Assalamualaikum semua,
Hari ini saya ingin berkongsi dengan semua soft toys yang saya jahit menggunakan pola/pattern daripada majalah online "One Thimble Magazine Issue 15" Ia adalah majalah online keluaran daripada negara Australia.
Today I wish to share the story about the soft toy that I made using the pattern from One Thimble Magazine Issue 15. It is an Australian online magazine.
Diperkenalkan, ini adalah Hipster Teddy Bear!
Saya telah menjahit 2 jenis Hipster Bear. Hispter Teddy Bear ini adalah untuk Alya dan juga Mahathir.
Introducing the Hipster Teddy Bear!
I made two of them. One for Alya and one for Mahathir.
Pattern/pola daripada majalah One Thimble adalah berserta dengan tutorial penuh . Ia adalah pattern yang direka oleh Swoodson Says . Tutorial yang disediakan oleh Stephanie sangat mudah untuk diikuti. Setiap langkah disediakan dengan penerangan yang jelas serta bergambar (Step by step).
The pattern came with a complete tutorial. It is designed by Swoodson Says. The tutorial is easy to follow as it is illustrated with step-by-step instruction.
Untuk Hipster Teddy Bear yang berwarna biru ini, saya telah menggunakan kain daripada kemeja lama yang telah diberikan oleh Tokwan Mahathir. Sejak Tokwan pencen, banyak juga koleksi kemeja yang masih elok kainnya telah diberikan kepada saya.
Saya rasakan, projek ini adalah projek yang sesuai untuk menggunakan semula pakaian lama yang tidak mahu digunakan lagi.
The blue Hipster Teddy Bear was made from an old shirt that was given by Mahathir's grandpa. Since he is already retired, he has given a lot of his old clothes to be used as project material.
Saya membezakan rupa kedua-dua teddy bear ini. Untuk Mahathir saya tambahkan cermin mata hipster dan untuk Alya tiada.
Untuk kedua-dua bear ini, saya telah menggunakan kain cotton dan diisi dengan fiber filling. Saya menggunakan fiber filling yang dibeli daripada Spotlight Malaysia.
I differentiate the dolls by making making a spectacles for Mahathir's.
I used cotton and fiber filling for both bears. The filling was bought from Spotlight Malaysia.
Pada pendapat saya, teddy bear ini sangat sesuai untuk dijahit oleh sesiapa yang baharu mula belajar menjahit doll. Projek ini saya jalankan bersama Aira, Aisya dan juga Alya semasa cuti Summer Holiday yang lepas. Aira dan Aisya telah membantu saya untuk menyiapkan projek ini daripada menjahit Free Motion Applique (FMA) hingga mengisi filling dolls. Kami telah bekerjasama untuk menyiapkan kedua-dua teddy bear ini sambil menyanyi dengan lagu kegemaran semua. Yup! it is a family sewing time!
Jadi, sesiapa yang ingin mendapatkan pola Hipster teddy Bear ini boleh lah Klik Di SINI. Boleh dapatkan hanya pattern Hispter Teddy Bear sahaja ataupun beli keseluruhan majalah issue 15. One Thimble adalah salah satu majalah online kegemaran saya!
IMO, the teddy bear is a perfect start for those whose are new to doll-making. I made this project with Aira, Aisya and Alya over the summer holidays.They helped by using the Free Motion Technique (FMA) and filling up the doll. We worked hand in hand while singing the happy song. Yup! It was a family sewing time!
Terima kasih kerana sudi singgah dan membaca blog saya.
InsyaAllah kita jumpa lagi di post akan datang!
Thank you for visiting my blog.
God willing, we will meet again in my next post.
Nadia
No comments:
Post a Comment