Tuesday, August 25, 2015

Twirl Skirt untuk hari pertama sekolah

Assalamualaikum,


Alhamdulillah minggu lepas bermula sesi persekolahan yang baru untuk anak dara saya.

Kebiasaannya hari pertama sekolah mestilah semuanya nak baru. Baju, kasut, beg dan juga pensel. Tapi nampaknya beg sekolah tak perlu ditukar kerana keadaannya masih baik lagi.




Untuk pakaian ke sekolah pula, saya sediakan skirt baru untuk Aira dan Aisya. Apa yang seronoknya dengan skirt baru ini ialah Tali Sash!!. Skirt ini ada tali sash yang boleh diikat pada bahagian depan ataupun belakang. Terpulang kepada si pemakai untuk ikat pada bahagian depan ataupun belakang.





Pandangan skirt apabila tali diikat dibelakang.




Untuk Skirt baru ini, saya gunakan pattern daripada buku favorite saya iaitu Sew CLASSIC CLOTHES for Girls tulisan Lindsay Wilkes.




Telah lama saya idamkan untuk mendapat buku ini dan Alhamdulillah akhirnya saya dapat juga memilikinya. Saya beli buku ini semasa saya melawat Encik Suami yang bertugas di New York.

Ia adalah koleksi baju vintage kanak-kanak. Apa yang saya suka pada buku Sew CLASSIC CLOTHES for Girls ini adalah, ia berjaya membuka mata saya untuk menggabungkan jenis-jenis fabrik yang berbeza bentuk coraknya. 

Lindsay membantu saya untuk mengatasi rasa takut saya selama ini semasa hendak memilih corak fabrik. Selain daripada itu, Lindsay juga membantu saya untuk berani menggunakan pelbagai jenis trim pada baju. Lindsay memberikan tips-tips serta teknik untuk menjahit bias tape, piping dan cara menjahit ruffle dengan mudah.

Selain daripada pattern baju-baju klasik vintage yang cantik-cantik di dalam buku ini, Lindsay juga memberikan cara-cara menjahit finishing touch. Contohnya seperti membuat vintage hair accessory serta embellised t-shirt. Pattern yang disediakan di dalam buku ini adalah untuk size 12 bulan hingga ke 10 tahun.


Berbalik kepada twirl skirt yang saya jahit ini, saya sangat suka dengan teknik jahitannya yang mudah. Selain itu, anak dara saya sukakan twirling effect yang ada pada skirt ini. Ia adalah skirt kembang dan kebiasaanya gadis kecil akan sukakan skirt kembang ala-ala princess. Alya juga tak ketinggalan. Walaupun dia belum lagi bersekolah, saya tetap jahitkan satu twirl skirt khas untuk Alya berpusing-pusing dengan skirt kembangnya...




Terima Kasih kerana sudi membaca blog saya.

Semoga kita berjumpa lagi di post akan datang.

No comments:

Post a Comment