Assalamualaikum semua,
Alhamdulillah, setelah sebulan Selvage Challenge MSMY dan juga Selvage Party MSMY dilancarkan akhirnya The Final Selvage Party telah selamat dilaksanakan pada 25 Februari 2017. Acara ini telah dijalankan di Sewtizen, Wangsa Melawati.
Untuk tahu dengan lebih lanjut lagi tentang Selvage Party ini sila Klik di SINI.
Selvage Party telah mendapat sambutan yang memberansangkan. Pada awalnya kami sebagai host (jahitbynadia, Modern Sewists Malaysia dan juga Sewtizen) menjangkakan mungkin kurang daripada 10 orang akan hadir. Tak sangka pula yang party ini mendapat sambutan seramai 16 orang sewist/crafter yang telah hadir pada hari itu.
Terima kasih kepada semua yang telah hadir dan menjayakan party ini.
Para hakim (Akmal dan Florence) sedang memilih projek terbaik daripada yang terbaik
Sambil hakim memilih pemenang, kesemua peserta dan juga tetamu menjamu selera minum kopi dan bermesra berkenalan sesama sendiri. Ada juga yang sibuk membeli-belah kerana pada hari itu juga Sewtizen ada menawarkan jualan murah istimewa.
Antara kawan-kawan krafter yang hadir.
Snek yang disediakan. Terima kasih kepada Encik Hubby yang sanggup menjadi Mr Barista pada haritu. Saya telah menyediakan Chocolate Brownie dan juga Cinnamon Rolls yang dimasak sendiri khas untuk parti.
Antara projek-projek dinilai pada hari itu. Macam-macam ada, Ada juga yang menghasilkan dress menggunakan kepingan selvage!
Pemenang Selvage Challenge ini ialah projek Selvage Manneqin daripada Puan Mursyidah atau lebih dikenali sebagai Jarum Merah di Instagram.
Tahniah Jarum Merah! Hadiah kepada Pemenang Selvage Challenge adalah 1/2 meter African Batik daripada koleksi peribadi saya.
Group Photo!
Kebetulan pula, hari yang sama juga merupakan hari jadi salah seorang peserta selvage challenge iaitu Siti. Suami beliau ingin mengejutkan Siti dengan tiba bersama keluarga pada penghujung acara kami.
Happy Birthday Siti!
Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir dan menyokong projek ini., terutamanya admin Modern Sewists Malaysia dan juga Sewtizen serta kawan-kawan crafter yang terlibat secara online ataupun offline.
Jika ingin melihat hasil-hasil kerja Selvage Challenge ini, anda boleh layari Instagram #selvagechallengeMSMY dan #selvagepartyMSMY
Terima kasih kerana sudi singgah serta membaca blog saya.
Insya Allah kita berjumpa lagi di post akan datang.
good job
ReplyDelete