. Ada juga yang sibuk membeli-belah kerana pada hari itu juga Sewtizen ada menawarkan jualan murah istimewa.


Antara kawan-kawan krafter yang hadir.


Snek yang disediakan. Terima kasih kepada Encik Hubby yang sanggup menjadi Mr Barista pada haritu. Saya telah menyediakan Chocolate Brownie dan juga Cinnamon Rolls yang dimasak sendiri khas untuk parti.


Antara projek-projek dinilai pada hari itu. Macam-macam ada, Ada juga yang menghasilkan dress menggunakan kepingan selvage!



Pemenang Selvage Challenge ini ialah projek Selvage Manneqin daripada Puan Mursyidah atau lebih dikenali sebagai Jarum Merah di Instagram.

 Tahniah Jarum Merah! Hadiah kepada Pemenang Selvage Challenge adalah 1/2 meter African Batik daripada koleksi peribadi saya.


Group Photo!


Kebetulan pula, hari yang sama juga merupakan hari jadi salah seorang peserta selvage challenge iaitu Siti. Suami beliau ingin mengejutkan Siti dengan tiba bersama keluarga pada penghujung acara kami.

Happy Birthday Siti!

Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir dan menyokong projek ini., terutamanya admin Modern Sewists Malaysia dan juga Sewtizen serta kawan-kawan crafter yang terlibat secara online ataupun offline.

Jika ingin melihat hasil-hasil kerja Selvage Challenge ini, anda boleh layari Instagram #selvagechallengeMSMY dan #selvagepartyMSMY

Terima kasih kerana sudi singgah serta membaca blog saya.

Insya Allah kita berjumpa lagi di post akan datang.

Friday, February 17, 2017

Bear ROARRR!

Assalamualaikum,

ROARRRR!

Hari ini saya ingin berkongsi romper yang saya jahitkan untuk Mahathir. Jarang saya berkongsi hasil jahitan saya untuk si Bujang ni kan? Sebenarnya banyak juga yang saya jahitkan untuk Mahathir, cuma susah sikit saya nak kongsi. Memilih gambar yang sesuai menjadi satu cabara sebab sangat sukar untuk photo shoot dengan si lincah ni. 

Mahathir masih belum paham dengan arahan untuk photo shoot. Sudahnya, setiap kali siap baju dia, tak sempat photo shoot baju sudah mula ada bekas kotoran coklat...huhu. 

Alhamdulillah, kali ni sempat siap photo shoot, Yeay!

Assalamualaikum

ROARRRR!

Today, I would like to share the romper that i had sewn for Mahathir. It is very seldom that I shared the outfir that I had sewn for him, isn't it? This is because I is very challenging to choose a good picture as he moves a lot during the photo shoot.

Mahathir have yet to understand the instructions given to him during the photo shoot. And of course, before we knew it, there will be chocolate stain on the outfit...huhu. 

Alhamdulillah, this time the photo shoot went well. Yeay!


Romper kali ini adalah pattern yang direka oleh Mel Henry daripada Filles a maman. Pola ini boleh didapati di One Thimble magazine issue 13   . Anda boleh beli magazine One Thimble issue 13 ataupun beli pola tersebut berasingan (Single PDF Pattern).


The romper is designed by Mel Henry from Filles a maman. The pattern can be found in One Thimble magazine issue 13.  You can buy the magazine or the pattern separately.


Saya suka dengan pattern yang simple dan mudah ini. Bukan itu sahaja, pola/pattern ini juga terdapat pelbagai pilihan: romper seluar pendek, panjang, lengan pendek ataupun panjang, leher-V ataupun berbentuk leher bulat. Pola ini juga boleh dijadikan pola t-shirt.

I like the simplicity of the pattern. Not just that, the pattern also comes with a variety of options: length of the pants, sleeves and neckline. It can also be turned into a t-shirt.


Romper yang saya jahitkan untuk Mahathir ini adalah size 2T. Sizing ini sangat sesuai untuk Mahathir.

The romper that I had sewn for Mahathir is in size 2T. The sizing is perfect for him.


Saya telah menggunakan butang KAM Snap untuk baju ini. Butangnya terletak di bahagian bahu dan lengan. Unik kan?

Kesemua fabrik yang saya gunakan untuk romper ini dibeli daripada Spotlight Malaysia. Saya telah menggunakan kain ribbing untuk bahagian leher dan juga cuff bahagian seluar. Untuk bahagian poket pula saya gunakan lebihan fabrik knit berwarna kelabu. Sebelum ini saya pernah menjahit One Romper untuk Aira sempena pementasan di sekolah. 

