Wednesday, October 25, 2017

Triton Tank and Scuttle Short


Assalamualaikum semua,

Hari ini saya ingin berkongsi hasil jahitan saya menggunakan fabrik knit (kain tshirt).

Today, I would like share my experience in sewing using knit fabric.





Singlet simple ini dipadankan dengan seluar pendek. Kedua-dua baju dan seluar ini menggunakan kain jenis strechcy iaitu lebih dikenali sebagai fabrik knit.


This simple singlet comes with a matching shorts. Both are made from a stretchy fabric which is widely known as knit fabric.



Untuk kedua-dua baju Alya dan Mahathir ini, saya telah menggunakan fabrik yang dibeli di Spotlight Malaysia. Saya menggabungkan fabrik bercorak Bunny dengan fabrik plain knit yang saya ada dalam koleksi fabrik saya (saya tak ingat beli daripada mana).

Both outfit are made from the fabric which I bought from Spotlight Malaysia. I combined the bunny-themed fabric with a plain knit fabric from my haberdashery. 


Saya telah menggunakan pattern yang direka oleh Jen daripada Ainslee Fox Boutique Patterns yang saya dapat melalui majalah One Thimble isu ke-16.

The outfits are based from the pattern designed by Jen from Ainslee Fox Boutique Patterns which I got from One Thimble e-zine Issue 16.

Singlet ini adalah Triton Tank pattern. Triton Tank is a roomy casual tank style. Sangat selesa untuk dipakai dalam cuaca yang panas sekarang ni.

The singlet pattern is called Triton Tank. It is a roomy casual tank style. It is suitable to be worn in the current hot weather.



Untuk seluar pendek ini pula ia adalah pattern Scuttle Short.Scuttle short ini terdapat 2 jenis paras yang berbeza. Untuk Mahatir saya menggunakan Jamaica lenght dan untuk Alya pula saya gunakan short length.

The short is called Scuttle Short. It has two hem levels. I used the Jamaica length from Mahathir and Short length for Alya.






Playing around with her Hipster Doll



Saya juga telah menampal kedua-dua baju ini dengan Heat Transfer Vynil (HTV) yang saya potong menggunakan pemotong Cameo 3 saya. Untuk Alya saya tulis "Trois" bermaksud nombor 3 dan Mahathir ialah "Quarte" bermaksud nombor 4.

I also used Vynil Heat Transfer which i cut using the Cameo 3. For Alya I used 'Trois' which meant 3 and 'Quarte' which meant 4 for Mahathir.

Kedua-duanya kurang jelas kerana saya telah memilih warna yang yang kurang terang. Sepatutnya saya menggunakan warna hitam kan?

Unfortunately, I felt that both could not be seen  clearly. Maybe I should have used black instead?






Triton tank kedua untuk Alya saya menggunakan fabrik knit berwarna pink yang juga dibeli daripada Spotlight Malaysia.

The second Triton tank for Alya was made from a pink knit fabric which I bought from Spotlight Malaysia.



Kali ini, saya juga lekatkan HTV pink yang glittery pada bahagian depan baju. Akhirnya! Tulisan kali ini nampak lebih terang dan jelas. 



This time I used a glittery pink HTV on the front of the shirt. Finally! The wordings looked clearer. 

Design tulisan "Wander" ini saya dapat di dalam salah satu majalah One Thimble (tak ingat issue yang mana satu).



The design of the wordings 'Wander' was derived from One Thimble e-zine. 



Saya sangat suka dengan kedua-dua pattern ini. Ia sangat mudah dan cepat untuk disiapkan. Kebanyakan jahitan yang saya gunakan adalah menggunakan mesin jahit tepi 4 benang. Cuma bahagian hemming seluar dan baju sahaja saya gunakan double needle pada mesin jahit biasa.

I love both patterns very much. It is easy and straight forward.Most of my sewing would use a 4-thread serger except for the shorts hemming which I used double needle on a normal sewing machine. 

Kesimpulannya pattern ini sangat sesuai untuk Confident Beginners. 

In short, this pattern is suitable for Confident Beginners.

Terima kasih kerana sudi singgah dan membaca blog saya. InsyaAllah kita akan berjumpa lagi di post akan datang.

Thank you for visiting my blog.


God willing, we will meet again in my next post.

Nadia.


No comments:

Post a Comment