Thursday, August 11, 2016

Matching Bow and Short

Assalamualaikum,

Matching bow and shorts. Comel kan? Saya nak kongsikan hasil projek jahitan ekspress saya kali ini. Jahit seluar pendek dan padankan bow yang sama fabrik dengan seluar ke atas T-shirt yang di beli...Done!


Saya memang sangat suka projek pantas dan mudah macam ni.

T-shirt ini saya beli di Mothercare ketika sale raya hari baru-baru ini. Ketiga-tiga anak dara saya mempunyai T-shirt yang sama. Cuma saya lainkan sedikit dengan emblishment yang berbeza antara satu sama lain.

Saya menggunakan kain jenis cotton. Kain cotton ini saya telah beli daripada Koleksi Dcomel. Kebanyakkan orang beli kain ni untuk dibuat baju kurung. Saya pula jahitkan seluar pendek, hehe.


Gambar-gambar ini telah diambil ketika kami beraya Ipoh. Hari terakhir sebelum pulang ke Kuala Lumpur kami sekeluarga singgah ke Funtasy House yang terleak di 16, Jalan Market, Ipoh, Perak. Harga tiket adalah sebanyak RM15 untuk dewasa dan RM10 untuk kanak-kanak berumur 4 tahun ke atas.  


Sementara menunggu Encik Suami membeli tiket masuk, saya pun ambil peluang untuk bergambar dengan Aisya.


Ambil gambar di tengah-tengah jalan. Aisya takut..hehe. Sibuk tunjuk sambil menjerit, ada kereta!!!


Untuk seluar pendek ini, saya gunakan pattern "Kid Shorts" daripada Dana Made Everyday.

Ini memang pola kesukaan saya. Dah banyak seluar yang saya jahit menggunakan pola ini. Saya hanya adjust kepanjangan seluar mengikut keperluan. Kadang-kadang saya tambahkan ruffle ataupun poket. 

Pola ini memang sangat versatile, boleh dipinda dan dijahit dengan bermacam-macam style. Dana juga sangat membantu. Pattern ini dijual dari umur 12 bulan- 12 tahun. Memang sangat berbaloi.

Saya telah tambahkan label jahitbynadia di bahagian belakang seluar. Ini sebagai penanda depan dan belakang. Ini sangat memudahkan Aisya.


Aisya sendiri yang request nak Bow pada T-shirt. Saya bagi pilihan untuk saya sulam pada T-shirt masing-masing. Tapi Aisya nakkan kelainan berbanding kakak dan adiknya.  

Cantik juga hasilnya. Saya puas hati! Pandai juga Aisya reka fesyennya sendiri hehe.



Ini adalah dua gambar diambil semasa di Funtasy House. Seronok juga tempat ni. Anak-anak saya suka sangat! Masing-masing sibuk nak bergambar dengan reaksi muka sekali.



Gambar yang terakhir ini pula kami ambil di kawasan rumah. Aisya beraksi bebas dengan seluarnya yang selesa.

Terima kasih kerana sudi singgah dan membaca blog saya. 

Insya Allah kita berjumpa lagi di post akan datang.


No comments:

Post a Comment