Monday, February 1, 2016

Saya suka skirt

Assalamualaikum,

Hari ini saya nak berkongsi skirt labuh yang saya jahit untuk diri saya sendiri. Dah lama tak menjahit untuk diri sendiri, asyik menjahit untuk anak-anak dara saya je. Kali ni giliran mama pula.

Saya suka skirt. Pada saya, saya rasa lebih anggun bila menggayakan skirt. Saya juga sukakan maxi skirt. Dari mula belajar menjahit hingga kini saya suka jahit bermacam-macam jenis maxi skirt untuk saya sendiri. Pelbagai jenis skirt dapat dihasilkan menggunakan pattern yang sama dengan kombinasi fabrik yang berbeza.



Untuk skirt kali ini, saya menggunakan pattern "Everywhere Skirt". Saya dapat pattern ini daripada Dana di blog Dana Made It. Saya beli pattern ini semasa Dana buat jualan murah pada bulan February 2015. Saya memang peminat blog Dana. Saya mula kenal dengan Dana semenjak saya di Bahrain lagi iaitu pada tahun 2011. Sebelum ini saya sangat suka dengan tutorial dan free pattern "Shirt Dress" yang menggunakan kemeja lelaki di transform kepada girl's dress. Banyak kemeja Encik Suami yang saya selongkar dan gunting pada masa itu. Selain itu, saya juga adalah peminat free pattern Simple Skirt daripada Dana. 

Pattern "Everywhere Skirt" ini juga bukanlah pattern pertama yang saya beli daripada Dana. Sebelum ini saya pernah membeli pattern "Basic Pants". Banyak seluar yang saya jahit sebelum ini seperti di dalam post ini (Projek Charity Short and Skirts)


Ia adalah pattern mudah dan sesuai untuk confident beginner sewer. Pattern ini sangat versatile dan boleh digunakan untuk kanak-kanak dan juga orang desawa. Terpulang kepada kita nak jahit skirt pendek ataupun skirt labuh. Kepada sesiapa yang ada ramai anak perempuan yang sangat sukakan skirt, memang sangat sesuai membeli pattern ni. Boleh jahit skirt ini berkali-kali. Memang sangat menjimatkan!


Saya gunakan fabrik African Batik yang saya beli di Senegal. Ia adalah fabrik jenis cotton. Semasa sedang menjahit skirt ini, saya sudah pun membayangkan fabrik jenis lain yang akan saya gunakan pada masa akan datang...Ting, ting, ting....idea datang melimpah-limpah. Ye betul, saya memang suka sangat, sangat dengan pattern skirt ni...boleh nampak kan!

Untuk skirt saya ini, saya tidak jahitkan sash pada bahagian pinggang. Mungkin untuk anak dara saya nanti saya akan jahitkan sash.




Disebabkan saya jahit maxi skirt yang sangat labuh saya, saya hanya jahit butang pada bahagian atas sehingga butang yang kelima sahaja. Butang-butang yang lain itu hanyalah "faux button". Idea untuk "faux button" ini datang selepas terseksa menjahit lubang butang yang kedua...fuh, berpeluh-peluh. Tetapi alhamdulillah, saya dapat belajar benda baru.

Yeay!!! I've conquered my fear to sew button holes!! Alhamdulillah kesemua lubang butang yang dihasilkan dapat berfungsi dengan baik.

Seperti yang saya katakan sebelum ini, pattern skirt ini sangat sangat mudah. Bahagian yang sukar untuk saya hanyalah untuk membuat lubang butang sahaja.

Love the skirt!

Thank you Dana for the lovely pattern.

Terima kasih kerana sudi membaca blog saya.

Insya Allah kita berjumpa lagi di post akan datang.


Pattern untuk skirt: Everywhere skirt daripada Dana MADE.
Lokasi: Chez Abdou Suffer Cabane, Senegal
Fabrik: Batik Senegal

No comments:

Post a Comment