Monday, March 20, 2017

Lala polka dot skirt

Assalamualaikum,

Hari ini saya nak kongsi skirt yang saya jahit untuk Alya. 

Lala Skirt! Lala skirt ini adalah pattern yang boleh didapati di dalam online magazine kegemaran saya, "One Thimble issue 14". Lala skirt ini adalah hasil rekaan oleh Nikki Marsh daripada Bubby and Me Creations

Assalamualaikum everyone,

Today I would like to share the skirt that I had sewn for Alya.

Lala Skirt! Lala skirt is a pattern from one of my favourite online magazine, "One Thimble issue 14". This skirt was designed by Nikki Marsh from Bubby and Me Creations.

Love the alternating layers!

Dalam proses menghasilkan skirt ini, banyak teknik baru yang saya pelajari daripada step by step tutorial yang diberikan oleh Nikki. Antaranya, saya telah belajar untuk menggunakan mesin jahit tepi untuk kemasan hujung skirt iaitu "rolled hem". Seronok sangat apabila kita dapat belajar teknik baharu. Tutorial yang diberikan oleh Nikki sangat tersusun dan mudah untuk difahami.

I am official rolled hem convert! Tak sabar untuk mencuba teknik rolled hem ini untuk hasil jahitan yang akan datang.

In the process of creating the skirt, I had learnt several new techniques from the step-by-step tutorial given by Nikki. Among others is the technique of using the serger to create rolled hem. It fills me with joy whenever I pick up a new technique. The tutorial given by Nikki is so organised and easy to comprehend.

I am officially a rolled hem convert! I can't wait to use the rolled hem technique for my next projects.



Alya berumur 3 tahun dan ukuran size Alya memang sesuai dengan ukuran skirt 3T. Tidak seperti kakak-kakak yang perlu downsize..hahaha. 

Saya telah menggunakan kain cotton lembut untuk skirt ini. Kain ini saya beli semasa kami di Dakar, Senegal. Pada mulanya kain ini saya beli untuk dijadikan skirt Aira dan Aisya untuk dipakai semasa lawatan Disneyland Paris tahun 2014. Tetapi disebabkan mesin jahit saya rosak semasa sedang menjahit skirt itu, maka projek itu tergantung. 

Sebelum pulang ke Malaysia, saya cuba untuk mencari kain yang sama ini tetapi malangnya kain ini sudah habis dan tak ada lagi di kedai tu huhu. Alhamdulillah, selepas puas menyelongkar kotak-kotak fabrik saya, masih ada lebihan kain yang cukup untuk menghasilkan Lala Skirt ini. 

Alya is 3 years old and she fits perfectly for the 3T size. Unlike her sisters who always need to be downsized...hahaha.

I used soft cotton as the material for the skirt. The fabric was bought when we were in Dakar, Senegal. Innitially, I bought the fabric to be made into Aira/Aisya's skirt for our trip to Disneyland Paris in 2014. But my sewing machine gave up on me, so the project was postponed.

Before we left Senegal for Malaysia, I tried to search for the fabric. Unfortunately, it bwas already sold out! Thank God, after going through my fabric stash, there are still some fabric left to create this skirt. 


Pattern skirt ini juga sesuai untuk dijahit menggunakan tulle. Rasanya, saya akan cuba pula untuk menghasilkan Lala skirt ini menggunakan fabrik Tulle pula pada masa akan datang.

The pattern is also suitable for tulle. I think I will try to create a Lala skirt using tulle in the near future.

 Twirling effect: Approved!



Lala skirt ini juga sesuai dihasilkan menggunakan scrap fabrik. Kita boleh menggunakan fabrik yang berbeza warna bagi setiap tingkat. Comel kan?

The skirt would also fit well using fabric scraps. We can use different colours for each tier. I would be super cute, wouldn't it?



Suka sangat bila skirt ini ditiup angin ataupun apabila si comel melompat-lompat. Effect bouncy skirt sangat comel!

Terima Kasih kerana sudi singgah dan membaca blog saya.

Insya Allah kita berjumpa lagi di post akan datang.