I used KAM button for the outfit. The buttons are positioned at the shoulders and sleeves. Unique, isn't it?

All of the fabric that I used for the romper is sourced from Spotlight Malaysia. I used ribbing for the neckband and thigh cuffs. For the pocket, I used a grey scrap fabric for the pocket. I scrap was from the One Romper that I made for Aira for her school play. 


Susah sungguh untuk ambil gambar si bujang ni. Banyak sungguh bergerak dan tak boleh duduk diam.

It's very difficult to take his pictures. He moves a lot and just couldn't sit still.


Mahathir sangat suka dengan romper ini. Fabrik bear ini membuatkan Mahathir suka mengeluarkan bunyi...ROARRR!

Nampaknya akan banyak lagi romper yang akan saya jahit menggunakan pattern/pola ini. Ia sangat mudah dan hasilnya sangat  cantik serta selesa. Untuk makluman anda, pattern/pola ini menggunakan kain jenis strechy iaitu knit. 

Terima Kasih Mel dengan hasil rekaannya. Sesiapa yang ingin membeli pola ini boleh ke website One Thimble.

Terima kasih kerana sudi singgah dan membaca blog saya.

Insya Allah kita berjumpa lagi di post akan datang.

Mahathir loves the romper. The fabric makes Mahathir screams...ROARRR!

It seems that there will be more rompers to be sewn using this patter. It is so easy to use and the outcome is beautiful and comfortable. For your information, the pattern uses strechy fabric such as knit.

Thank you for visiting my blog.

God willing, we will meet again in my next post.




Friday, February 10, 2017

Starry Night for Aisya

Assalamualaikum semua,

Hari ini saya ingin berkongsi Waterfall Raglan Dress yang saya jahitkan untuk Aisya pula.

Assalamualaikum everyone.

To day I would like to share about the Waterfall Raglan Dress that I had sewn for Aisya.


Ia adalah pattern yang direka oleh Gabriela daripada Chalk and Notch

Ini adalah PDF pattern yang boleh dibeli di kedai online Gabriela DISINI Untuk pattern ini, terdapat dua pilihan. Kita boleh memilih sama ada hendak di jadikan dress ataupun top. Kali ini saya memilih untuk jadikan ia sebagai dress.

This is a pattern by Gabriela from Chalk and Notch.

It is a PDF pattern that could be bought from Gabriela's online store HERE. For this pattern, there are two options. We could choose to make it as a dress or a top. I had chosen to make it as a dress.



Saya telah menggunakan fabrik yang sama dengan dress Alya sebelum ini. Cuma kali ini  saya gunakan fabrik berwarna kelabu untuk lengan. Ruffle dan leher pula menggunakan fabrik yang sama dengan bodice.

I used the same fabric as the dress that I previously made for Alya. Only this time I used grey fabric for the sleeves. The ruffle and neckline is made from the same fabric as the bodice.

Aisya memang sangat sukakan dress ini, kerana ia sangat mudah untuk dipakai kerana tiada butang atau zip. Hanya perlu disarung sahaja.

Aisya loves the dress as it is easy to wear as there are no buttons or zipper. One just need to slip it on. 


Special aiskrim selepas selesai photoshoot. Dan sudah semestinya aiskrim coklat comot di baju baru...huhu. Tak apa, yang penting dah selesai photo shoot : )

Ice cream treat after the photoshot. As always, there will be the chocolate ice cream stain on the new dress...huhu. It's okay, at least the photoshoot is done. :)


Girls will be girls...Twirling effect pada dress ini memang sangat cantik!

Girls will be girls... Twirling effect on the dress is simply beautiul!

Gambar-gambar ini telah diambil semasa kami sekeluarga bercuti di Colmar Tropicale, Bukit Tinggi, Ia merupakan resort yang bertemakan pemandangan di Perancis yang sungguh cantik. Maklumat lanjut mengenai resort in boleh dilayari DI SINI.

Terima kasih kerana sudi singgah dan membaca blog saya.

Insya Allah kita berjumpa lagi di post akan datang.

The photos were taken during our family trip to Colmat Tropicale, Bukit Tinggi. It is a beautiful French-themed resort. Details of the resort can be found HERE.

Thank you for visiting my blog.

God willing, we will meet again in my next post.


