Tuesday, January 23, 2018

Projek CVL Pouch 2018 - Cara menjahit CVL pouch

Assalamualaikum,

Hari ini saya nak berkongsi cara-cara menjahit CVL pouch. Ini adalah program amal jahitbynadia untuk kana-kanak kanser. Sebelum saya teruskan post dengan tutorial, saya terangkan dahulu apa itu CVL pouch.

Today, I would like to share on how to sew a CVL pouch. It is a charity contribution by jahitbynadia for children with cancer. Before I proceed with the tutorial, allow me to elaborate on what exactly is a CVL pouch.


CVL ialah Central Venous Line (CVL) adalah line yang dipasang kepada vena sentral tubuh anak-anak yang menghidap kanser sebagai pusat sirkulasi kemoterapi atau ubat-ubatan yang tidak boleh diambil secara oral. CVL  akan dipasang pada vena sentral yang berhampiran dengan jantung dan line lumen yang dikeluarkan melalui dada anak-anak. Melalui line lumen inilah, anak-anak kami menerima kemoterpi untuk rawatan kanser mereka. Lihat GAMBAR 1

CVL stands for Central Venous Line which is the line attached to the central vine of children with cancer as a chemotherapy circulation center or for medicine which could not be taken orally. The CVL would be placed on the central vein which is close to the heart and lumen line which was abstrcted from the child's chest. Through the lumen line, they would receive their cancer treatment. Refer to GAMBAR 1


Line lumen ini perlu dibersihkan secara menyeluruh agar ianya bersih dari serangan kuman. Selain itu, sebagai langkah untuk mengelakkan line lumen ini tercabut dari dada ,  pouch CVL ini digunakan bagi  memastikan ia berada di dalam kedudukan yang statik. Lihat GAMBAR 2

The lumen line needs to be in a clean condition to prevent infection. Furthermore, to avoid the lumen line from being detached from the chest, the CVL pouch is used to ensure that it remained static.


Kumpulan Ibu Bapa Dan Sokongan Anak-Anak Kanser - KIDS telah menganjurkan pemgumpulan CVL pouch ini di laman web Facebook. (Klick DISINI)Ukuran yang diperlukan untuk sebuah pouch CVL ialah panjang 5 inci dan lebar 3 inci. Ukuran panjang tali ialah 25 inci. 

Kumpulan Ibu Bapa dan Sokongan Anak-anak Kanser (KIDS) has organised the CVL pouch drive on their Facebook (click HERE). The measurement for the CVL pouch is 5 inches by 3 inches. The length of the lanyard is 25 inches.

Mereka amat mengalu-alukan sumbangan anda. jika tidak dalam bentuk wang ringgit, anda juga boleh membekalkan pouch CVL ini.. Stok pouch CVL mereka sudah kehabisan dan setiap anak yang sedang melalui rawatan kemoterapi perlukan lebih dari 2 pouch. Setiap pouch perlu juga dicuci selang dua hari. CVL ini perlu dipakai sekurang-kurangnya 2 tahun.

Your contribution is highly appreciated, either in the form of cash or by providing the CVL pouch. The current stock is fast depleting and each child needs to use more that two pouch. Each pouch needs to be washed every two days.
Tarikh tutup penyerahan pouch CVL ialah pada 31 JANUARI 2018

The closing date for submission of the pouch is on 31 January 2018

Sila hubungi :

Pn Maizatul Karimah : 013 354 2324
Pn Norshida : 011 1180 3026

Disini saya lampirkan sekali tutorial cara-cara menjahit  pouch CVL beserta dengan ukuran.

I would now continue with the tutorial for sewing the pouch with its measurement.


Potong 2 keping kain untuk bahagian luar (outer) dan 2 keping kain lining dengan ukuran seperti di atas.

Cut 2 pieces of fabric for the outer part and 2 pieces of lining using the measurements shown above.


Saya gunakan cutter untuk memudahkan proses memotong kain. boleh juga gunakan gunting biasa.

I used a cutter to expedite the process of cutting the fabric. Alternatively, you could use a normal scissors.


Ini adalah kepingan yang sudah siapkan dipotong. 2 keping untuk bahagian luar (outer) dan 2 bahagian untuk bahagian dalam (inner)

This is the cut out fabric. 2 outer parts and 2 inner parts.


Seterusnya gunting tali barut sepanjang 26".

Next, cut out 26 inches of ribbon.



Jahit mengikut line yang saya lukis. Menggunakan basi (seam allowance)sebanyak 0.5". Pastikan kesemua lining dan outer dijahit seperti di atas. 

Sew along the line as illustrated. Use a 0.5" seam allowance. Please ensure that the lining and outer is sewn as above.


Jahit tali tadi ke bahagian outer pouch. Pastikan gunting bahagian bucu seperti yang saya tunjukkan di atas untuk kedua-dua bahagian lining dan outer. Seterusnya, untuk bahagian outer hendaklah diterbalikkan dan bahagian lining dibiarkan (inside out). Masukkan bahagian outer kedalam bahagian lining.

Jahit keliling bahagian atas dengan basi (seam allowance 0.5"). Penting! Tinggalkan dalam 2" tidak berjahit untuk proses terbalikkan pouch nanti.

Sew the ribbon to the outer pouch. Please ensure to snip the corners as shown above. Next, the outer part need to be turned inside out.

Sew the top part with 0.5" seam allowance. Important: Leave approximately 2" unsewn for the turnover process later.

(Atas kesilapan yang tak dapat dielakkan, saya terpaksa gunakan pic pouch lain untuk meneruskan tutorial ini)

Terbalikkan pouch dan kemaskan bucu. Saya gunakan hujung knitting neddle untuk kemaskan bucu

Turn over the pouch and even out the corners. I would normally use the tip of a knitting needle to do this.
.

Selepas dikemaskan, ia akan kelihatan seperti ini. Akan ada 2" lubang yang tidak berjahit. Jangan risau, kita akan tutup lubang itu selepas ini.

Once it is evened out, it will look like this. There would be a 2" opening that is yet to be sewn. Don't worry, we will close the opening later. 


Kemaskan pouch dengan masukkan bahagian lining ke dalam bahagian outer seperti gambar di atas. Pinkan bahagian lubang tadi dan kita akan jahit (top stitch) keliling bahagian atas pouch ini. Pastikan bahagian lubang tadi ditutup dan dijahit semasa top stitch.

Even out the pouch bu inserting the lining to the outer part as shown above. Pin the opening and top stich. Please ensure that the opening is completely sewn during top sticth.


 Done! 


Ini adalah kesemua pouch yang telah siap, 5 untuk kanak-kanak perempuan dan 5 untuk kanak-kanak lelaki.

Harap tutorial ini akan memudahkan kepada sesiapa yang ingin menjahit CVL pouch untuk kanak-kanak ini.

Terima kasih kerana sudi singgah dan membaca blog saya. InsyaAllah, kita berjumpa lagi di post akan datang.

This is all the pouch that i made for this project. 5 each for boys and girls.

Thank you for reading this blog. God willing we will meet again in the next post.


Nadia.




No comments:

Post a Comment