Tuesday, January 30, 2018

T-shirt refashion - Black Witch T-shirt


Assalamualaikum semua,

Kita semua tahu akan kepentingan pemeliharaan alam sekitar. Konsep reduce, reuse dan recycle sememangnya telah kita pelajari sejak kecil lagi. Tapi sejauh manakah kita mengamalkannya? Saya yakin ramai antara kita sentiasa mengamalkan konsep recycle atau kitar semula. Tetapi sejauh manakah kita menggunakan konsep reduce dan reuse pula.

Pada kali ini saya ingin berkongsi projek jahitan yang menggunakan kesemua konsep di atas. Refashion!

Projek refashion akan memerlukan kita untuk menggunakan pakaian atau fabrik sedia ada untuk mencipta sesuatu yang baru. Bagi tahun 2018 ini saya berazam untuk membuat sebanyak mungkin projek refashion ataupun projek recyle daripada kain yang sedia ada contohnya menggunakan t-shirt/baju lama ataupun sarung bantal dan sebagainya.

Since our early years, we have been exposed to the concept of reduce, reuse and recycle as a means of environmental conservation. I'm sure most of us practices recycle, but what about reduce and reuse?

I would like to share a project that encompases all three concepts. Refashion!

A refashion project would require utilise used outfit or fabric to create something new. to For the year 2018, I made a resolution to take up as many refashion project using old t-shirts, pillow case and so on.
____________________________________________________

Dua minggu lepas, Aisya telah memberitahu saya yang dia telah mendapat jemputan ke sambutan hari jadi kawan baiknya dan tema untuk party itu adalah "Witch Party".

Aisya meminta untuk memakai t-shirt berwarna hitam. Masalah, saya memang jarang beli ataupun buat baju berwarna hitam untuk anak-anak saya.

Untuk itu, saya perlu menjahit sendiri t-shirt hitam untuk Aisya memandangkan masa agak suntuk untuk saya pergi membeli t-shirt hitam di kedai. Tetapi, saya tidak cukup kain knit berwarna hitam untuk digunakan. Oleh itu, saya bertanya kepada ahli keluarga yang lain sama ada mereka mempunyai t-shirt hitam yang tidak perlukan lagi. Alhamdulillah, adik saya memang ada 2 keping tshirt hitam yang masih dalam keadaan elok lagi.


Two weeks ago,  Aisya told me that she got an birthday party invitation from her best friend. The theme was 'Witch Party'.

Aisya requested to wear a black t-shirt. The problem is, I rarely buy or sew  black shirt for my children.

Therefore, I need to sew the t-shirt as there would not be enough time to shop for one. However, I did not have enough black coloured knit fabric. Hence, I asked my family members whether they have black t-shirts that could be given to me. Luckily enough, my younger sister has two t-shirts that are still in good condition.  




Ini adalah cara saya sediakan t-shirt witch berkenaan. Saya telah menggunakan 2 keping t-shirt hitam (saya hanya gunakan bahagian belakang yang kosong sahaja). 

Saya telah menggunakan pattern #108 dress daripada Thread Fraction (cuma gunakan bahagian top sahaja tetapi saya labuhkan sedikit). Pattern dress ini memang sangat sesuai untuk projek ini kerana ia hanya sambungan 2 keping kain iaitu bahagian depan dan belakang. 

Saya telah menggunakan lebihan kain t-shirt tadi untuk bahagian neckband. Simple dan mudah!

This is how I prepared the with witch t-shirt. I cut out the t-shirt and used the back part.

I used the pattern  #108 dress from Thread Fraction (only the top part which I modified and added the length). The pattern is suitable for this project as it only uses 2 panels of fabric which forms the front and back.

I used the rest of the t-shirt fabric for the neckband. Easy peasy!



Untuk menambahkan seri pada t-shirt ini, saya menggunakan pemotong Cameo 3 saya untuk tulisan di bahagian hadapan t-shirt.

Aisya request hendak memakai "bat wing" Aira yang saya buatkan untuk sambutan halloween tahun 2015 dahulu semasa kami di Dakar, Senegal. Untuk itu, saya telah menambahkan gambar kelawar di bawah tulisan "Witch, Please" 

Untuk tulisan "Witch, Please" saya telah menggunakan glitter heat transfer vynil berwarna silver.


To add some glitz to the t-shirt, i used my Cameo 3 cutter to create a catchy phrase to placed on the front panel.

Aisya requested to wear bat wing that i made for Aira's halloween party when we were in Dakar, Senegal in 2015. Therefore, I also added a bat logo on the t-shirt to match it.

For the 'Witch, Please' phrase, I used a silver glitter heat transfer vinyl.




Saya juga membuat topi witch ini menggunakan felt yang dilekatkan ke cekak. Untuk sepadankan topi ini dengan skirt tutu Aisya yang berwarna pink, saya gunakan ric rac berwarna pink juga bahagian topi.

I also made a witch hat using felt to be attached to a headband. To match the hat with Aisya's pink tutu skirt, i used a pink coloured ric rac for the hat's trimming. 



 Hasil refashion dari 2 keping t-shirt hitam




 Alhamdulillah, Aisya sangat happy dengan hasil projek ini.

Thank God, Aisya was hapy with the outcome of the project.






Happy Dance!

Terima Kasih kerana sudi singgah dan membaca blog saya, Insyaallah kita berjumpa lagi di post akan datang.

Happy Sewing!



Thank you for reading this blog. God willing we will meet again in the next post.

Happy Sewing!

Nadia.





No comments:

Post a Comment