Wednesday, February 8, 2017

Starry Night for Alya

Assalamualaikum semua,

Hari ini saya nak berkongsi Knit Dress yang saya jahit untuk Alya. 


Assalamualaikum everyone.

Today i would like to share the Knit Dress that i had sewn for Alya.

Waterfall Raglan Dress!



Ia adalah pattern yang direka oleh Gabriela daripada Chalk and Notch

Ini adalah PDF pattern yang boleh dibeli di kedai online Gabriela DISINI.  Untuk pattern ini, terdapat dua pilihan. Kita boleh memilih sama ada hendak dijadikan dress ataupun top. Kali ini saya memilih untuk jadikan ia sebagai dress.

This is a pattern by Gabriela from Chalk and Notch.

It is a PDF pattern that could be bought from Gabriela's online store HERE. For this pattern, there are two options. We could choose to make it as a dress or a top. I had chosen to make it as a dress.



Sudah lama saya ingin mencuba untuk menjahit dress ini. Tetapi disebabkan kesibukan dengan pelbagai program anak-anak saya tak sempat walaupun telah membeli pattern/pola ini apabila pattern ini mula-mula dikeluarkan di pasaran.

Saya suka dengan pola Waterfal Raglan ini kerana ia memberikan option untuk mix and match fabrik. Untuk dress Alya ini, saya gunakan fabrik yang sama untuk bahagian lengan dan bodice. Untuk bahagian ruffle, pocket dan juga leher saya gunakan fabrik berwarna kelabu. Kesemua fabrik yang digunakan untuk Waterfall Raglan Dress ini saya dapatkan daripada Spotlight Malaysia.

Selain itu, ia juga terdapat option pilihan untuk lengan pendek, 3/4 dan juga lengan panjang! How cool is that!? Banyak pilihan daripada satu pattern/pola!

I had been longing to sew this dress for quite some time, but never had the chance, although the pattern was bought at the time it was first released online, as I was busy with various activities with my children.

 I love this Waterfall Raglan pattern because it gives me options to mix and match the fabric. For Alya's dress, I used the same fabric for the sleeve and bodice. For the ruffle, pocket and neckband, I used a dark grey fabric. All the fabric used for the Waterfall Raglan Dress were sourced from Spotlight Malaysia.

In addition, the are options for the sleeves;short, 3.4 or long. How cool is that !? There are a lot of options on a single pattern!


Pola Waterfall Raglan ini mempunyai pilihan sama ada hendakkan poket ataupun tidak. Untuk Alya, saya memilih untuk mencuba pilihan berpoket. Saya sangat bersyukur dengan pilihan ini, nampaknya Alya suka dengan poket. Semasa sesi bergambar, Alya sibuk meletakkan bunga-bunga kecil ke dalam poket... hehehe.

Untuk hemming bahagian ruffle dan lengan, saya telah menggunakan "twin needles". Ini adalah kali pertama saya menjahit menggunakan jarum berkembar. Saya sangat suka dengan jarum ini. Ia menampakkan hasil yang sangat profesional pada handmade dress saya.

The Waterfall Raglan pattern also have the option to include pockets. I chose to include this on Alya's dress. I am so grateful for the option as Alya seems to love the pockets soo much. During the photoshoot, she was busy filling them up with tiny flowers...hehehe.

I used twin needles to hem the ruffle and sleeves. This is my first time using the needles; I love them to bits! In my opinion, it gives a professional look to the handmade dress.



Minggu sebelum photoshoot ini, Alya telah pun eksperimen menggunting rambutnya sendiri. Disebabkan terlau pendek rambutnya di sebelah kiri, saya terpaksa sediakan hairband untuk menutup bahagian rambut yang bercapuk tu...hehehe.

The week before the photoshoot, Alya expremented with a pair of scissors and had cut quite a sizable portion of her hair! Because it was quite obvious on the left side of the head, I had to make a hairband to cover it up...hehehe 


Twirling effect: Checked!!!


Waterfall Raglan dress ini sangat selesa untuk dipakai. Sesuai dengan cuaca Malaysia yang panas dan lembap. Sangat roomy dan yang penting sekali ia sangat girlish dengan ruffle yang sangat comel.

Saya juga telah menjahit lagi satu Waterfall Raglan Dress untuk Aisya. Saya akan berkongsi dress yang seterusnya di post akan datang.

