Tuesday, January 24, 2017

Selvage Party!!!

Assalamualaikum semua,


Alhamdulillah, ini adalah post pertama saya untuk tahun 2017. 

Kepada yang pertama kali sampai ke blog saya, Saya ucapkan Selamat Datang ke jahitbynadia!

Kebiasaannya saya akan post gambar-gambar baju yang saya jahitkan untuk anak-anak serta baju saya sendiri. Tetapi tidak untuk kali ini. Hari ini saya nak berkongsi berita gembira dengan semua. 

Pada bulan February ini, saya akan menganjurkan "Selvage Party" dengan kerjasama Sewtizen dan Modern Sewist Malaysia. Party ini terbuka kepada semua ahli Modern Sewist Malaysia.

Modern Sewist Malaysia adalah kelab yang telah ditubuhkan pada 2016. Maklumat lanjut mengenai kumpulan ini boleh dilayari dengan klik pada link di bawah.

https://www.instagram.com/modernsewistsmy/

Saya akan menganjurkan "Selvage Party" secara online dan juga offline. Offline party akan dijalankan di Sewtizen yang terletak di Wangsa Melawati, Kuala Lumpur.

Tujuan saya menganjurkan "Selvage Party" ini adalah memberi publisiti mengenai penggunaan selvage di kalangan crafters di Malaysia. Ini seterusnya akan dapat menjadi platform kepada para crafters untuk saling memberi inspirasi antara satu sama lain.

Kepada yang tidak kenal dengan selvage, ia adalah bahagian tepi yang terdapat pada fabrik. Selvage ini membantu fabrik daripada terurai ataupun pecah.

Meskipun kebanyakan pengguna biasanya menganggap selvage sebagai bahan buangan, namun terdapat juga mereka yang menggunakan selvage sebagai bahan untuk pelbagai projek menjahit moden yang kreatif.
 
Terma dan Syarat "Selvage Party" adalah seperti berikut.
i) menyediakan selvage strip dan menggunakannya sebagai bahan untuk projek pilihan masing-masing. Para peserta bebas untuk memilih projek masing-masing  (contohnya,  zipper pouch, pillow, bag, quilt etc). The sky is the limit!

ii) memuatnaik perkembangan projek dalam FB dan Instagram 
Modern Sewist Malaysia. Para peserta perlu menggunakan hashtag #selvagepartymsmy#msmyevents #modernsewistsmy

iii) memastikan semua projek siap sebelum atau pada 25 Februari 2017.

Jahitbynadia akan menyediakan tutorial kepada para peserta yang mungkin tidak biasa atau tidak pernah menggunakan selvage. 


Party ini akan diadakan di Sewtizen, Setiawangsa, Kuala Lumpur pada 25 Februari 2017. Semua peserta dialu-alukan untuk menghadirkan diri ke party berkenaan. Namun demikian, kepada yang tidak berkesempatan, kami tutur menerima penyertaan secara online.

Lebih menarik lagi…meskipun ini hanyalah party sahaja, jahitbynadia ada menyediakan Mystery Gift kepada projek terbaik party berkenaan. Pemenang akan diumumkan pada hari tersebut.

Oleh itu, jangan lepaskan peluang ini. Daftar segera untuk menyertai parti ini!!! 


Terima Kasih kerana sudi singgah dan membaca blog saya. 

Insya Allah kita berjumpa lagi di post akan datang dengan cara-cara memotong bahagian selvage.

No comments:

Post a Comment