Thursday, January 12, 2017

Simple Dress Refashion (Repost)

Assalamualaikum semua. Apa khabar?

Hari ini saya nak kongsi macam mana saya jahit simple dress refashion. Idea asalnya adalah daripada grossgrain. Ia sangatlah mudah, tak perlu takut untuk mencuba...

Ingat tak dress INI yang pernah saya buat untuk Aira dan juga LONG DRESSES ini? Semua dress ini saya gunakan teknik yang sama.

Dress ini diperbuat daripada t-shirt biasa yang diperbaharui dengan menyambung fabrik pada bahagian bawah sahaja. Untuk menyiapkan dress ini, kita tak perlu bersusah-susah untuk menjahit bahagian lengan ataupun leher. Jika anda ada mesin jahit dan boleh jahit satu garisan lurus, sudah tentu boleh jahit dress ini dalam masa yang sangat singkat (trust me, dress ini boleh siap dalam masa anak kecil tidur petang je).

Anak dara saya Aira ni orangnya kurus tapi tinggi...biasanya baju untuk Aira saya akan beli saiz yang kecil dari umiurnya. Masalahnya, bila saya beli baju untuk umur 6 tahun, saiz badan akan jadi perfect, tapi pendek la pulak... sigh.

Contohnya, t-shirt tanpa lengan di bawah ini muat untuk badan Aira yang kurus tetapi tbila dipakai, nampak tergantung.

Ini masanya untuk saya tukarkan t-shirt tanpa lengan ni kepada dress...yeay!!

Saya suka project mudah dan short cut macam ni. Cepat dan mudah!!...zap,zap dah siap.

Pattern ni sesuai untuk t-shirt yang mungkin sudah kotor pada bahagian depan tapi masih boleh pakai lagi ataupun masalah baju tergantung macam anak dara saya ni... jimat...jimat...

Bahan-bahan yang kita perlukan ialah t-shirt dan fabrik.



Langkah pertama, potong t-shirt ikut ketinggian yang kita nak...terpulang nak potong pada bahagian dada ataupun pinggang.


Ukur pinggang dan darab 2.5...contohnya pinggang Aira 21'' x 2.5 = 52.5''
Potong fabrik lebar 52.5'' dan untuk tinggi terpulang pada masing-masing. Kalau nak skirt yang labuh, lebar skirt bolehlah didarab dengan 3'' supaya skirt lebih luas. Ini akan memudahkan pergerakan anak-anak yang suka berlari.

Jahit bahagian tepi fabrik. Jika ada mesin jahit tepi, jahit tepi selepas jahit lurus. Jika tiada mesin jahit tepi jangan risau, kita boleh juga jahit zigzag pada hujung fabrik supaya jahitan pada fabrik kukuh dan kain tidak pecah (fraying).


Sekarang masa yang paling seronok. Masa untuk jahitkan kedutan pada fabrik supaya saiznya sama dengan t-shirt tadi. 

Tukarkan tombol untuk jarak jahitan dan ketegangan jahitan kepada yang paling tinggi. Saya gunakan numbor 4 dan 9.

Apabila kita jahit, biasanya ia akan secara automatik menjadi kedut. Tetapi ini juga bergantung kepada jenis fabrik. Jika ia tidak berkedut secara automatik, kita hendaklah tarik benang supaya fabrik dapat berkedut.

Tips: Jangan matikan jahitan mula dan penghabisan. Hanya jahit lurus sahaja.


Jika ia tidak berkedut bila sudah dijahit, hendaklah kita tarik sendiri benang supaya skirt dapat berkedut sehingga sama saiz dengan t-shirt tadi. Tarik benang bahagian bawah secara perlahan-lahan dan dengan berhati-hati supaya benang tadi tidak terputus. 

Tapi, kalau terputus juga, jangan risau, kita hanya perlu mengulang semula proses tadi (jahit semula).


Apabila lebar skirt tadi sudah sama dengan saiz t-shirt, bolehlah kita mula sambungkan bahagian skirt dengan t-shirt.


Cara untuk sambungkan bahagian skirt dan t-shirt ialah dengan memasukkan t-shirt ke dalam skirt. Pastikan bahagian luar skirt bertemu dengan bahagian luar t-shirt (right side skirt bertemu right side t-shirt). 

Pinkan sebanyak mungkin untuk memudahkan proses menyambung. Jahit keliling skirt.


Setelah selesai jahit, bolehlah dijahit tepi untuk finishing. Jika tidak ada mesin jahit tepi, bolehlah tukarkan setting mesin jahit kepada jahitan zigzag.


Dress sudah hampir siap...tinggal langkah terakhir.


Untuk kemasan bahagian bawah skirt, lipat 0.5'' dan iron (seterika). Setelah selesai iron, lipat untuk kali kedua sebanyak 0.5'' lagi dan iron lagi sekali. Proses iron bahagian ini akan memudahkan proses menjahit dan juga menghasilkan profesional effect pada dress ini. Langkah seterusnya ialah menjahit keliling skirt. Anda boleh berhenti disini ataupun boleh teruskan langkah seterusnya untuk kemasan yang lebih cantik dengan menjahit lagi sekali untuk kesan 2 jahitan di hujung skirt seperti gambar dibawah. Proses terakhir ini terpulang pada individu masing-masing, tapi saya suka akhirkan bahagian bawah skirt, lengan dan seluar dengan double stitch effect. 


Siap!!! Simple dress refashion.... Mudah kan!!!


Untuk hasil jahitan saya yang lain, bolehlah klik DISINI jahitbynadia.blogspot.  

Selamat Mencuba!!!!

No comments:

Post a Comment