Gambar-gambar ini telah diambil semasa kami sekeluarga bercuti di Colmar Tropicale, Bukit Tinggi, Ia merupakan resort yang bertemakan pemandangan di Perancis yang sungguh cantik. Maklumat lanjut mengenai resort in boleh dilayari DI SINI.

Terima kasih kerana sudi singgah dan membaca blog saya.

Insya Allah kita berjumpa lagi di post akan datang.

The Waterfall Raglan dress is so comfortable to wear. It is suitable for the hot and humid weather of Malaysia. The dress is roomy and most importantly, girlish due to the cute ruffles.

I had also sewn another Waterfall Raglan Dress for Aisya. I will share the details in my next post.

The photos were taken during our family trip to Colmat Tropicale, Bukit Tinggi. It is a beautiful French-themed resort. Details of the resort can be found HERE.

Thank you for visiting my blog.

God willing, we will meet again in my next post.

Sunday, February 5, 2017

One-Selvage Strip Project


Assalamualaikum,

Ada kalanya, kita rasa teragak-agak untuk memulakan sesautu projek disebabkan oleh kurang materials. Misalnya untuk projek selvage, ada yang merasakan mereka tidak boleh memulakan projek kerana mereka tidak pernah menyimpan selvage sebelum ini.

Namun demikian, dengan mengaplikasikan kreativiti masing-masing, kita boleh memulakan projek ini. Sometimes, less is more. 

Hari ini saya nak berkongsi projek yang buat dengan hanya menggunakan satu strip selvage saiz fat quarters sahaja. Projek ini saya gabungkan dengan lebihan strip fabrik yang saya gunakan untuk projek patchwork sebelum ini.


Projek kali ini ialah "Mini Card Holder"

Ia adalah dompet kecil untuk saya menyimpan segala membership dan discount card saya.


Saya hanya menggunakan satu strip selvage sahaja. Di dalam gambar di atas, saya sediakan 2 strip selvage tetapi akhirnya saya hanya menggunakan satu selvage strip sahaja. Selvage strip ini saya sambungkan dengan lebihan fabrik strip yang saya sedia ada baki daripada projek patchwork saya sebelum ini.

Saya hanya menggunakan selvage strip yang tidak bertanda X. Selvage strip itu saya akan simpan untuk projek lain.

Untuk pengetahuan semua, selvage strip ini adalah daripada kepingan fabrik fat quater sahaja. Maknanya selvage strip ini tidaklah panjang mana pun.

.

Saya telah melukis sendiri pola/pattern card holder saya di atas kertas. Selepas itu saya gunting batting mengikut pola.pattern yang telah tersedia.


Seperti tutorial yang saya tunjukkan sebelum ini, saya lukiskan garisan 45 darjah di atas kepingan batting. Jahitkan fabrik strip pertama dan saya tindihkan selvage saya dia atas kepingan tadi.


Saya menggunakan decorative stitch untuk projek ini. Ia adalah stitch yang memang sedia ada di dalam mesin Heavy Duty Singer. 


Untuk fabrik strip, saya jahitkan jahitan lurus terlebih dahulu. Letakkan kepingan fabrik tadi "right side facing together".


Kemudian, lipatkan fabrik strip tadi dan topstitch di bahagian atasnya pula. Selang-selikan selvage dengan kepingan fabrik tadi mengikut kesesuaian.



Ulang proses tadi sehingga kesemua bahagian batting ditutupi dengan kepingan fabrik dan selvage.


Potong lebihan fabrik strip dan selvage tadi. 

Jahit lining dan kepingan selvage tadi "right side together" dan pastikan tinggal sedikit ruang untuk terbalikkan kepingan tadi.

Selepas terbalikkan, toptstitch bahagian tepi card holder. Selepas itu, lipat supaya terbentuk seperti card holder pattern tadi.



Letakkan butang snap dan yeay! Mini Card Holder sudah pun siap.




Semoga projek ini dapat memberikan inspirasi kepada semua, terutamanya kepada sesiapa yang baru sahaja berjinak-jinak untuk mengumpul selvage. Walaupun tak banyak koleksi selvage kita, kita masih mampu untuk menghasilkan projek yang comel seperti ini.

Kepada mereka yang berminat, jangan lepaskan peluang untuk menyertai Selvage Party yang akan diadakan tidak lama lagi secara percuma. Link bagi Selvage Party berkenaan ada DI SINI.

Terima kasih kerana sudi singgah dan membaca blog saya.

Insya Allah kita berjumpa lagi di post akan datang.