Thursday, February 25, 2016

Balloon Sundress (second time)

Assalamualaikum,

Ini adalah post kedua saya untuk Balloon Sundress. Sebelum ini saya pernah bercerita tentang dress ini. Balloon Sundress inilah yang mencetuskan idea untuk saya menulis blog JAHIT ini. 

Disebabkan saya telalu suka dengan hasil dress ini, saya ingin berkongsi sekali lagi gambar-gambar yang saya ambil bersama Aira.


Gambar-gambar ini diambil pada minggu- minggu terakhir kami di Dakar, Senegal. Ke semua gambar diambil di sekitar kawasan hotel Radisson Blue. Disebabkan ia adalah minggu terakhir kami, Aira tidak mahu senyum langsung sepanjang sesi pengambaran. Aira terlalu sedih hendak meninggalkan bumi Afrika ini.


Kembali kepada cerita dress. Ini pun blog menjahit kan?  Kenapa saya sangat-sangat suka dengan hasil dress ini? Saya sukakan "professional look" pada dress ini. Hasilnya sangat kemas dan cantik. Cara membuatnya pula sangat-sangat senang dan mudah. 


Saya suka dengan effect belon pada bahagian skirt ini. Kepada yang ingin mencuba menjahit balloon dress ini, boleh la gunakan pattern daripada buku "Girls Style Book" oleh Yoshiko Tsukiori dan H.H.


Ia adalah pattern yang beginner's friendly. Langkah demi langkah disediakan. Untuk dress ini, kita juga tidak memerlukan mesin jahit tepi, Yeay!!! Bukan semua ibu-ibu di rumah yang ada mesin jahit tepi kan?

Oleh itu, sesiapa yang ingin mencuba menjahit dress ini tak perlu takut untuk mencuba. Pasti tak akan kecewa dengan hasilnya.  Kesemua jahitannya disorok. Ia bukan sahaja kemas dan mudah malah Si kecil juga akan selesa memakainya. 

Jika ingin membaca post sebelum ini tentang Balloon Sundress ini boleh klik di sini (Klik Di sini).

Terima kasih kerana sudi membaca blog saya.

Insya Allah kita berjumpa lagi di post akan datang.

Dress: Ballon Sundress
Lokasi: Radisson Blu, Dakar, Senegal

No comments:

Post a Comment