Thursday, October 22, 2015

A-line top with ruffle capris

Assalamualaikum,

Hari ini saya bukan nak share pateern dress, tapi A-line top yang dipadan dengan Ruffle Capris.

A-line top ini sangat simple dan selesa dipakai oleh si kecil. Pattern yang disediakan oleh Lindsay ini adalah top yang berlining penuh. Ia di jahit tanpa menggunakan mesin jahit tepi! Oleh itu, sesiapa yang tiada mesin jahit tepi pun boleh menghasilkan A-line top ini. 

Pattern ini tidak berhenti setakat top sahaja, ia juga boleh dijahit sebagai dress. Kalau nak jadikan dress, cuma panjangkan sahaja ke labuh yang diingini.




Saya menggunakan pattern daripada buku Sew Classic Dress for Girls.


                                        

Untuk Aira saya gunakan pola (pattern) size 8 tahun, Aisya 6 tahun dan Alya 2 tahun.

Apa yang saya suka dengan pattern Lindsay ini adalah dengan penambahan bib pada bahagian baju. Bib ini membuatkan baju ini menjadi sangat comel!!


Baju ini sedang untuk dibuka pakai kerana ia ada butang dibahagian belakang baju.


Ini adalah A-line top untuk Aira. Menggunakan kain "Little Elepehants". Aira pilih butang belakang baju berbentuk cupcake. Saya tambahkan "ric-rac" berwarna pink pada bahagian bib baju.


Ini ada A-line top untuk Aisya. Aisya pilih butang berbentuk bintang untuk dijahit di bahagian bib dan butang bentuk bunga untuk bahagian belakang. Semua butang berwarna biru sama dengan lace trimming yang saya gunakan pada bahagian bawah baju. Saya juga jahitkan "ric-rac" warna oren pada bib dan bawah baju.


Ini pula adalah A-line top untuk Alya. Menggunakan fabrik corak wagon comel. Disebabkan Alya terlalu kecil tak tahu nak pilih butang, saya pilihkan untuk Alya butang bentuk kereta untuk bahagian belakang baju dan butang warna hijau untuk bahagian bib.


Saya padankan A-line top ini dengan Ruffle Capris. Pola (pattern) seluar ini juga saya dapat daripada buku yang sama. Saya hanya membuat "faux button" pada bahagian seluar ini. Tetapi poket masih boleh digunakan. Semua butang-butang yang digunakan dipilih sendiri oleh Aira dan Aisya kecuali Alya.

Saya suka bahagian poket belakang seluar ini. Ruffle pocket!! Pada saya ia sangat comel : ) Saya  tersalah letak poket belakang baju ini. Sepatutnya poket belakang adalah di sebelah kanan, tapi untuk ketiga-tiga seluar ini saya letakkan di sebelah kiri. Tak sengaja tak apa kan?...hehe.

Aira di Bandia sambil memerhatikan burung dan buaya di dalam sungai.


My cheeky Alya

A-line top dan Ruffle Capris ini sangat seronok dijahit. Saya suka dengan hasilnya yang sangat kemas. Saya suka apabila dapat jahit baju anak dara saya. Ketiga-tiga adalah sama tapi tak serupa... : )

Terima Kasih kerana sudi membaca blog saya.

InsyaAllah kita berjumpa lagi di post akan datang.

No comments:

Post a Comment