Assalamualaikum semua,
Sekali lagi pola kesukaan saya 'Geranium Dress" yang direka oleh pereka kesukaan saya Rae.
Kali ini saya jahitkan dress untuk Aira.
Gambar ini diambil di puncak Rumah Api di Dakar, Senegal. Kami sekeluarga sempat ke sana untuk bergambar sehari sebelum pulang ke Malaysia.
Sedikit latar belakang mengenai Rumah Api ini. Dalam bahasa Perancis, Rumah Api ini dipanggil sebaga Phare des Mameles. Ia dibina oleh pihak Perancis pada tahun 1867. Ia dibina pada ketinggian 153 meter dari aras laut. Memandangkan Dakar merupakan bandar paling Barat dalam benua Afrika, Rumah Api ini memberikan pemandangan terbaik ke arah Lautan Atlantik.
Sedikit latar belakang mengenai Rumah Api ini. Dalam bahasa Perancis, Rumah Api ini dipanggil sebaga Phare des Mameles. Ia dibina oleh pihak Perancis pada tahun 1867. Ia dibina pada ketinggian 153 meter dari aras laut. Memandangkan Dakar merupakan bandar paling Barat dalam benua Afrika, Rumah Api ini memberikan pemandangan terbaik ke arah Lautan Atlantik.
Berbalik kepada dress Aira. Saya menggunakan fabrik yang dibeli di Senegal iaitu Batik West Afrika. Saya sangat-sangat suka dengan batik-batik dari sini. Kainnya adalah cotton yang berkualiti tinggi dan warnanya juga sangat-sangat cantik dan terang.
Walaupun telah dibasuh banyak kali, warnanya tetap cantik dan tidak luntur.
Saya suka dengan paras labuh skirt dress ini. Ia tidak terlalu pendek dan juga tidak terlalu labuh.
Kali ini untuk Aira saya gunakan "Faux Cap Sleeve" pada bahagian lengan dress.
Potongan leher pula saya gunakan pola"U Scoop". Cantik kan hasilnya? Sedikit kelainan berbanding dengan dress Aira sebelum ini.
Saya masih gunakan kaedah pleated untuk bahagian skirt pada dress ini. Saya juga jahitkan pocket pada skirt Aira.
Dress ini sangat selesa untuk dipakai bermain dan masih nampak ayu. Dress ini telah digayakan dengan rantai dari Senegal dan crochet Bow hairclip yang saya kait sebelum ini.
Untuk bahagian bukaan baju pula saya gunakan butang KAM snap. Penggunaan butang KAM snap sangat memudahkan dan mempercepatkan proses menjahit. Tak perlu menjahit lubang butang, hehe.
Pola dress ini memang sangat mudah dan cepat untuk dijahit.
Untuk dress ini saya gunakan size 8T kerana pada ketika itu Aira berumur 8 tahun. Saiz ini sangat sesuai untuk Aira dan sampai kini dress ini masih selesa dipakai.
Terima Kasih kerana sudi singgah dan membaca blog saya.
Insya Allah kita akan berjumpa lagi di post akan datang.
No comments:
Post a Comment