I love it when the skirt is blown up by the breeze or when my cutie pie jumped up and down. The bouncy effect is super gorgeous!  

Thank you for visiting my blog.

God willing, we will meet again in my next post.

Saturday, March 4, 2017

Georgia Dress for Aira


Assalamualaikum semua,

Hari ini saya nak berkongsi dress yang saya jahit untuk Aira. Ini adalah Georgia Dress daripada Violette Field Threads.

Saya pernah berkongsi hasil menggunakan pola yang sama sebelum ini iaitu Flamingo Dress untuk Tia, Sila klik DISINI.

Assalamualaikum everyone,

Today I would like to share the dress that I had sewn for Aira. It is the Georgia Dress from Violette Field Threads.

I had shared the output from the same pattern previously which is the Flamingo Dress for Tia. Please click HERE.

  


Pola ini mempunyai 2 pilihan jenis skirt. Kita boleh memilih antara skirt bertingkat ataupun simple skirt. Pada kali ini, saya memilih untuk menjahit 3 tiered skirt untuk Aira. Dengan pilihan skirt jenis bertingkat ini, twirling faktornya adalah lebih tinggi...hehe. Gadis mana yang suka twirling skirt kan?

This pattern comes in 2 options. We can choose to between tiered skirt or a simple one. This time, I chose to make a 3-tiered skirt for Aira. This options would increase the twirling effect. All girls love twirling skirts, right?




Saya menggunakan kain yang Encik Suami belikan di Korea Selatan semasa beliau tahun lepas atas urusan kerja. Kain ini memang sangat best. Ia adalah kain jenis cotton yang tidak mudah kedut. Setiap kali selepas basuh baju, saya cuma perlu keringkan secara bergantung menggunakan hanger dan apabila sudah kering, saya tidak perlu seterika lagi.

Senang kan? Para-para ibu mesti suka kan? hehe

Untuk butang bahagian belakang pula, saya telah menggunakan butang bercorak payung. Butang ini saya beli semasa kami menetap di Afrika iaitu di Senegal,. Saya beli daripada kedai kesukaan saya iaitu Islima Store. Sila Klik DISINI untuk melihat apa yang ada di dalam kedai tu.

Para karfter pasti seronok kalau dapat jejakkan kaki di dalam kedai itu. Islima Store ni bukanlah kedai moden yang cantik seperti Spotlight, tetapi apa yang ada di dalam kedai itu sangat comel dan unik dan cukup untuk menggembirakan hati si tukang jahit.

I used the fabric that Mr Hubby bought in South Korea during his work trip last year. The fabric is superb. It is made of non-frizzy cotton. After  washing it, I just need to hang it to dry whitout having to iron it afterwards.

Easy peasy lemon squezzy.  All mothers love this, right? hehe.

I opted for umbrella-themed button for the back. I bought the button during our African tour in  Senegal. I bought it from my favourite store, Islima Store. Please click HERE to see what is inside the store

In terms of infrastructure, the store is not as modern as Spotlight, but the items displayed in the store is cute and exquisite, and would excite the heart of a crafter.




Kembali kepada cerita dress ini. Saya telah jahitkan juga headband yang menggunakan fabrik yang sama dengan baju. Knot headband ini saya gunakan cara yang sama dengan headband sebelum ini. Klik DISINI.

Back to the dress. I also sewn a headband using the same fabric as the dress. The knot is made using the same technique that I used before. Click HERE.



 Si ulat buku mama : )

Mama's bookworm :)



Gambar-gambar ini telah diambil semasa kami sekeluarga bercuti di Colmar Tropicale, Bukit Tinggi, Ia merupakan resort yang bertemakan pemandangan di Perancis yang sungguh cantik. Maklumat lanjut mengenai resort in boleh dilayari DI SINI.


The photos were taken during our family trip to Colmat Tropicale, Bukit Tinggi. It is a beautiful French-themed resort. Details of the resort can be found HERE.



Terima kasih kerana sudi singgah dan membaca blog saya.

Insya Allah kita berjumpa lagi di post akan datang.

Thank you for visiting my blog.

God willing, we will meet again in my next post.